Bab 4: Hantu Punya Hantu

530 58 11
                                    

Sepanjang perjalan menuju ke rumahnya itu, fikiran Siti banyak terbang melayang. Dia sendiri sebenarnya tidak tahu mengapa dia mengambil berat tentang Daniel. Sebelum ini, ramai je pesakit yang sudah dirawatnya malah ada yang jauh lebih teruk berbanding keadaan Daniel. Namun mungkin kerana sepanjang dia dirawat, tiada seorang pun ahli keluarga yang datang melawatnya. Itu menyebabkan Siti kasihan melihatnya.

Sedang dia memandu melepasi kawasan bangunan itu, tiba-tiba matanya terlihat akan kelibat seseorang yang dia kenali. Siti memandang lelaki tersebut sekali lagi untuk memastikan bahawa dia tidak berkhayal dan tidak syak lagi itu memang Daniel. Daniel kelihatan terpinga-pinga di tengah lautan manusia sambil melihat ke arah sekeliling nya.

Siti kemudiannya memberi signal ke kiri lalu memasuki lorong untuk membuat pusingan U. Apabila lampu sudah bertukar hijau, dia dengan segera menekan minyak keretanya itu lalu menuju ke arah Daniel yang dilihatnya tadi berada tidak jauh dari situ. Namun apabila Siti menghampiri kawasan tersebut, Daniel sudah tiada. Siti cuba mencari namun kelibat Daniel sudah tidak kelihatan di situ lagi.

Siti mengeluh, ke mana agaknya Daniel pergi. Risau pula melihat Daniel dalam keadaan begitu, almaklumlah dia bukannya sihat sangat. Malah kesihatan mentalnya juga membimbangkan. Jika ada sesuatu yang terjadi kepadanya, pasti itu akan menjadi masalah kepada Daniel nanti. 

TINNNNNN!!

Bunyi hon dari kereta belakang membuatkan lamunan Siti terhenti. Dia baru tersedar yang dia sedang memberhentikan keretanya di bahu jalan. Dalam keadaan kalam kabut, dia memasukkan gear lalu berlalu bergi dari situ. 

-0-0-0-0-

Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Rumah Daniel masih lagi gelap, itu membuatkan Siti menjadi rungsing apabila memikirkannya. Dari tadi sebenarnya Siti sudah berulang-alik di hadapan rumah Daniel bagi memastikan keadaan Daniel. Namun Daniel masih tiada di situ. Siti mula merasa bimbang.

"Kamu ni dah kenapa Siti. Mak tengok dari tadi tak duduk diam. Sekejap ke sana, sekejap ke sini." Tegur Maknya apabila tidak senang melihat keadaan anak gadisnya itu.

"Tak ada apa-apa lah Mak. Siti cuma nak hirup udara segar je dekat luar ni." Balas Siti sambil berpura-pura menghirup udara di ruang berandar rumahnya itu.

"Kamu jangan nak menipu Mak ye. Dah 28 tahun kamu hidup dekat sini, ni kali pertama Mak dengar kamu cakap kamu nak hirup udara dekat luar ni. Sebelum-sebelum ni asyik mengadu busuk lah, tak selesa lah dengan kejiranan dekat sini. Kamu dah kenapa ni? Cub cerita dengan Mak." Kata Mak nya cuba memujuk Siti untuk bercerita dengannya.

"Hmmmm, ingat tak semalam Siti ada cerita pasal jiran kita tu?" Tanya Siti kepada Mak nya.

"Ohhh budak sombong tu, kenapa dengan dia?" Tanya Mak Siti kembali.

"Haishhhh Mak ni, tak baik lah cakap dia macam tu. Kita tak tahu apa masalah dia, tak baik cakap dia sombong." Kata Siti sambil membuat muka ke arah Maknya itu.

"Hamboi, dah pandai back up dia pulak. Hey bukan Mak sorang je tau yang cakap dia sombong, semua orang dekat flat kita ni cakap dia sombong. Iyelah nama je duduk berjiran, tapi muka tak pernah nampak. Orang senyum pun dia buat muka masam je. Ada satu hari dulu, Cik Tipah cakap dia pernah lah cuba nak beramah mesra dengan budak tu. Dia ada buatkan bubur chacha kononnya nak bagi dekat budak tu lah. Bila budak tu bukak pintu, dia terus tutup balik tanpa ambil pun bubur Cik Tipah tu tau. Mana tak orang panggil dia budak sombong." Terang Mak Siti panjang lebar. 

Tolong Hantu! Jangan Ganggu AkuWhere stories live. Discover now