Selepas selesai apa yang berlaku tadi, kami pulang kerumah. Faiz dihantar ke hospital dan diserahkan kepada pihak polis. Keluarga aku merahsiakan perkara ini daripada penduduk kampung. Ini untuk kebaikan keluarga ketua kampung, mereka keluarga yang baik... mungkin ayah dan ibuku kasihan dengan mereka. Setelah pulang kerumah aku tidak menghiraukan sesiapa pun. Perasaan takut dan trauma masih menyelubungi diri aku. Tanganku bergetar. Panggilan Rayn hanya terngiang-ngiang perlahan ditelinganku. Aku berjalan pantas memasuki bilik dan berselubung didalam selimut. Perasaan marah, takut, jijik, kecewa bercampur baur. Aku marah pada ibu dan abah sebab tak tunggu aku nak pergi kebun sekali tadi tapi aku jugak yang nak pergi dengan Rayn. Tapi aku marah dengan Rayn sebab dia tak ada dengan aku tadi... Aku marah dengan Hani sebab nak rampas Rayn dari aku! Hanim, Rayn bukan siapa-siapa pun pada kau. Kelak dia akan ceraikan kau jugak. Dia tak akan pedulikan kau lagi lepas title CEO tu jadi milik dia. Kau dah tak ada makna pada dia. Diana pun tunggu Rayn ceraikan kau. Kau sebenarnya perampas Hanim. Kau hanya mangsa keadaan. Kalau kau cintakan dia pun... nothing will happen! Aku memejamkan mata serapat-rapatnya. Kepalaku berdenyut sakit.
"Hanim... kau marah aku lagi ke?"soal Rayn sambil berdiri disebelah aku. Setelah beberapa saat mendiamkan diri. Aku turun dari katil dan mendekati laci. Dengan kasar, aku mencari sesuatu. Habis bersepah barang di lantai. Rayn memandangku pelik.
"Kau cari apa Hanim?" soalnya sedikit risau. Aku memandangnya dengan wajah serius.
"Mana contract tu?"
"With me. Why?" soal Rayn dengan dahi berkerut.
"Give me now" arahku tanpa memandang kearahnya.
"Apa kau nak buat dengan contract tu?"
"Aku nak batalkan contract tu" ujarku perlahan. Bahasa awak saya sudah berubah. Rayn berubah riak. Hatinya tidak tenang.
"Tell me why..."
"Ceraikan aku!" bentakku agak kuat. Rayn terpana.
"Hanim, are you nuts?! Just 2 years!" bisik Rayn agak kasar. Dia ingin mendekati gadis itu tetapi pantas sahaja dia mengelak.
"Just 2 years! Tapi bagi aku macam dua puluh tahun. Aku tak nak semua duit kau. Go find someone else. I'm done with this! Aku nak hidup bahagia tanpa lelaki bersama family aku. Cukup sampai setakat ni kita kenal. Aku nak dengar lafaz cerai dari mulut kau sekarang!" jeritku seperti orang hilang akal. Tanpa sepatah kata Rayn memeluk erat tubuhku. Aku meronta cuba meloloskan diri, tetapi pelukan lelaki itu semakin erat.
"Please Rayn... I'm begging you...ceraikan aku... please..." rayuku perlahan sebelum esakanku mula kedengaran. Rayn hanya diam.
"Why you crying right now?" soal Rayn bersahaja. Aku cuba menahan sendu tanpa menjawab soalan lelaki itu. Setelah beberapa minit kami mendiamkan diri. Rayn melepaskan pelukanku dan memandang wajahku yang sembab dengan senyuman yang manis dibibir seperti gembira dengan keputusanku. Lelaki itu mencari helaian contract yang mereka tandatangani. Sesekali Rayn bersiul-siul seperti orang terlebih kasih sayang. Aku hanya melihat tanpa ada rasa apa-apa. Tengokla, gembira betul bila aku mintak dia ceraikan aku. Dia memang tak ada apa-apa perasaan pun pada kau Hanim... Aku menguak rambut kebelakang. Rayn berdiri dihadapanku dengan beberapa helai kertas ditangannya. Dia mengangkat sebelah keningnya seraya menghulurkan kertas itu kepadaku. Tetapi, Rayn menarik kembali sebelum sempat aku menyambut kertas itu.
