Depression

22 0 2
                                    


                                                     "Depression is a mental illness, no joke"

Pernah terjadi semua ini?

1. Rasa takda reason nak hidup

2. Suka duk gelap-gelap

3. Pandang dinding berjam-jam

4. Ketawa, Menangis tiba-tiba

5. Jiwa rasa kosong (please jangan cakap iman nipis)

6. Kadang, takde benda pun yang kau fikir.


Sejak aku berhenti self-destruct dulu, baru kali ini aku kembali depressed tanpa sebab; tanpa sebab ya kawan-kawan. Kalau dulu if rasa depressed, lukakan diri sendiri dapat rasa tenang. Tapi semenjak aku dah nekad nak sayang diri sendiri, aku pilih untuk tidak berbuat apa-apa.

Jangankan kata aku tabah, tidak. Ada masa aku dikemuncak. Family, friends, semua fikir yang aku ini tak  bermasalah; happy. Tapi realitinya, aku pun tak tahu untuk apa reason aku hidup sebenarnya. Kahwin? buat anak? kerja? sakit? mati? entah. Tapi aku masih ada Tuhan. Aku yakin selama mana aku mampu bertahan; ada pulangannya nanti.

Tapi, tolong ya. Andai kawan mahupun family kamu yang mengalami tekanan. Tolong jangan ambil remeh hal ini sebab depression adalah mental illness. Takut bila dah tak tahan, they'll end up their life. Hampir-hampir bunuh diri itu tidak mustahil sedangkan aku juga pernah mengalami. Syukur member terus datang bilik dan tampar aku (sakit gila). Saat itu, baru aku rasa masih ada orang yang perlukan aku. Jadi, aku bertahan.

Cuma kebelakangan ini, jiwa aku kosong. Aku penat. Aku tertekan. Tanpa sebab. Aku berlakon yang aku ini kuat depan family but ya, seriously aku betul-betul lemah. Sakit dekat kepala dan batin tu lagi teruk daripada kau sakit gigi.

Apa yang aku buat? aku menangis. Aku ketawa. Aku tidur. Aku dengar lagu kuat-kuat. Iya, aku berusaha sebenarnya untuk tidak melukakan diri lagi; sebab apa? sebab aku tahu bukan senang nak buat anak menjadi sampai besar. Aku mati nanti siapa yang tertekan? mak aku. Aku kantoi self-harm dulu pun nak macam orang gila dia. Jadi, aku bertahan. 

Tujuan aku tulis? aku tahu, tulisan dah entah kemana, pergi ke mana. Aku cuma kongsikan sedikit perasaan apa itu depression yang mana kita semua sudah sedia maklum dan sentiasa merasakannya dari hari ke hari. Apa yang membezakan kita adalah tahap ketahanan jiwa kita dan juga masalah. Tolong jangan ambil mudah kalau ada orang terdekat mengadu dekat kita. Jadilah pendengar yang baik, meskipun tidak dapat memberi nasihat; jadilah telinga. 

Untuk kes aku? ada masa turun naik. Aku sedang cuma bertahan untuk tidak melukakan diri sendiri. 

Ada yang mahu kongsikan pengalaman?


Kamu telah mencapai bab terakhir yang dipublikasikan.

⏰ Terakhir diperbarui: Nov 15, 2017 ⏰

Tambahkan cerita ini ke Perpustakaan untuk mendapatkan notifikasi saat ada bab baru!

PelarianTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang