Pandangan

194 3 0
                                    

Tanpa mempunyai hala tuju,
Aku membuka langkah,
Bergerak mengikut ke mana sahaja kaki aku melangkah.

Dari sudut ini,
Dapat aku lihat pelbagai ragam manusia,
Pelbagai jenis manusia,
Dan pelbagai warna.

Dapat aku dengar gelak tawa,
Dan tidak lupa juga mulut yang membicara tentang pelbagai perkara.

Sering aku tertanya,
Bagaimana mereka sentiasa gembira tanpa terasa secalit duka.

Adakah segalanya benar.
Atau mungkin hanya lakonan semata-mata yang sedang dipentaskan.

Mungkin boleh sahaja aku menilai dari apa yang mata aku saksikan,
Namun aku sedar,
Khilafnya aku jika begitu.

Di atas tanah aku berpijak ini,
Sepasang mata sedang melihat ke arah aku bersama pandangan yang sukar ditafsir.

Sejenak aku berfikir,
Adakah dia tertanya aku juga sama seperti dia,
Dan aku tertanya,
Wujudkah pertemuan kali kedua aku dan dia.

Liku kehidupan ini perlu dihadapi,
Kerana ia juga suatu memori,
Yang tidak dapat dijual beli.

Kepada sepasang mata yang sepertinya belum puas memerhati,
Aku berharap kau terus kuat meniti hari,
Kerana aku pasti ada pengakhiran indah untuk kau dihujung nanti.

Coretan MisteriWhere stories live. Discover now