Bukan maksud aku untuk menjauh.
Namun mesti kau tahu,
Aku tidak mahu sahabat menjadi musuh.Tiada maksud lain,
Hanya kau yang tersilap anggapan;
tentang layanan aku.Tidak aku rasa istimewa tentang itu,
Kerana layanan aku memang begitu.
Kiri,kanan,hadapan,belakang,
Semua di sekeliling aku,
Aku layan sama sahaja,
Tidak kurang tidak lebih.Mungkin hanya kau sahaja yang meletak harapan terlampau jauh.
Aku harap kau mampu lupakan sahaja angan-angan tinggi kau.Kerana,
Impian sahaja sahabat boleh jadi lebih dari itu.
Aku tidak mahu menyakiti sesiapa,
Sungguh,
Dikecewakan itu sakit.
YOU ARE READING
Coretan Misteri
PoetryIni---- Coretan misteri Tentang; Hati,diri dan mimpi. Ku undur diri dahulu, Semoga bertemu lagi kita di sana nanti.