Aku masih tertanya,
Pentingkah kesempurnaan.Mengapa keikhlasan aku lihat semakin pupus.
Segalanya aku lihat berlandaskan sesuatu.
Aku sering tertanya,
Adakah ini hukum dunia?Adakah sebenarnya engkau bersahabat mungkin kerana rupa,
Mungkin kerana pangkat,
Dan adakah mungkin kerana harta.
Aku berharap masih ada keikhlasan di sudut hati kau yang jauh.Mungkin ini perkara biasa.
Tapi tidak bagi aku.
Aku cuba positif dalam setiap perkara,
Tapi apa yang aku peroleh hanyalah sebaliknya.Mudahnya untuk kau menilai.
Mungkin kau fikir kau punya kuasa.
Perlu kau ingat;
Semua orang tidak sama,
Semua berbeza warna dan citarasa.
Dan kau,
Hanya tahu menjatuhkan hukuman.Aku mahu kau sedar,
Kau,
Bukan Tuhan.
YOU ARE READING
Coretan Misteri
PoetryIni---- Coretan misteri Tentang; Hati,diri dan mimpi. Ku undur diri dahulu, Semoga bertemu lagi kita di sana nanti.