PELURU 6: Pemburu

3.3K 80 26
                                    



Angin menderu. Jaketnya berkibar. Walaupun langit telah gelap diselimuti malam, Faisal dapat menjangka bahawa langit sedang mendung membawa hujan. Hujan akan turun malam ini, Cuma bukan sekarang.


Dari atas sebuah bangunan, dia memerhati dengan teropongnya keadaan kubu triad cina. Kubu tersebut dikelilingi bangunan tinggi, dan agak terperosok di tengah bandar. Kawasan tersebut memang popular sebagai 'Chinatown' di Kotaraya Anggerik. Di situ, terdapat satu bangunan usang yang tidak lagi disinggahi orang. Namun pada di bawah tanah, bangunan itu menempatkan kubu buat triad cina. Organisasi yang mempunyai hubungan langsung dengan dunia gelap daripada China, Shenlong.


Mereka banyak beroperasi sebagai ah long, dan semenjak Faisal menghapuskan pesaing mereka di dalam aktiviti pengedaran dadah beberapa tahun lepas, kini mereka menjadi pengedar utama di Malaysia.


Walaupun Malaysia sudah bertukar menjadi negara yang lebih mempraktikkan Islam, dan kebanyakan masyarakatnya semakin menjauhi perkara-perkara yang haram dan merosakkan, serta penguatkuasaan semakin ketat dan tulus, mereka tetap terus beroperasi di negara ini.


Hal ini kerana, matawang Malaysia adalah matawang tertinggi di Asia Tenggara sekarang. Mereka mendapat laba yang lebih apabila pembeli-pembeli daripada Singapura, Thailand, hatta China sendiri, ingin mendapatkan dadah buatan mereka. Transaksi wang luar ke dalam Malaysia membuatkan mereka untung beberapa kali ganda.


Hasil wang tersebut, mereka gunakan untuk menjadi ah long, dan memeras marhaen yang tidak mempunyai latar kewangan yang baik, serta mereka yang tertipu dengan janji-janji manis buat mereka. Walaupun bilangan rakyat yang berkeadaan sedemikian semakin sedikit di Malaysia hari ini, tetapi sudah cukup untuk membuatkan triad cina ini hidup dan meneruskan aktiviti.


Selain organisasi Hitam, lokasi sebenar triad cina ini tidak diketahui.


Faisal mendapat maklumat bahawa Inteligen Kerajaan sendiri masih sedang dalam usaha untuk mencari lokasi mereka.


Hari ini, dia ingin memerhati dengan lebih dekat kubu tersebut, sebelum dia menentukan bila dia akan meletakkan batu nisan buat mereka.


Teropong Faisal mempamerkan kewujudan sekitar 50 orang manusia di dalam kubu tersebut. Cabaran utama ialah kawasan sekitar kubu tersebut dipenuhi oleh orang ramai. Baik peniaga atau pun pembeli dari kalangan pelancong, juga warga Kotaraya Anggerik. Untuk menjalankan operasinya tanpa disedari orang awam, bukan hal yang mudah.


Tiba-tiba teropongnya menangkap pergerakan satu susuk tubuh. Faisal mengalih teropongnya. Cuba memandang dengan mata kasar.


Dalam kelambu malam, di atas bangunan berdekatan, kelihatan seorang lelaki, wajahnya terlindung dengan kain kecuali di bahagian mata. Faisal mengerutkan dahi. Segera dia mengaktifkan alat pada bawah dagu, risau identitinya dikesani. Kemudian terus dia menghubungi organisasinya.


"Boss! Ada hantar pembunuh lain di kawasan triad cina?"


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 23, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Encik PembunuhWhere stories live. Discover now