Part 8

441 43 3
                                    

Entah kenapa hatinya begitu gembira apabila melihat kereta Andrian dihadapan rumah yang suatu ketika dahulu pernah di huninya.

Tiba-tiba dia rasa bersalah kerana membuat andaian yang tidak benar tentang urusan penting yang di katakan lelaki itu sebentar tadi.

Tapi sayangnya keegoan diri mengatasi segalanya.Walaupun dia rasa bersalah tapi dia tidak mahu mengakui itu.

Dia masih duduk di dalam keretanya berfikir tentang tindakannya.Di satu sudut hatinya berbisik menyuruhnya agar meneruskan saja niatnya dan mengalah demi melawat orang tua yang masih di sayanginya seperti papa sendiri.

Di satu sudut lagi terdapat satu perasaan yang sukar untuk di luahkan melalui kata-kata!Dia perlu mempertahankan pendiriannya untuk tidak mahu mengalah dengan perasaan sendiri.

Akhirnya dia mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah itu tanpa menyapa penghuninya.

Namun bila dia sudah jauh meninggalkan rumah itu, hatinya terasa sakit! Seperti ada beribu sesalan yang menghimpit perasaannya..

Lantas dia mengambil keputusan untuk berpatah balik ke rumah itu.Sayangnya dia terlambat! Sesampainya di sana, kereta Andrian sudah tiada.

Rumah itu juga seperti tiada penghuni,dia dapat melihat kunci mangga yang tergantung di jeriji keselamatan.

Hanna mengeluh panjang!Dia tidak mungkin menghubungi Andrian dan bertanya tentang papanya.

**********************

Andrian terlalu bimbang pada kesihatan papanya,benarlah kata jiran yang menghubunginya tadi.

Sesampai saja dia di rumah papanya. Orang tua itu terbaring lesu dan tidak bermaya.

Dia segera membawa papanya ke Hospital biarpun orang tua itu berkeras tidak mahu kemana-mana.

" Ko rehatlah dulu di sini Hospital arr pa..saya suruh tu doctor jangan kasi pulang kau sampai kau sihat.." Kata Andrian pada papanya.

Orang tua itu sudah berada di dalam Wad. Keadaannya lemah akibat kekurangan air dan tiada selera makan.Demamnya juga agak tinggi kata Doktor yang merawatnya.

" Kau ni Rian...macam-macam saja ..papa sihat juga bah ini..demam biasa-biasa saja .." Kata papanya.

Dia tidak suka berada di Hospital.Bosan katanya.

" Dari biasalah mao di rawat ini pa..."

" Hermm bah..bah..mana-mana kaulah tapi jangan lama-lama tahan saya ar..! Buli mati ni papa kebosanan di sini"

"Hishh ko pa..apa cakap macam tu..saya kan ada.Saya kasi kawan ko sini bha..."

"Hurmmm nda payahlah....ko penat juga tu urus si Daniel...."

Teringat Daniel airmatanya mula menitis.Tidak menyangka akan nasib yang melanda anaknya itu.

Namun dia tidak pernah menyalahkan Takdir.Sudah nasibnya begitu,dia hanya berdoa semoga anaknya itu sembuh dari penyakitnya.

" Jangan risaulah pa...saya kuat lagi.Daniel ada yang jaga tu di sana.."

" kalau poh papa ada menantu bagus juga kan...ada juga yang tulung tinguk-tinguk papa.."

" Nanti lah saya kasi cari ko menantu pa.."

" Bah..papa mahu yang macam Hanna...pandai masak pandai buat kuii..."

Andrian hanya ketawa mendengar permintaan papanya.

" Macam-macam saja ko ni pa...!! rehatlah ko dulu ba.."

AKU MENCINTAIMU EN PENGGANTI(ILYMR)-SEASON 2Where stories live. Discover now