Part 11

2.2K 43 8
                                    

ANDY YEONG tersandar lemah di kerusi rodanya. Baru seminggu dia keluar hospital, dia didatangi berita yang mampu menghantarnya ke hospital sekali lagi. Bukan kerana berita itu menyakitkan hati, sebaliknya berita itu terlalu mengejutkan, langsung tidak dijangkanya. Jantung lemahnya sukar menerima kejutan tanpa sebarang persediaan. Mujur sahabat lamanya itu sudah memberi amaran agar bersedia menerima berita itu dengan hati yang tenang.

Dipandang lama wajah sahabat yang duduk di sofa berhadapan dengannya itu, cuba mencari kebenaran menerusi riak wajah itu. Masih takut untuk percaya akan berita gembira yang didengarinya. