Bab 16

9.8K 333 8
                                    

Rayn memasuki bilik tidur setelah berbincang beberapa perkara mengenai syaratnya bersama papa. Dia menekan suis lampu. Sejak dari dulu lagi dia suka tidur dalam keadaan cerah. Jam menunjukkan keangka 12 malam. Lama jugak aku bincang dengan papa soal rumah tadi. Nak bincang dengan Hanim tapi dia dah tidur pulak. Entah kenapa dia tertarik untuk melihat wajah gadis itu dengan lebih dekat. Dia berbaring diatas katil menghadap Hanim. Perempuan yang selamba, nakal, pandai masak, sopan, bertudung... Mati-mati aku ingat bini pertama aku Diana tapi tak sangka perempuan macam ni yang ambil tempat dulu. Hmmm... agaknya dia bahagia tak dapat berkahwin dengan lelaki yang kaya, hensem, gentleman macam aku ni walaupun sekejap? Tangannya gatal membelai rambut gadis itu, lembut dan berbau harum... Tiba-tiba, lampu terpadam disertai guruh yang berdentum kuat. Bunyi aircond dan kipas pun hilang. Rayn agak terkejut tetapi dia mengawal perasaan. Hujan lebat mulai turun. Aduhhh... blackout ke? Ni aku tak suka ni... Rayn memejamkan mata. Peluh mula merenek di dahi. Teringat trauma kebakaran yang berlaku sewaktu dia kecil dahulu. Semuanya gelap gelita, tiada langsung bunyi dan suara. Dan hari itulah, dia kehilangan wanita yang sangat disayanginya. Tanpa dia sedar, gadis disebelahnya itu sudah dipeluknya erat. Hanim terjaga apabila terasa tubuhnya dipeluk seseorang. Jantungnya berdegup kencang. Sebelum sempat dia membuka langkah menendang suaminya seperti kelmarin. Dia tersedar sesuatu. Tubuh lelaki itu bergetar. Haih, suami aku ni ada sakit parkinson ke? Di dalam samar-samar cahaya kilat dia melihat wajah lelaki itu berpeluh dan nafasnya seperti tidak teratur. Hatinya sedikit risau. Dia berbisik memanggil nama lelaki itu tetapi tidak bersahut. Telinganya menangkap kata-kata yang dibisik Rayn. Jangan tinggalkan... Rayn? Ibu? Aku mula berteka-teki. Arwah mama dia? Kilat diluar semakin kuat. Subhanallah kuatnya kilat tu, terkejut aku. Aku membacakan beberapa doa yang biasa aku baca ketika guruh dan hujan. Perlahan-lahan aku membalas pelukan lelaki itu.
"Shhh... awak selamat sekarang" Bisikku sambil mengusap belakangnya seperti mendodoikan budak kecil. Tanpa sedar mereka tertidur sambil berpelukan sehingga ke pagi.

Dahiku terasa panas semacam. Mata pula terasa pedih. Kepala pun pening-pening lalat je ni. Kemarin aku selsema dan batuk, hari ni demam pulak. Adoii... Aku gagahkan diri untuk turun membuat sarapan setelah solat subuh. Ingat nak tidur balik sebab tak larat sangat tapi apa pulak kata mak mertua aku nanti. Ryan yang masih mamai aku tinggalkan setelah mengejutkannya untuk solat subuh. Papa yang baru pulang dari masjid tersenyum melihat aku.
"Hanim dah kejut Rayn?" soalnya sambil meletakkan kopiah diatas meja. Aku mengangguk sambil tersenyum.
"Dah, tengah mamai lagi tu. Papa cuti ke hari ni?" soalku apabila melihatnya duduk bersantai di sofa.
"Haah, hari ni kan hari ahad. Tapi kalau ada apa-apa hal, papa pergi jengok jugak pejabat tu"
"Ohh... kejap ye, Hanim buat sarapan dengan Mak Nor" Aku berlalu kedapur. Papa mengangguk sebelum mencapai senaskah surat khabar Harian Metro.

Tanpa membaca doa selepas solat, Rayn terjun semula diatas katil. Dia cuba mengingati semula apa yang berlaku malam tadi. Seingat aku, malam tadi blackout... Selalunya aku akan peluk bantal panjang aku tapi bantal tu ada di sebelah Hanim sana. Tak mungkin aku peluk pompuan tu. Hanim pun muka dia macam tak ada apa pun yang berlaku. Nasib baik dia dah tidur dulu. Kalau tak, mesti dia anggap aku ni lelaki lemah. Mana pulak aku nak sorok muka aku yang hensem ni. Rasanya aku peluk diri aku sendiri kut...

"Yayy... nasik goreng. Malam tadi Sofea baru mimpi makan nasik goreng. Ya Allah bau dia.." ujar Sofea teruja. Terus sahaja dia menggapai sepinggan nasi goreng yang aku berikan.
"Haa... makan cepat, nanti sejuk. Papa nak banyak mana?" soalku sambil mencedokkan nasi untuk papa.
"Ok, dah cukup tu. Rayn mana? Tidur balik ke?" Tengku Haleem memandang ke tingkat atas. Aku menuangkan air teh panas kedalam cawan. Mak Nor pula sibuk meletakkan garfu dan sudu disetiap pinggan.
"Haa, tu panjang umur abang Rayn. Awal la pulak dia bangun hari ni" Ujar Sofea apabila melihat Rayn turun dengan rambut seksinya itu. Aku hanya melihatnya sekilas sambil duduk dan mula menyuap nasi goreng. Rasa macam tak tenteram je bila teringat pasal malam tadi. Tengok muka dia pun serius je dengan gaya rambut dah macam charlie puth. Serabai semacam. Mesti dia dah tak ingat pasal malam tadi tu. Dia berhenti disebelah aku dan merenung kearah aku. Aku melihat kearahnya. Pahal dia ni? Semua melihat kearahnya.
"Abang nak nasi ke, jap Hanim ambikkan..." Aku bangun dari kerusi. Rayn duduk pula dikerusi aku dan tanpa memperdulikan mata yang memandang, dia makan pulak nasi goreng aku? Mamat ni dah kenapa? Sewel sebab blackout kemarin ke? Papa ketawa kecil melihat Rayn. Dengan wajah bingung aku duduk disebelahnya dan makan nasi goreng di pinggan yang aku cedokkan untuk Rayn.
"Apasal abang Rayn jadi macam tu. Haa... ni mesti sebab blackout kemarin kan? Kak Hanim kena peluk dengan abang Rayn tak?" soal Sofea sambil ketawa kuat. Bertambah kuat ketawanya apabila Rayn terbatuk-batuk. Aku pulak dah rasa macam nasi goreng terlekat dekat kerongkong. Masing-masing sibuk cari air. Papa menggeleng melihat kerenah Sofea yang suka menyakat Rayn sejak dari dulu. Sofea pulak tak berhenti ketawa. Rayn menidakkan kata-kata Sofea. Pastu boleh pulak dia kutuk aku cakap aku tak sedap buat peluk. Tak sedar diri betul. Tapi aku masih pelik. Kenapa Rayn jadi macam tu bila blackout? Ada apa-apa ke yang terjadi?

My Husband Mr. ArrogantWhere stories live. Discover now