Bab 1

23.6K 480 14
                                    

Aku menapak masuk kedalam syarikat HL Holding yang tersergam indah. Seorang wanita yang berwajah manis menyuruh aku menunggu sebentar di ruangan menunggu. Mataku meliar memandang syarikat yang serba mewah itu. Ya Allah, rasa gementar pulak. Takpelah, rezeki ada dimana-mana. Usaha tu yang perlu ada. Fail ditangan aku selak satu persatu. Rasanya takde fail penting yang tertinggal. Beberapa kali aku terpandang mata-mata yang melihat kearahku. Pelik sangat ke pakaian aku ni? Pantas aku bangun dari duduk apabila melihat wanita tadi menuju kearah aku.
     "Cik interview untuk pengambilan staf baru kan?" soalnya. Aku mengangguk seraya tersenyum.
     "Okay, mari saya bawa kebilik Tuan"
Aku membuntuti wanita itu ke pintu lif. Terdapat seorang staf yang menjaga pintu lif tersebut.
    "Bilik Tuan" Ujar wanita itu. Staf yang menjaga pintu lif itu hanya mengangguk. Pintu lif ditutup perlahan. Dinding lif yang seperti cermin itu membuatkan aku lebih gementar apabila melihat diri aku sendiri. Sesekali aku mengusap lenganku sendiri seperti orang kesejukan. Kalau dah gementar campur sejuk pendingin hawa ni memang macam ni la keadaan aku.
    "Cik jangan nervous, Tuan baik orangnya, gentleman lagi. Cuma jangan gagap je depan dia, dia tak suka" bisik wanita itu apabila melihat gadis itu seperti tak keruan.
    "Ohh... yeke, seram jugak saya kalau jenis yang suka herdik- herdik orang tak tentu pasal ni" Aku membalas seraya tersenyum lebar. Wahh, boss baik senang sikit kerja aku.
    "Takdelah, Tuan okay je. Dah sampai, mari" ajak wanita itu. Aku menghembus nafas seraya keluar dari pintu lif itu. Aku pun tak ingat tingkat berapa ni. Kami berhenti di hadapan pintu bilik yang tertulis CEO. Aku melihat wanita itu mengetuk pintu dan memasuki bilik tersebut. Setelah beberapa saat. Dia keluar dan menyuruh aku masuk.
    "Okay, cik boleh masuk, good luck. Saya turun dulu ye" pinta wanita itu seraya tersenyum. Aku hanya mengangguk mengiakan.  Dengan lafaz bismillah, aku memberi salam dan masuk. Luasnya bilik! Dengan luxurious decoration yang tersusun rapi dalam bilik tersebut. Bilik ni je dah berapa kali ganda besar dari rumah aku kat kampung. Dahla duduk sorang je. Aku menelan liur. Seram pulak rasa... Aku berdiri beberapa meter dari meja kaca yang luas dihadapan. Lelaki itu sedang berdiri memandang keluar tingkap seraya bercakap di telefon. Aku hanya memandang belakangnya seraya menunggu perbualan mereka tamat. Nampak macam muda lagi. Aku mengerutkan dahi apabila mendengar perbualan lelaki itu yang berbahasa china, lancar je. Setahu aku CEO syarikat ni melayu. Aikk... pelik ni. Aku salah alamat ke? Adehh... Apabila mendengar lelaki itu seperti mahu menamatkan perbualan, aku berjalan beberapa langkah kehadapan. Lelaki itu berpusing menghadap aku. Aku yang tersenyum melihatnya terkaku sebentar. Bapak ah... handsome gila boss aku ni! Tapi sekarang aku confuse, dia ni melayu ke china sebab muka dia memang macam china.
    "Have a seat miss..."
    "Hanim" aku menjawab sepatah. Lelaki itu tersenyum sinis.
    "Hanim, sedap nama tu. Awak boleh duduk" ujar lelaki itu seraya duduk diatas kerusinya yang bertentangan dengan aku. Aku hanya tersenyum sedikit. Fail ditangan aku letak diatas meja. Lelaki itu menyelak satu persatu fail tersebut.
    "Thanks" jawabku pelan seraya duduk dikerusi yang disediakan.
    "Okay, introduce yourself" ujar lelaki tu. Aku memandangnya dengan wajah yang penuh bersemangat.
    "Okay, my name is Nur Farhanim binti Ismail. I'm twenty-three years old..."
    "Okay, that's all" lelaki itu bangun dari duduknya. Aku terkedu.
    "Wa... wait! Pardon me?" soalku masih bingung.
    "Hmm... I said that's all. Maknanya awak tak diterima bekerja disini. Nah ambik fail ni dan awak boleh pergi"
    "Kenapa? Fail saya pun awak tak baca, saya pun belum introduce diri saya lagi" aku berdiri bertentangan dengannya. 'This is rude and this is not fair!' Bantahku dalam hati. Lelaki itu berwajah serius. Tapi masih tetap handsome sebenarnya.
    "Okay, masa kau pertama kali masuk dalam syarikat aku yang besar dan megah ni. Kau terfikir tak kenapa orang lain pandang kau pelik?" soalnya seraya berpeluk tubuh. Bahasanya juga sudah bertukar kasar. Dahiku berkerut.
   "Sebab pakaian kampung kau ni, dengan muka yang tak bermakeup, dengan tudung lagi. Kau tak nampak ke pekerja aku yang lain semua cantik-cantik, bergaya, ada style. Sekarang kau faham kan?" soal lelaki itu angkuh.
    "Tapi saya boleh buat apa sahaja yang awak nak. Pengalaman kerja pun saya dah ada!" ujarku mencuba nasib. Lelaki itu melihat aku atas dan bawah. Perlahan- lahan dia mendekati aku. Aku mulai gerun.
   "Kalau kau nak jugak kerja dalam syarikat ni... buka tudung kau" lelaki itu menyelak tudungku keatas. Aku terkejut, darahku menyirap naik. Secara drastik, tanganku mencapai segelas air putih dan mencurahkannya kewajah lelaki itu.
   "Never!" Marahku sebelum keluar dari bilik itu.

My Husband Mr. ArrogantWhere stories live. Discover now