Part 5

2K 31 0
                                    

"TAK terus balik rumah ke?"

Ritz mengerling sekilas pada teman sepejabat dan serumah dengannya itu seraya menggeleng. Jari-jemarinya laju menaip laporan sebelum jam menunjukkan angka 6.00 petang. Tinggal 10 minit sahaja lagi. Dia tidak boleh keluar lambat.

"Qush datang ambik kau, ke?"

"Yup. Kebetulan dia pun ada hal nak jumpa ayah dia." Matanya terus di skrin komputer. Membaca semula setiap baris perkataan agar tiada sebarang kesilapan. Puas hati laporan itu disimpan lalu dicetak untuk ditinggalkan di atas meja ketuanya sebelum pulang.

"Hai, bertuahlah badan ada orang sudi ambik, sudi hantar. Aku ni semua kena buat sendiri."

"Amboi, kak... Kau perli aku ke apa ni? Mentang-mentang kau selalu ambik dengan hantar aku, kak," tukas Ritz rasa sedikit tersindir. Memang dia sudah lama menumpang kebaikan wanita yang tua lima tahun daripadanya itu. Malah dia mendapat kerja sebagai kerani di Megah Berhad di Petaling Jaya itu pun kerana wanita itu. Kalau tidak kerana itu dia masih terperuk di kampung, kerja kilang sahaja.

"Eh, ke situ pulak budak ni. Aku cakap fasal Qush tu. Bukannya fasal aku. Aku ni hah, tak ada pun lelaki sudi nak dekat," bidas Kak Sofi dengan bibir tercebik. Pandangannya jauh seperti mengenang nasib diri masih belum berpunya walaupun usia makin hampir ke angka 30.

"Akak ingat Qush tu nak ke kat aku ni? Aku dengan dia mananya nak sesuai. Kawan ajelah. Lagi satu, tak payahlah nak buat ayat sedih depan aku ni, kak. Kalau dah teringin nak kahwin tu... Abang Ilyas kan ada. Dah lama dia tunggu tu," tingkah Ritz mula menutup suis komputernya. Dia perlu cepat. Sekejap lagi Qushri akan sampai dan dia tidak suka membuat orang menunggu.

"Heh, bukan soal sesuai tak sesuai, Ritz. Yang penting hati. Kalau dah suka tak ke mana jugak. Ilyas tu elok buang ke laut aje. Tak kuasa aku. Dia ingat dia pernah pergi, senang-senang dia nak datang balik kat aku. Dah pergi... Pergi ajelah. Jangan datang-datang lagi. Akak kau sekarang ni nak cari anak dato' ke anak tan sri ke... Baru puas hati."

Ritz ketawa besar. Kak Sofi yang masih menongkat dagu di mejanya dilihat sekilas. Ada hati tu mahukan darah-darah orang berada. Dia  tahu sangat kisah wanita itu. Abang Ilyas pernah meninggalkan Kak Sofi kerana mahu mengejar kerjaya. Mahu stabil terlebih dahulu, katanya. Pergi tanpa sebarang berita meninggalkan wanita itu dengan hati yang luka. Dan kini kembali setelah berjaya. Hati yang pernah terluka bukan mudah untuk dirawat. Kini Abang Ilyas terpaksa belajar menjadi doktor hati untuk wanita itu.

"Masalahnya dia bukannya suka aku ni, kak. Kalau ada pun suka sebagai kawan aje. Akak tu... Cukup-cukuplah dera Abang Ilyas tu. Dah lama dah dia merayu, mintak ampun. Jangan nanti dia dah tak sanggup tunggu, baru akak nak menyesal. Okeylah, kak. Aku gerak dulu."

Beg tangannya disandang di bahu. Sempat lagi dia mengulas senyuman buat Kak Sofi yang hanya membalas dengan cebikan dan jelingan sebelum melangkah ke arah lif di tingkat tiga. Tahu sangat tidak setuju dengan pendapatnya tentang Ilyas. Dia cuma tidak mahu teman baiknya itu menyesal di kemudian hari.

​Tiba di ground floor, Ritz terus terpandang kenderaan sahabat baiknya. Ritz tersenyum dan terus memboloskan diri ke dalam perut Honda CRZ yang sudah setia menanti di hadapan bangunan sepuluh tingkat Megah Berhad. Dipandang pemandu kereta yang mengulas senyum buatnya. Dibalas dengan sengihan sahaja.

"Dah makan? Nak terus pergi ke, singgah makan dulu?"​

"Kau rasa macam mana?" soal Ritz kembali bagai tahu jawapan yang bakal diberikan lelaki itu. Lelaki itu tunduk merenung perut yang tidak kelihatan di sebalik kemeja hitam yang dipakai kemudian memandangnya dengan wajah meminta belas. ​

"Kalau lapar cakap. Tak payah nak buat muka kesian kat depan aku."

"Aku tak sempat makan tadi. Sibuk sangat. Banyak case aku kena hadap hari ni," balas lelaki itu dengan sengihan panjang. ​

Bisikkan NamakuWhere stories live. Discover now