PART 1

976 50 2
                                    

Kesinambungan Kisah Cinta Hanna dan Andrian....

Hanna melepaskan keluhan panjang apabila dirinya kini sudah berada di dalam perut kapal terbang menuju ke Kota Kinabalu,Sabah.

Tempat  kelahiran yang sudah lama dia tinggalkan bersama kenangan pahit dan manis.

Kini,dia yang sudah tiga tahun menyembunyikan diri,akhirnya mengambil keputusan untuk pulang.

Tiga tahun lamanya dia tinggal di Semanjung dan menetap bersama ibu saudaranya yang berkerja sebagai Pembantu Perubatan di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Sepanjang berada di Kuala Lumpur dia menghabiskan masanya dengan mengikuti pelbagai kursus dan juga seminar,semuanya tentang perniagaan yang melibatkan butiknya yang berada di Sabah.

Penat berkursus sesekali dia akan terbang luar Malaysia terutama Kota Paris.Dia menjadikan Kota Paris sebagai tempat untuknya menikmati kebebasan berkarya. Mencari inspirasi tentang gaun-gaun pengantin yang bakal di usahakannya nanti.

Soal kewangan bukan masalah baginya, apa lagi bila setiap bulan ibunya memasukkan kesemua hasil keuntungan pendapatan butiknya dalam akaun peribadinya.

Tapi sampai bila Hanna harus berharap pada orang tuanya,dia rasa bersalah. Akhirnya dia mengalah! dia kembali juga ke pangkuan mereka dan berjanji pada dirinya sendiri untuk tidak akan menangis lagi kerana lelaki.

" Tuan- tuan dan puan-puan sebentar lagi kita akan mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, sila pakai tali pinggang keselamatan anda" Kedengaran suara Kapten membuat pengumuman pendaratan,sekaligus menghentikan lamunan Hanna.

Perasaannya kini bercampur baur.Gembira,teruja dan juga berdebar semuanya menjadi satu.

Kepulangannya tanpa pengetahun sesiapa termasuk kawan baiknya sendiri,Lucy.
Dia sengaja mahu memberi kejutan buat mereka terutama untuk mama kesayangannya.

Keluar saja dia dari perut Kapal Terbang Boieng MAS itu, dia tersenyum sambil menarik nafas lega.

Dia macam tidak percaya dia sudah berada di Sabah sekarang ini.

" Selamat datang ke Sabah miss.." ucap tu Pramugara handsome itu sambil tersenyum.

" Hehehe..terima kasih.." balas Hanna.

"Muka saya macam pelancongkah?" Bisiknya dalam hati.

Hanna meneruskan langkah kakinya menuju ke pintu utama Lapangan Terbang itu.Keluar saja dari Lapangan terbang dia melambai ke arah pemandu teksi yang sedang bersiap sedia menunggu penumpang.

" Uncle, hantar saya pigi ni alamat ar.." Arah Hanna.

" Boleh bah moii.." jawab tu uncle cina separuh usia.

" Thanks uncle..." balas Hanna sambil melangkah masuk.

" Kau baru sampai kah ni amoi? Dari mana? '' Soal uncle teksi itu pada Hanna.

" Iya uncle baru saja saya sampai.Saya dari Kl uncle.."

" Oh orang KL leh nih ye.." Jawab tu uncle, tiba-tiba dia berubah slang pigi Semanjung.

Tersembur juga ketawa Hanna dengar tu uncle cakap slang Semanjung.

" Uncle..saya bukan orang KL bah, saya orang sabah boh ni Cuma saya baru balik dari sana jalan-jalan..." bilang Hanna sama tu uncle lagi.

" Oh!! Aiyaa amoi saya pikir kau olang semanjung..jadi uncle buatlah cara olang semanjung cakap..hahaha"

" Hahaha tidak bah uncle...''

Hanna minta hantar tu uncle teksi terus pergi rumah milik keluarganya. Dia sengaja menaiki penerbangan sebelah malam, sebab kalau sebelah malam mama sama papanya mesti ada di rumah.Kalau siang hari mesti masing-masing sibuk.

AKU MENCINTAIMU EN PENGGANTI(ILYMR)-SEASON 2Where stories live. Discover now