PART 10

432 44 5
                                    

.
.
.
“ Cik Hanna!!! Uishhh nda sangka dapat jumpa cik Hanna di sini?’’  Sapa Mimi, sebaik saja melihat kehadiran Hanna di pejabat tempatnya berkerja.

Dia tidaklah rapat dengan wanita yang sedang tersenyum di hadapannya itu, tapi dia tahu kisah yang terjadi di antara Andrian dan dia.Andrian selalu bercerita tentang Hanna padanya.

“ Ya, saya Hanna. Kita pernah jumpa bah dulu kan?’’ Jawab Hanna. Seingatnya, dia pernah bersua muka dengan Mimi hanya sekali sahaja.Tapi dia tidak begitu mengingati wajah mimi.

“ Pernah bah, tapi tu lah sekali ja. Kenapa tiba-tiba datang pejabat ni? Ada apa-apa yang saya boleh bantu ? ” Soal Mimi ,sambil memperlawa dua wanita itu duduk di ruang menunggu.

Lucy hanya mendiamkan diri tapi matanya memantau setiap sudut pejabat itu. Semantara Hanna sedang sibuk bercerita, dia cuba mencari-cari kalibat Andrian.

“ Mimi..sebanarnya saya datang ni mao jumpa Andrian? Ada hal sikit pasal project Butik yang dia handle sekarang?’’ Jelas Hanna.

“ Project yang mana erkk? ’’ Soal Mimi.

Dia cuba berfikir seketika project yang di maksudnya Hanna.

“ Project kecil ja.Ubahsuai butik saya..”  Jelas Hanna.

“ Oh!mungkin sata belum kena kasitau nda apalah...eh! tapi cik Hanna, Andrian bercuti..”

“ Bercuti lagi? Aduii sampai bila dia mao cuti ni…” rungut Hanna.

“ Saya nda pasti pula,sebab dia masuk pejabat pun sebab urusan penting saja…” Jelas Mimi lagi.

“ Kenapa dia asyik bercuti ja tu ? Dia sibuk urus kawin kah? ’’ Lucy tiba-tiba mencelah! Dia sengaja mengajukan soalan itu.

Soalan Lucy  membuatkan Mimi ketawa.

“  Mana da dia mao kawin? Girlfriend pun belum ada.Hermmm... rasanya dia masih tunggu seseorang tu ..” Gurau Mimie.

“ Dia tunggu siapa cik Mimi? ’’  Soal Lucy lagi.

“ Cik Hanna kali…!” Jawab Mimi selamba. Sambil itu dia melihat riaksi di wajah Hanna.

Dia tahu Andrian masih mencintai wanita itu.Jika tidak mustahil lelaki itu hidup membujang sehingga kini.

Dia juga tahu Andrian menyimpan sekeping gambar Hanna di dalam lokernya. Dia pernah ternampak gambar itu ketika Andrian tidak sengaja terlupa menutup rapat lokernya kerana  keluar dalam keadaan tergesa-gesa.

“ Hurmmmm…..’’ Lucy mula tersenyum.

Dia menjeling sababat baiknya itu.

Hanna hanya mendiamkan diri. Dia pura-pura tidak terkesan dengan perbualan mereka.Dia tetap berlagak serius.

Melihat Lucy masih lagi tersenyum seakan sengaja  mempermainkan dirinya,dia mencubit peha Lucy dan menyuruhnya berhenti merenungnya.

" Ouchhh....sakitnya!!! " jerit Lucy tapi suaranya tidak keluar.

Hanna tersengih!

“ Cik Hanna…kalau saya nda silap dia ambil cuti sebab dia jaga papa dia di hospital..bukan dia sengaja nda kasi sattle kerja dia tu..” Jelas Mimie tanpa berahsia lagi.

“ Kenapa? Papa dia sakit kah?” Celah Lucy.

“ Ya ..papa dia sakit..”  balas Mimi.

" Alalala..kesian pula tapi ada orang tu cepat betul dia sangka bukan-bukan.." Kata Lucy sambil menjeling Hanna.

Hanna hanya mendiamkan diri.

Lucy pula semakin rencak mengorek rahsia tentang Andrian dari Mimi.

AKU MENCINTAIMU EN PENGGANTI(ILYMR)-SEASON 2Where stories live. Discover now