Part 4

464 35 0
                                    

  " Usihh laparnya...! dari semalam lagi saya nda makan nasi .." Kata Lucy sambil melangkah mendekati pintu masuk Restoran.

" Kau memang kan..asal bab makan saja memang alasan ko sehari atau dua hari ko nda makan nasi padahal tiap hari juga ko makan kan ..kan...kan.." Balas Hanna sambil ketawa.

" Betul !!! ko tinguk perut saya kurus sudah kan...aduii kesian ba cacing-cacing dalam perut saya ni tahan lapar.."

" Eh ko ni macam-macam jak lah! Ko mahu ambil tempat duduk di mana ni?''

Keadaan Restoran yang di maksudkan Lucy itu sangat sesak dengan pelanggan.Mungkin sebab Restoran itu baru di buka jadi mereka sama seperti Lucy ingin mencuba.

" Sana...tu ada kosong.." Jawab Lucy.

" Bah ko pi lah dulu..saya pigi tandas sekejap.." balas Hanna.

" Owh okey.." jawab Lucy lagi.

Lucy segera berjalan menuju meja kosong yang terdapat di hujung sana.

Perasaan terujanya tiba-tiba hilang apabila melihat seorang lelaki dan seorang perempuan yang duduk bersebelahan mejanya.

" Andrian!" kata Lucy.

Dia sempat melihat wajah perempuan di sebelah Andrian.Cantik! dia pandang Andrian semula.

" Cepatnya kau berubah Andrian! baru tiga tahun ko sudah ada pengganti.." Bisik hatinya.

Perasaan sedihnya tiba-tiba muncul.Kesian Hanna...

Andrian juga terkejut melihat Lucy, dia benar-benar tidak sangka boleh terserempak Lucy di sana.

Tiba-tiba saja hatinya berdebar! Siapakah yang bersama Lucy? Hannakah?benarkah dia bersama Hanna? Andrian mencari-cari kalibat Hanna tiada tidak kelihatan.

Dia mahu bertanya pada Lucy tapi suaranya tidak keluar! Akhirnya dia hanya mampu melemparkan senyuman untuk Lucy.

Tiba-tiba Lucy teringat pada Hanna ! dia tidak mahu Hanna terserempak dengan Andrian dalam keadaan begini tiada kebaikannya untuk Hanna.

Kerana pertembungan ini hanya akan melukakan hati sahabatnya itu saja.

Tapi Tuhan mahu mereka bertemu lagi dalam keadaan begitu maka tiada siapa yang dapat menidakkan kehendakNYA termasuk dia.

Lucy tidak sempat menghalang pertemuan itu. Belum sempat dia mahu berdiri Hanna sudah pun muncul di depannya.

" Sorry...full bah tu tandas...adeiii mao berbaris menunggu giliran...." Kata Hanna,sambil menarik kerusi.

Lucy hanya tersenyum kelat!

**************

Andrian terkaku seketika! Benar dia kenal suara itu, suara yang sangat di rinduinya selama ini.Jantungnya berdegup kencang.Dia mahu segera menoleh pada pemilik suara. itu....namun hanya melihat dari sisi belakang saja.

" Hanna..."

Sungguh dia rindu! Rindu yang tidak mampu di ungkap melalui kata-kata. Walaupun hanya melihat dari belakang, dia tetap ingat suara dan kenal susuk tubuh itu. Tidak berubah sama sekali.Hanya rambutnya saja kelihatan pendek dari sebelum ini.

******************

Lucy mendiamkan diri.Hanna masih tidak menyedari Andrian juga berada di sana.

" Cy..ko kenapa? Kena sampuk hantu ?''

Tanyanya pada Lucy, dia hairan melihat wajah sahabatnya tiba-tiba berubah jadi muram dan tidak lagi teruja seperti tadi.

Sambil menunggu jawapan Lucy,dia melihat menu yang ada di atas meja.

AKU MENCINTAIMU EN PENGGANTI(ILYMR)-SEASON 2Where stories live. Discover now