PART 12

449 43 9
                                    

.
" Kathrine?"

ANDRIAN sedikit terkejut melihat kedatangan Kathrine di rumahnya.

Wanita itu tersenyum manis memandangnya.Dia tidak sangka akhirnya dia sampai juga di rumah itu.

Dia hanya berpandukan alamat yang terdapat di dalam borang peribadi Daniel.

Tujuannya utamanya datang selain melawat papanya,dia juga mahu berbincang tentang permintaan Daniel.Dia tidak punya banyak masa terluang andai berjumpa di Hospital.

“ Mimpi apa ni tiba-tiba datang ni? ’’ Soal Andrian sambil menjemput  Kathrine duduk.

“ Saja…mao melawat papa ko! lagipun hari ni saya cuti…” Jawab Kathrine.

“ Susah-susah ja ko ni, lain kali call dulu bah saya boleh ambil ko..’’ 

“ Hishh mo pi melawat buat apa mo minta ambil segala.Bukan susah pun…naik ja uber  kah teksi terus bagi saja  alamat sampailah..”

“ Tedalah bah…saya nda mahu ko susahkan diri saja,banyak sudah ko buat tuk Daniel..’’

“ Hishh teda hal bah tu, tangungjawab saya bah itu..”

Andrian hanya tersenyum,sesungguhnya dia tidak tahu bagaimana caranya untuk membalas budi wanita itu.

Yang selalu mengambil berat dalam segala hal berkaitan dirinya dan keluarganya.

“ Sunyi ja rumah ko ni… dari tadi saya datang saya nda nampak pun papa ko?”

“ Ada tu dia di laman belakang..”

“ Dia okey sudah?’’

“ Ya sihat sudah tu…syukurlah.."

“ Baguslah…”

“ Astaga…saya lupa bah, marilah masuk pigi dapur saya belanja ko kopi bujang …”

Kathrine menurut, dia mengekori langkah Andrian sampai ke ruang dapur.

Sempat juga dia meninjau keadaan rumah tersebut. Nampak kemas walaupun tiada penghuni “ wanita ’’

Dia sempat melihat bingkai gambar Andrian dan Daniel sedang ketawa besar di dalam gambar itu.

Rupa mereka sangat mirip, sampai 0dia tidak tahu yang mana satu Andrian dan yang mana satu Daniel.

“ Nahh kopi bujang…sorry lah teda kamiurang punya  kuih muih..”  Kata Andrian.

" Owh ok kejap!"

Kathrine meletakan semula bingkai gambar itu di tempat asal.

“ Nda apa bah itu…saya datang bukan mo pi makan aduii ko ni..bikin malu saya ja bah...”

Kathrine mula menghirup kopi panas yang di sediakan  Andrian.Sedap! Katanya dalam hati.

" Sedap kan?"

"Bolehlah!"

Mereka ketawa! Bagaikan pasangan kekasih lagaknya.

“ Itulah… di suruh kawin nda mahu..”

Tiba-tiba saja satu suara menyampuk perbualan mereka.

“ Eh haii uncle..siou arr saya datang tiba-tiba..” Kata Kathrine,dia bangun dan menghulurkan tangannya untuk bersalam.

“ Eh tidak payah salam-salamlah ..uncle punya tangan kotor ni…”

“ Oh tiapa ba uncle..”

“ Duduklah bah teruskan minum kupi bujang kamiurang! ..”

Andrian hanya tersengih memandang papanya. Dia tahu papanya sedang menyindirnya.

AKU MENCINTAIMU EN PENGGANTI(ILYMR)-SEASON 2Where stories live. Discover now