Bab 3

10.9K 374 11
                                    

     "Hadi, mana budak perempuan tu? Nama dia Hanim right? Panggil dia " ujar Tengku Haleem sambil menghenyakkan dirinya di kepala katil. Riuh rendah diluar tidak dihiraukan. Hadi mengangguk sebelum keluar dari bilik. Dia melihat gadis itu berjalan kearah tangga.
    "Cik, Cik Hanim!" panggil Hadi seraya berlari anak ke arah gadis itu. Aku memandang kearah empunya suara.
    "Tuan nak berjumpa sebentar dengan Cik Hanim"
    "Saya? Saya rasa tak perlu kut, saya bukan..."
    "Sekejap je Cik, tolong ye? Tuan nampak terhutang budi sangat dengan Cik Hanim" Bersungguh-sungguh pemuda itu menyuruh aku untuk berjumpa dengan Tuannya itu. Aku mulai serba salah. Aku bukan siapa-siapa pun. Tak penting.

    Aku duduk dikerusi menghadap pakcik itu. Dari tadi dia tersenyum melihat aku. Aku hanya membalas ala kadar. Rasa tak selesa. Banyak mata yang memandang. Banyak mulut yang bercakap. Dan semuanya tak menyenangkan hati aku. Melihatkan aku yang tidak selesa, Tengku Haleem menyuruh semua orang keluar dari bilik sakit itu kecuali Hadi. Hanya Hadi pembantu yang dipercayainya.
    "How much you want? Just name it. Hadi, sediakan cek" ujar pakcik itu. Aku membuat muka toya. Pantas aku menggeleng.
    "Terima kasih pakcik tapi saya tolong ikhlas" Aku menjawab jujur. Tengku Haleem ketawa kecil.
    "Kalau kamu tak mahu, apa yang perlu pakcik buat untuk balas pertolongan kamu selamatkan nyawa pakcik?"
    "Tak apalah pakcik. Saya tak perlu balasan apa-apa pun. Cukup pakcik dah sihat balik, alhamdulillah. Selebihnya biar Allah yang tentukan" ujarku tenang. Keluarga aku dah cukup buatkan aku bahagia. Aku dah tak perlu apa-apa.
     "Hmmm... Macam nilah, kamu dah ada teman lelaki ?"
     "Err... tak ada" jawabku sedikit aneh. Lain macam soalan pakcik ni.
     "Macam nilah, apa kata kamu kahwin je dengan anak pakcik? " soal Tengku Haleem bersahaja. Aku ketawa kuat. Buat lawak pulak pakcik ni, meremang bulu roma aku. Seram.
     "Kahwin ni bukan perkara main-main pakcik. Saya pun tak bersedia lagi, anak pakcik pun saya tak kenal. Adeh, lawakla pakcik ni " Aku mengesat air mata yang keluar akibat ketawa kuat tadi. Tengku Haleem juga geli hati melihat kelakuan gadis itu. Cepat betul mereka boleh kamceng. Tiba-tiba, pintu bilik dibuka dari luar. Macam aku kenal... Senyumanku terus mati. Nanti, mr. arrogant yang kurang ajar dengan aku tadi! Aku tergamam. Macam mana dia boleh ada dekat sini? Jangan cakap yang diorang ni...
    "Papa! Are you okay?!" soal Rayn risau. Terus dia menerpa kearah Tengku Haleem. Aku pula masih tidak dapat menerima hakikat. Diorang ni anak beranak? Lelaki tu melayu. Okay, bilik ni dah mula rasa seram sejuk.
   "Papa okay, berterima kasih kepada Hanim. Dia yang selamatkan papa. Kalau dia tak ada tadi tak tahulah papa ada ke tak lagi..." Mata kami bertembung. Seperti terkena kejutan elektrik.
    "Hanim, Nur Farhanim Haji Ismail? kau?!" soal Rayn tidak sangka. Apa yang gadis itu lakukan padanya tadi mulai terlayar di fikiran . Tajam anak matanya menikam wajah gadis itu. Aku pantas menundukkan wajah. Mampos aku! Rasa menyesal pulak aku datang sini.
    "Aikk, kamu berdua dah kenal ke?"soal Tengku Haleem sedikit bingung. Aku pantas menggeleng.
    "Eh, tak! Tak pernah..."
    "Haah!" Rayn memotong percakapan aku. Ooo... berlakon tak kenal konon, nak berlakon dengan aku?
    "Kitaorang dah kenal lama. Kalau papa nak tahu, pompuan ni suka dengan Rayn. Tak tahulah apa masalah dia sampai boleh suka dekat Rayn. Selalu ganggu Rayn. Mungkin sebab Rayn ni hensem sangat kot. Takpun dia ni saja je nakkan harta keluarga kita. Jangan tertipu dengan imej bertudung dia ni pa..." Aku mengepal penumbuk. Dia ni dah melebih-lebih ni, tak boleh aku! Baru jumpa sekali tadi dah mereka-reka cerita.
     "Haa! Bagus sangat la tu. Kamu berdua kahwin je terus!" Ujar Tengku Haleem bersemangat. Aku ternganga.
    "Betul tu! Eh, nanti... kahwin??!" Rayn membulatkan matanya. Tidak percaya dengan apa yang didengar. Fikirnya, Tengku Haleem akan jijik dan tidak sukakan gadis miskin itu, ternyata dia silap!
   
   
   

My Husband Mr. ArrogantWhere stories live. Discover now