Bab 14: Lemah Semangat

167 21 5
                                    

"Macam mana Daniel, malam tadi tidur nyenyak ke tak?" Tanya Pak Ngah sambil tersenyum melihat Daniel yang baru sahaja muncul di muka pintu dapur.

"Heee nyenyak je Pak Ngah." Jawab Daniel tersipu malu.

Jika apa yang terjadi malam tadi diceritakan kepada Mak Jah dan lain-lain, tak tahu dekat mana lah Daniel nak sorokkan mukanya itu.

"Yang abang tersenyum-senyum ni kenapa? Ada berita yang kelakar ke?" Tanya Mak Ngah pelik sambil meletakkan semangkuk nasi goreng di hadapan suaminya itu.

"Tak ada apa lah, abang tiba-tiba teringat benda kelakar yang jadi malam tadi je." Balas Pak Ngah sambil memandang ke arah Daniel yang berpura-pura tidak mengetahui apa-apa.

"Kamu tahu apa-apa ke Daniel?" Tanya Mak Ngah.

Pertanyaan itu membuatkan Daniel tersedak sehingga hampir terkeluar air teh yang berada di dalam mulutnya itu. Pak Ngah dan Siti masing-masing tersenyum melihat reaksi Daniel itu manakala Mak Jah kelihatan menepuk-nepuk belakang badan Daniel agar tiada apa yang lebih buruk berlaku lagi.

"Tulah, gelojoh sangat minum air. Kan dah tersedak. Hahaha" Kata Siti lalu berlalu pergi menuju ke arah singki dapur rumah itu.

"Haishhh apa kamu ni Siti cakap macam tu. Ni tolong amikkan mak air masak segelas." Kata Mak Jah lalu menghulurkan segelas cawan ke arah anak gadisnya itu.

Pak Ngah yang masih tersenyum cuba mengawal gelaknya itu. Daniel ni memang kelakar, mudah sangat diusik. Ini kalau cerita semalam tu diberitahu, mesti malu dia dibuatnya.

-0-0-0-0-

"Cerita dia macam ni Ustaz. Daniel ni terlibat dalam kemalangan dan dia koma selama beberapa bulan. Doktor sahkan yang kemalangan tu telah mengakibatkan Daniel ni hilang ingatan. Tapi itu bukan masalah utamanya sebab sejak dia sedar dari koma, dia boleh nampak benda-benda yang sepatutnya tak boleh dilihat dengan mata kasar. Sebab tu kami datang ke sini nak cuba ikhtiar, mana tahu Ustaz boleh tolong tengok-tengok kan dia ni." Terang Mak Jah panjang lebar.

Daniel yang duduk tidak jauh dari Ustaz Adam hanya mengangguk perlahan.

"Sejak bila kamu boleh nampak mahkluk-makhluk ghaib ni Daniel?" Tanya Ustaz Adam.

"Sejak hari pertama saya sedarkan diri Ustaz." Jawab Daniel ringkas.

"Bagimana rupa mahluk tu?" Tanya Ustaz Adam lagi.

"Dorang macam manusia biasa je Ustaz, tak ada bezanya pun. Tingkah laku dorang pun sama je dengan manusia biasa. Cuma satu je, dorang tak pernah bercakap atau cuba untuk berbual dengan saya. Bila saya tanya pun, dorang buat tak endah je." Terang Daniel kepada Ustaz Adam.

Ustaz Adam yang mendengar dengan penuh teliti menganggukkan kepalanya beberapa kali. Mak Jah, Siti dan keluarga Pak Ngah yang turut berada di situ agak terkejut dengan apa yang diceritakan oleh Daniel sebentar tadi.

"Boleh Ustaz pegang kepala kamu sekejap?" Tanya Ustaz Adam.

"Boleh Ustaz." Balas Daniel lalu menghampiri Ustaz Adam.

Apabila Daniel sudah berada di hadapannya, Ustaz Adam pun dengan perlahan mula meletakkan tangannya di atas ubun-ubun kepala Daniel. Kedengaran Ustaz Adam membacakan selawat serta beberapa ayat suci sebelum dia kembali duduk di tempat asalnya itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 17, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Tolong Hantu! Jangan Ganggu AkuWhere stories live. Discover now