Flashback...
"Pergilah kau daripada sini!! Aku tak ada adik yang macam kau!"ku hambur kata-kata itu kepada adik kandungku sendiri.. Darah daging ku sendiri. Tak semena kataku itu telah menghantui mindaku.
"Akak.. Apa salah adik kak? Kenapa akak terlalu bencikan adik?" pilu saja aku dengar setiap bait kata daripada adik bongsuku itu. Namun, ego ku, dendam ku, marah ku menguasai segalanya.
"Salah kau?? Salah kau ada disini sebagai adik aku!! Kau rampas semuanya daripada aku!! Disebabkan kau, aku tak dapat kasih sayang dan tak dapat jumpa ummi lagi.. Disebabkan kau, abi hampir mati dan sekarang sedang bertarung nyawa tahu takkk?????!! Dasar pembunuh!!" air mata yang membanjiri pipiku, ku sapu dengan kasar lalu meninggalkan dia seorang diri.
Namun, baru sahaja selangkah, doktor kembali memanggil namaku.
"Cik arieysha humairah"
"Ya saya doktor." jawab ku sambil menunggu jawapan doktor yang membuat aku rasa tidak sedap hati. Sama rasanya seperti waktu doktor beritahu tentang kematian ummi sebentar tadi.
"Cik.. Saya harap cik banyakan bersabar. Ayah cik baru saja menghembus nafasnya yang terakhir tadi." bukkk.. Aku rasa macam batu menimpa atas kepala aku. Dua insan yang paling aku sayang dan tiada yang dapat menggatikan tempat mereka meninggalkan aku. Aku telah kehilangan dua insan yang menjaga aku, mendidik aku, menyayangiku bagai menatang minyak yang penuh. Mereka pergi tanpa sempat aku membalas jasa mereka. Allahuakbar.. Lailahailallah..
"Kami akan uruskan jenazah ibu dan ayah cik. Harap cik dapat memaklumkan berita ini kepada saudara mara cik yang lain."
"Baiklah. Terima kasih doktor." kata itu bukan aku yang ucap. Malah suara garau yang sangat aku kenal iaitu abang darwish.
Sara yang baru saja sampai selepas meminta diri untuk solat dan membeli makanan untuk aku, terpinga-pinga melihat kami tidak berkata-kata.
"A..ab..abang.. Kenapa ni?" tergagap-gagap sara menanya kepada abangnya. Darwish hanya menjawab dengan elengan kepala. Tak sanggup mengatakannya.
"Apa ni abang? Sara tak faham.. Jangan kata apa yang sara takut.. Abang!!! Jawablah!!" katanya seperti bukan sara yang aku kenali lagi. Selama ini, dia tak pernah meninggikan suara walau apa jua keadaan tapi tidak pada kali ini.
"Sara.. Abi dah tak adaa.." perlahan saja darwish mengucapkan kata-kata itu.
Dengar saja kata-kata abang darwish, sara terjelopok di atas lantai tanpa sempat disambut oleh abang. Dia pengsan, aku pula mengeras seperti anak patung. Tidak mengeluarkan setitis air mata pun. Tidak bercakap dan tidak pedulikan orang lain.
Abang sudah mendukung sara sambil minta pertolong dengan nurse nurse yang berada di situ. Aku macam tadi.. Tiada sebarang pergerakan walaupun masih sedar.
*****
Aku dan sara hanya memandang kosong ke arah tanah yang baru mengambus jenazah abi dan ummi.
Ummi tenanglah ummi disana.. Kakak rindukan ummi.. Kakak sayangkan abi.. Kalau tak disebabkan budak tu.. Mesti ummi dengan abi tak akan tinggalkan kami..
Segala senyuman yang dahulu nya sentiasa dihiasi wajah kami sekeluarga telah digantikan dengan tangisan. Sejak itu, aku hatiku mulai berdendam terhadap adik.
°°°°°
Aku kesunyian..
Tiada tempat untuk meluahkan..
Kini tinggal sendirian..
Mertapi kepergianmu..Dulu..
Abi dan ummi..
Sentiasa menjadi peneman..
Tiada lagi titisan air mata..Abang dan kakak..
Tiada teman sebaik mu..
Akan tetapi...
Tidak dengan abi dan ummi..Mungkin aku beruntung..
Kerana apa?
Kerana masih mempunyai abang dan kakak..
Tetapi...
Tiada yang dapat...
Menggantikan...
Abi..
Ummi..Abi..
Ummi..
Kini..
Hanya tinggal..
Titisan air mata..
Setiap kali..
Mengingati abi dan ummi..Aku tak kuat tanpa mereka..
Selama mereka hidup..
Berapa kali aku berbakti kepada mereka?
Sekali?
Mungkin dua kali?
Tapi..
Aku masih tidak dapat berbakti sepenuhnya..
Tidak dapat aku membalas jasa mereka..
Menjaga aku..
Mendidik aku..
Berkorban untuk aku..Ummi...
Menanggung segala kesakitan semasa mengandungkan aku..
Dan saat melahirkan aku..
Menitis air matanya..
Betapa sakitnya..
Jururawat terbaikku..
Chef terbaikku..Abi..
Pelindung aku..
Air mata gembiranya mengalir disaat menyambutku ketika baru keluar dari rahim ummi..
Memberi penuh kasih sayangnya kepada aku..
Mencari rezeki untuk tanggung aku..*****
YOU ARE READING
Hidup Yang Bermakna
Teen Fiction"Pergilah kau daripada sini!! Aku tak ada adik yang macam kau!" -aku "Akak.. Apa salah adik kak? Kenapa akak terlalu bencikan adik?" -adik ***** "Adik.. Maafkan kak ariesy.. Dik.. Bangunlah.. Adikkan sayang akak.." "Kak sara tahu kau sedih.. Tapi ka...