Bab 13

10.2K 320 4
                                    

     Kenapa dengan aku ni? Sekejap panas sekejap sejuk. Aku menolong Mak Nor yang sedang membuat sarapan pagi. Papa dah pergi kerja lepas subuh tadi sebab ada hal penting katanya. Tanganku terketar-ketar. Kenapa aku menggigil pulak ni? Haishh... Sesekali aku terbatuk-batuk dan terbersin.
    "Kamu kenapa Hanim? Demam ke, muka tu merah je" ujar Mak Nor sedikit risau melihat menantu majikannya itu. Tidak tahu mengapa dia senang dengan perwatakan gadis itu yang ramah dan rajin. Dia pun aneh juga, bagaimana anak Tuan Haleem yang angkuh tu boleh terpikat dengan gadis biasa-biasa seperti Hanim tetapi lihat pada gaya, cekap betul gadis itu memasak dan membuat kerja dapur. Walaupun baru kelmarin menjadi keluarga Tengku Haleem. Aku menggeleng sambil tersenyum tanda aku sihat-sihat saja. Rayn ni tak reti nak bangun-bangun ke? Tadi aku gerak subuh dah buka mata pastu aku terus turun jela nak tolong Mak Nor. Aku tak boleh solat jadi aku mandi jela tadi. Tapi badan aku asyik sejuk je dari tadi. Tak tahu kenapa.
    "Hanim, tadi Tuan Haleem ada cakap suruh Hanim dan Tengku Rayn pergi beli bahan-bahan dalam kertas ni" Aku menyambut kertas kecil yang diberi Mak Nor. Ohh... bahan-bahan nak memasak untuk tengah hari rasanya, tapi macam banyak je. Jap... pergi dengan Rayn?
    "Hanim pergi sorang pun boleh Mak Nor..."
    "Tula Hanim, kalau tak Mak Nor pun nak pergi dengan Hanim tapi Tuan tak bagi. Dia suruh Tengku Rayn pergi dengan Hanim berdua je" ujar Mak Nor sambil tersenyum. Aku tersenyum senget. Papa Rayn ni saje je aku rasa, mungkin dia tahu aku dengan Rayn masih tak sebulu. Adehhh...
    "Sebenarnya, masak tengah hari ni special sikit sebab mama tiri dan adik-adik Rayn balik dari overseas. Diorang menetap disana dua tahun" Aku mula rasa pelik. Haih... banyak betul yang aku tak tahu tentang keluarga suami aku ni. Perlu ke?
    "Rayn ada mama tiri? Adik-adik? Maksud Mak Nor?" soalku ingin tahu tentang keluarga mereka. Jadinya, Rayn tinggal dengan papa dia jela dalam rumah besar ni selama dua tahun? Papa dengan Rayn tak beritahu aku pun tentang ni. Setelah siap sarapan dihidangkan, Mak Nor mula buka cerita. Rupa-rupanya, Rayn ada seorang adik perempuan iaitu anak Tuan Haleem bersama isteri pertamanya. Setelah isterinya itu meninggal dunia. Tuan Haleem berkahwin lain dengan janda anak satu dengan harapan anak-anaknya boleh dijaga oleh isteri keduanya itu. Jadi keluarga mereka ada lima orang la kesemuanya. Okay, baru aku paham.
    "Kamu kena banyak bersabarla dengan diorang, Mak Nor tahu perangai sorang-sorang ahli keluarga mereka ni" bisik Mak Nor sebelum berlalu kebelakang rumah. Aku memeluk tubuh. Takpe aku kuat tapi, hmmm... kenapa aku rasa bertambah seram sejuk ni? Aku memandang jam besar yang tergantung di dinding ruang tamu. Dah pukul 9. Nanti nak siap-siap keluar beli barang pulak. Mamat ni sah tidur balik. Haishh...

     "Rayn, raynnn..."panggilku seraya mencuit-cuit bahu lelaki itu. Senyap. Aku berdiri bercekak pinggang melihatnya yang masih berselubung didalam selimut. Dia ni kulit apa ni? Kulit buaya? Tak sejuk ke? Aku menutup suis aircond. Selimut lelaki itu aku tarik sekuat hati. Terdengar suara Rayn mendengus marah.
     "Amboi, amboi mamat ni. Rayn, awak nak bangun pukul berapa ni?! Cepatla sarapan. Pukul 10 kita keluar beli barang"ujarku masih menarik selimut lelaki itu. Rayn bangun seraya menyerabutkan rambutnya. Aku menyepetkan mata melihat keadaannya yang tak semenggah apabila bangun dari tidur. Dekat luar punyala segak bergaya. Rasa macam nak tangkap je gambar dia, pastu viral confirm jatuh ranking. Jangan tertipu dengan wajah dia yang hensem tu. Dia ni kalau bangun tidur waktu cuti, malamla kut baru sarapan.
     "Jangan buat lawak pagi-pagi buta ni boleh tak? Aku beli barang? Dengan kau? Memang takla. Dah jangan kacau aku nak tidur, blah!" halau lelaki itu sebelum menyambung tidurnya. Aku berubah riak. Dia ni memang nak makan kaki ni. Husband tak husband. Aku memasuki bilik air dan mengambil sebaldi air. Dia ingat aku takut ke dengan dia? Ni Hanim la. Aku tersenyum jahat. Sebenarnya kaki ni dah bersedia nak cabut lari. Ceburrr!! Aku berlari ke tingkat bawah sambil mengira dengan jari 1,2,3...
     "Farhanimmmmm!!!" jeritan Rayn memenuhi segenap ruang di rumah itu. Aku sudah ketawa mengekek dibilik bawah.

     "Tu bukan suara Tengku Rayn ke? Dia cuti kan hari ni? Jarang dengar suara dia ni pagi-pagi macam ni" ujar Pak Tam si tukang kebun. Seram pulak dengar suara anak majikannya menjerit seperti itu. Mereka duduk berehat seketika seraya menikmati sarapan yang dibawa Mak Nor di taman sebelum menyambung semula kerja yang tergendala.
    "Apalah si Hanim tu buat? Budak tu dah hidup lama kut" Balas Hadi sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Kalau seperti ini gayanya, memang riuh rendahla rumah ini seperti ada arwah Tengku Sharifah dulu. Mak Nor hanya menahan ketawa mendengar suara mereka berdua yang bising didalam rumah. Haihh... pengantin baru ni.

My Husband Mr. ArrogantWhere stories live. Discover now