Skraatt! Lelaki itu mengoyak kertas tersebut perlahan-lahan dengan wajah bersahaja. Aku terpana. Tidak mampu berbuat apa-apa. Rayn melemparkan kertas yang dikoyaknya itu sebelum merangkul pinggangku. Dia menarik aku mendekatinya. Aku asyik memandang helaian kertas yang sudah dikoyak itu. Kalau letak gam boleh tak?
"What are you doing? You fool!" marahku sambil menolak tubuhnya. Rayn berwajah serius. Dia kata aku fool ke tadi?
"Mesti kau seronok bila dengan Faiz tadi kan? Dia belai-belai kau. Kan kau yang pilih dia dulu, entah-entah dara kau pun dah tak ada, kau dah beri tubuh kau pada lelaki tu, betul tak?" soal Rayn selamba walaupun hatinya agak marah dengan Hanim kerana meninggalkan dirinya tadi. Sengaja mahu melihat aksi gadis itu. Aku diam. Hatiku mula berasa panas. Aku terimbau kembali apa yang Faiz lakukan pada aku pagi tadi. Dadaku mula berombak kencang. Perasaanku mula kacau bilau. Bayangan Faiz mula muncul dihadapan. Dengan sekuat tenaga aku menolak tubuh lelaki itu sehingga terungkai pelukannya dipinggangku. Rayn dengan pantas menarik semula gadis itu didalam pelukannya. Aku menjerit tak keruan.
"Lepaskan aku! Lepaskan aku tak guna! Lelaki jahanam! Lepaskan..." jeritan dan rontaanku mulai perlahan apabila aku mendengar suara Rayn.
"Shh... I'm sorry. I'm sorry okay? Shh... you save with me now" bisik Rayn ditelingaku. Kasihan pula dengan gadis itu. Rupanya dia juga mempunyai kisah silam yang buruk macam aku. Dia mengusap rambut ikal Hanim seraya mencium ubun-ubun gadis itu. Berusaha untuk menenangkan aku. Aku mengatur nafas sebelum mendongak melihatnya. Kami bertentang mata.
"Contract..."bisikku perlahan.
"Faiz cium kau dimana tadi?" soal Rayn tanpa menghiraukan kata-kataku.
"Pipi, contract tu macam mana?" soalku seraya menunjuk kearah pipi. Tanpa amaran, Rayn mencium pipiku. Aku masih dengan wajah blur-blur alam.
"Lagi?"
"Sini" Jariku menunjuk kearah tepi bibir. Rayn mencium pula ditempat yang ditunjukkan.
"Rayn, awak dah koyakkan contract tu. Macam mana saya nak batalkan?" soalku masih risau.
"Forget about that! Aku tak perlu kan benda tu lagi. Aku nak hidup dengan kau tanpa contract tu. Forever, faham!" ujar Rayn tegas. Aku yang masih terkedu. Mengangguk perlahan. Nanti... forever??
"Maksud awak, kita..." tanpa sempat aku berkata. Rayn terlebih dahulu mencium bibirku perlahan. Lembut sehingga membuatkan aku terbuai untuk beberapa saat. Agak lama kami berkeadaan seperti itu. Aku rasa tenang didalam pelukannya.
"Kak Hanim, ibu panggil..." kata-kata Hani terhenti disitu. Aku dengan pantas menolak Rayn sekuat hati dan cuba cover segan. Wajahku memerah.
"Ibu panggil kak Hanim ke?" soalku sebelum pantas keluar dari bilik. Akhh... panas, panas! Rayn yang ditolak olehku mencerlung tajam kearah Hani. Potong stim betulla budak ni!
"Sorry abang Rayn, tak sengaja hehhe.." bisik Hani sebelum berlari keluar dari bilik. Rayn menggeleng sebelum berbaring di atas katil. Dia teringat wajah Hanim yang merah kerana dicium olehnya tadi. Bibirnya mengukir senyuman, Comelkan bini kau Rayn? Tiba-tiba, Rayn bangun secara drastik. Damn it, aku tak pernah rasa perasaan macam ni bila dengan Dania. Aku rasa dah jatuh cinta... dengan Hanim!
YOU ARE READING
My Husband Mr. Arrogant
Romance🌸 Nur Farhanim anak kepada Haji Ismail dan Hajah Rahimah. 🍀 Tengku Rayn Asyraf anak kepada Tengku Haleem Leong dan Tengku Lidya iaitu mama tiri Rayn. 🐾 Pertemuan yang tidak disengajakan membawa kepada ikatan sah antara mereka berdua. "Jangan tert...