Hyb 6

16 4 3
                                    


Kringggg!!

Bunyi jam loceng mengejutkan aku yang sedang dibuai mimpi atas katil. Aku melihat ke arah jam yang menunjukkan pukul 5 pagi. Lantas aku bangun dan mencapai tuala lalu menuju ke arah bilik air.

Usai mandi, aku mengejutkan kak sara sebelum subuh. Biasanya kalau tiada abi, kami akan solat berjemaah berdua. Aku duduk sebilik dengan kak sara sebab rumah aku tak besar dan tidak cukup bilik untuk seorang,satu bilik. So kami kongsi jelah.

"Sara.. Kak sara.. Bangun dah masuk waktu subuh ni.. Kak sara... Bangun.. Aikk? Susahnya nak bangun akak ni.. Biasanya dia yang kejutkan aku"

"Akakkkkk!!! Bangunlah!!" jeritku.

"Arhhhhh!! Arieyss!! Apa ni? Pekak telinga sara tau.."bentaknya.

"Dah arieys kejutkan akak daripada tadi lagi akak tak bangun.. Arieys jeritlah" kataku selamba.

"Dah pukul berapa? Kak sara ngantuk lah.. Semalam akak tak boleh tidur.."

"Akak.. Dah pukul 5.43 lah.. Dah subuh dah pun."

"Hahhh??!" jerit sara lalu mencapai tuala dan menuju ke bilik air tanpa berkata apa-apa.

Usai solat subuh, kami pergi ke dapur untuk sarapan sebelum ke sekolah.

*****

"Err.. Sara.. Kenapa orang tak beratur ni? Macam ada berita gempar je.." tanyaku pelik. Lantas kami berjalan ke arah kumpulan pelajar di pondok bacaan sekolah.

"Dik.. Tumpang tanya.. Kenapa semua tak beratur? Tak ada perhimpunan ke?" tanya kak sara.

"Eh taklah.. Ni kan masih awal.. Lagipun hari ni ada pelajar baru masuk sekolah ni." kata salah seorang pelajar tersebut.

"Ouhh.. Tak apalah.. Akak ingatkan tak ada perhimpunan tadi.. Terima kasih ya dik.."

"Ouhh.. Sama-sama kak sara"balas pelajar tadi sambil tersenyum.

Sejurus itu, kami masuk ke kelas terlebih dahulu untuk meletakkan beg sekolah. Kami jalan beriringan.

"Semua pelajar sila berkumpul di dataran dengan segera. Perhimpunan akan bermula sebentar lagi."

Pengumuman dari pengawas bertugas sebagai pengacara majlis membuatkan aku berlari ke arah dataran. Takut jugak jika mak singa tu dah mengamuk. Serammm wehh..

*****

"Assalamualaikum semua.."

"Waalaikumussalam cikgu"jawab kami serentak dalam kelas. Oh ya.. Perhimpunan tadi dah habis.

"Saya nak kenalkan seorang rakan yang akan menjadi classmate kamu semua.. Persilakan ajad untuk perkenalkan diri"

"Terima kasih cikgu. Assalamualaikum kawan-kawan.. Nama saya ajad hafiy bin azad hadfiy. Panggil saya ajad.. Nice to meet you all" ajad mengenalkan dirinya. Aku hanya memandangnya kosong.

'Huh.. Asal dia perlu pindah sini eh?' bisik hatiku.

"Okay ajad.. Kamu boleh duduk di tempat kosong.. Ada dua tempat kosong di sana." kata cikgu sambil menunjukkan ke arah ku. Terkejut aku. Oh ya.. Baru aku teringat ada meja kosong dekat belakang aku.

'Huhuhu.. Kenapalah perlu ada meja kosong kat sini.. Kenapalah aku duduk kat siniii!! Huhhh nak lari!! Haraplah dia tak ingat aku..'

"Baiklah cikgu"

"Saya minta diri dulu.. Terima kasih kelas.."kata guru kelasku lalu beredar dari kelas aku, 5 Sains Diamond. Kelas kedua ye :)

Dia menuju ke sini dengan senyum menghiasi bibirnya. Aku buat muka selamba.

Hidup Yang BermaknaWhere stories live. Discover now