Ketika aku menulis coretan ini,
aku berada di dalam sebuah kenderaan,
menuju ke suatu destinasi yang aku pasti.Aku ingin mengembara,
Untuk melihat segala ciptaanNya.Terlampau luas dunia ini yang perlu aku jejaki,
Kerana aku pasti di setiap penjuru dunia terletak pelbagai khazanah;
Yang perlu aku cari untuk membongkar segala konspirasi.Dapat aku rasakan panasnya bahang mentari,
Dan,
Dapat juga aku lihat hujan turun membasahi bumi dari tingkap lutsinar ini.Ingin aku rakam dan ciptakan sebuah memori,
Yang tidak mungkin dapat lagi dicari,
Agar aku sentiasa bijak membawa diri.
YOU ARE READING
Coretan Misteri
PoetryIni---- Coretan misteri Tentang; Hati,diri dan mimpi. Ku undur diri dahulu, Semoga bertemu lagi kita di sana nanti.