Bab 19

9.6K 338 12
                                    

     "Akak naik atas dulu ye, tengkiu tau tolong hantarkan akak pegi klinik"
     "No halla akak, small matter. Okay, rehatlah dulu" ujar Sofea sambil tersenyum. Aku mengangguk mengiakan sebelum menaiki tangga ketingkat atas. Hahhh... rasa letih betul badan ni, macam nak tidur je. Aku masuk kedalam bilik. Tidak sedar Rayn sedang menunggu disebalik pintu. Pintu ditutup.
      "Eii... Ya Allah... terkejut saya" ujarku sambil mengurut dada. Tiba-tiba je muka masam dia muncul, mau tak terkejut. Rayn menarik tanganku sambil menolak sedikit tubuh aku.
     "Kau yang iron baju-baju akukan?" soalnya pelan tetapi dingin. Dia mahu memastikan adakah betul gadis itu yang menyeterika baju-bajunya. Aku mengangguk.
    "Haa... baguslah! Ni, habis berlubang baju aku! Aku nak pakai apa esok kalau semua dah koyak macam ni?!" Lelaki itu menunjukkan bekas terbakar pada kemeja dan kot kerjanya. Aku terpana. Dahiku berkerut. Aku membelek perlahan bajunya.
    "Ya Allah... macam mana boleh jadi macam ni?" bisikku pelan. Rayn yang mendengar bertambah panas.
    "Kau boleh tanya lagi macam mana boleh jadi macam ni? Iron tu kau biar je melekat atas baju aku, dengan suis tak tutup! Memang terbakarla! Kau nak rumah ni pun terbakar ke? Aku ingat kau terer sangat buat kerja-kerja macam ni, rupanya hampeh. Menyesal betul aku ikut kata papa! Kononnya kau pompuan yang layak jadi isteri aku? Puihh!" kutuk lelaki itu pedas. Aku tergamam. What the hell?! suis tak tutup? Dadaku berombak geram. Aku tak boleh biar dia bedal je aku macam ni tanpa tahu hal sebenar! Suami tak suami.
     "Awak baik-baik sikit eh! Saya iron punya cantik tadi. Sebelum turun tadi saya dah angkat seterika, tutup suis semua! Adik awak..."
     "Ohh... dah buat salah, tak mengaku? Marsya cakap kau yang tergedik-gedik sangat nak iron baju aku. Tak payahla nak buat baik sangat. Kau ingat murah ke baju-baju ni hah?! Kalau aku suruh kau bayar pun kau tak mampu tau!" bentak lelaki itu. Rasa tercabar dengan reaksi gadis itu yang bersahaja.
    "Awak percaya kata-kata adik awak tu?"
    "Yes. Sebab dia adik aku! Kau? Kau bukan siapa-siapa dalam rumah ni..." Ayat terakhir lelaki itu berulang kali terlayar difikiranku. Aku tersenyum sinis. Agak sentap sebenarnya.
     "Yes, you was right... Saya bukan siapa-siapa dalam rumah ni. Tapi, saya berani bersumpah yang saya dah angkat iron tu dan saya dah tutup suis iron tu. Kalau awak nak tuduh saya jugak, go on. Saya dah letih. Malam ni saya nak balik rumah ibu saya" ujarku dengan suara mendatar. Sebelum sempat aku berpaling darinya, lelaki itu lebih pantas menarik kasar tanganku. Aku mengaduh pelan. Matanya yang tajam menikam mataku. Aku membalas.
    "Aku tak benarkan kau balik!" bisik Rayn tegas sebelum melepaskan tangan gadis itu dan berlalu keluar. Aku mengetap gigi. 'Aku benci kau Rayn! Ibu abah, Hanim tak suka lelaki pilihan ibu ni. Hanim taknak duduk sini, Hanim nak balik...' bisik hatiku cuba menahan sebak. Kepala aku sakit sangat. Aku malas dah nak fikir apa-apa lagi sekarang. Aku berbaring di atas katil sambil memejamkan mata. Kau bukan siapa-siapa dalam rumah ni? Aku nak balik dia tak bagi pulak! Apa masalah mamat ni? Haihh...

     "Haah, hujung minggu ni Rayn bawak dia jumpa ibu ok? Rayn dah mula start kerja hari ni... Okay, bye waalaikumussalam..." Rayn tersenyum sendirian. Dia lebih selesa bercakap dengan ibu dan ayah Hanim. Talian dimatikan. Nafasnya dihembus perlahan. Fikirannya pada Hanim. Benarkah dia tak buat semua tu? Nasiblah didalam wardrobe masih ada baju kerjanya lagi. Rayn teringat sesuatu. Lahhh... apa yang bodoh sangat kau ni Rayn? Rumah kau tu kan ada CCTV? Aduhhh...
     "Rayn, we need to talk!" jerit Diana yang menerjah masuk ke dalam office nya. Rayn yang terkejut terus terbangun dari duduknya. Wajahnya tegang. WTF pompuan ni?! Entah kenapa dia berasa meluat melihat Diana, mungkin gosip-gosip dari rakan sepejabat dia yang bercerita melihat perempuan itu bersama lelaki lain semasa ketiadaannya tetapi dia mahu melihatnya dengan matanya sendiri.
    "Where's your manners Diana?" soal Rayn tidak suka dengan perangai kekasihnya itu. Diana menjuihkan bibirnya.
    "Rayn, U cakap U tak akan sentuh pompuan tu kan?"
    "Sentuh siapa?"
    "Bini U lah, minah kampung tu, your wife!" marah Diana dengan wajah meluat. Geram dengan wajah tak bersalah Rayn.
    "Ohhh... wife I? Biarlah I nak sentuh wife I pun... kenapa, salah ke?" soalnya bersahaja sambil memandang kertas kerjanya. Memandang Hanim lebih menyejukkan pandangan matanya daripada melihat Diana yang akan membuatkan dosanya bertambah. Aikk... Rayn, cara kau dah macam suka dekat bini kau je.
    "Rayn, U jangan buat I macam ni. You dah janji dengan I yang..."
    "Kejap..." Rayn memotong percakapan Diana sebelum menyambung semula.
    "Macam mana U tahu I sentuh dia?" soal Rayn agak pelik. Aku peluk dia time malam blackout tu je, tapi macam mana minah ni tau pulak?
    "Adik U cerita dekat I kemarin masa I terserempak dengan diorang dekat klinik. I sakit perut..." Cerita Diana panjang lebar tentang sakit perutnya tetapi fikiran Rayn hanya pada Hanim. Rayn mengerutkan dahinya. Hanim sakit apa? Pergi klinik tak bagi tahu aku? Entah kenapa dia berasa risau...

My Husband Mr. ArrogantWhere stories live. Discover now