Bab 6

9.9K 320 11
                                    

    Aku mencari-cari fail yang aku bawa ketika temu duga hampeh di syarikat HL Holding. Mana dia ni? Tak ada. Takkan aku tertinggal kot. Ya, aku rasa aku tertinggal. Ya Allah, kenapa aku bengap sangat ni ?! Aduhh... fail-fail penting pulak tu! Aku mengurut dahi yang sedikit berdenyut. Baru aku teringat yang aku tertinggal atas meja lelaki tu. Kalau ibu tahu ni mati aku! 'Macam mana ni?' soal hatiku risau. Aku mundar mandir di dalam bilik. Dahla aku tak tahu nombor telefon dia. Kalau aku telefon pun, memang takla dia nak angkat. Dia benci gila dekat aku. Aku pun tak teringin nak dengar suara dia.

    "Apa aku nak buat supaya pompuan tu terima pinangan aku nanti? Mesti dia benci aku punya, aku pun tak suka dia. Tapi aku terpaksa dan dia pun kena terima! Arghhh... pertama kali aku fikir benda yang tak berkenaan dengan kerja sampai sakit kepala aku, damn it !" bentak Rayn seraya menyerabutkan rambutnya. Kepalanya berdenyut memikirkan perkara ini selama beberapa hari. Dua biji panadol sudah ditelannya. Tiba-tiba dia mendapat satu idea bernas. Kalau aku sogok dengan duit mesti pompuan miskin tu terima kan? Huh, siapalah bengap sangat yang tak mahukan duit? Confirm pompuan tu terima punya! Pantas dicapainya Iphone 7s yang baru dibelinya di atas meja. Dia duduk di atas katil seraya menyelak fail perempuan itu untuk mencari nombor telefon. Yes, ada! Jarinya laju mendail nombor tersebut.
Setelah beberapa saat menunggu, panggilannya terjawab. Dia menelan liur. Terasa nervous pulak, pahal aku ni?
    "Assalamualaikum" jawab satu suara. Kedengaran seperti suara wanita yang sudah berumur. Rayn mengerutkan kening.
    "Emmm.. siapa ni?" soalnya dungu. Aduh, aku yang telefon, aku yang tanya. Bodoh!
    "Rahimah Syuib, siapa ni?" soal empunya suara. Rayn menyelak lagi fail ditangannya. Dia membaca nama di atas kertas surat beranak  fotostat milik ibubapa gadis itu. Rahimah binti Mohd Syuib! Ni nombor mak dia ke? Lagi senang kerja aku kalau macam ni. Rayn ketawa dalam hati.
     "Aikk... bisu pulak ke? Siapa ni? Ke bateri henfon aku kong ?" soal suara itu lagi. Bisu dia panggil aku?Cisss... 'Ehem!' Rayn berdeham. Acting begin.
     "Helo, assalamualaikum w.b.t. Maaf tadi line tak berapa clear. Makcik, saya Tengku Rayn Asyraf anak Tengku Haleem Leong. Saya kekasih sehidup semati anak mak cik. Makcik, oooo makcik..." Hajah Rahimah memandang telefon nokia ditangannya. Aku mimpi ke apa ni? Tak percaya pulak anak aku ada kekasih sehidup semati, keluarga tengku pulak tu. Nampak benor nipunye. Ni nak prank aku la ni.
    "Ingat aku ni bodoh sangat ke nak percaya, dah jangan ganggu aku malam-malam buta ni. My daughter not interested in man. Dia tak pernah ada boipren! " Terbelit-belit lidahnya berbahasa asing. Rayn mengerutkan dahinya. Not interested in man?
    "Nanti, nanti makcik! Saya tak tipu makcik. Saya kekasih anak makcik Nur Farhanim binti Ismail. Dia malu nak bagitau makcik, sebab tula dia rahsiakan tentang hubungan kami ni. Kami ambil kos yang sama dulu. Ijazah dalam bidang... multimedia management! Haa, IC dia pun saya tau makcik" ujar Rayn bersungguh-sungguh. Haii... tak laku sangat ke pompuan tu sampai boyfriend pon tak ada. Ada ijazah rupanya. Tak sangka jugak aku.
    "Betul ke? Ni bukan panggilan hangit kan?" soal Hajah Rahimah masih ragu-ragu.
    "Betul makcik. Ni bukan panggilan hangit ke terbakar ke... Kan tak baik menipu, berdosa makcik"
    "Yelah makcik percaya, kamu apa nama tadi? Sudin? Sihat ke?" Hajah Rahimah mula beramah mesra. Biarlah ada kekasih sehidup semati. Umur semakin meningkat. Sempat jugak aku tengok anak dara aku kahwin. Dengar macam budak baik.
    "Mana pulak datang Sudin makcik? Ryan. Ye, saye sihat je dekat sini. Makcik dah makan?"soal Rayn. Seronok pula dia berbual dengan wanita itu. Seperti mamanya sendiri. Sayu apabila teringatkan arwah mama. Tak sedar topik apa yang patut dibualkan sebenarnya. Terlupa sebentar pasal gadis itu.
    "Yeke? Haah, makcik dah makan. Sebenarnya apa tujuan kamu call makcik ni?" soal Hajah Rahimah sedikit pelik. Dahla malam buta ni.
    "Sebenarnya saya berhasrat nak mendirikan sebuah masjid bersama anak makcik setelah 5 tahun kami bercinta. Saya nak bertanggungjawab pada anak makcik. Sebab kami dah terlanjur" bisik Rayn dihujung ayat. 'Ewah, mendirikan masjid? masjid pun dah lama kau tak jejak. Menipu orang tua pulak tu, jahil betul kau ni' kutuk hatinya sendiri.
    "Ohhh dah 5 tahunnn... Apa? Terlanjur?!!"

My Husband Mr. ArrogantWhere stories live. Discover now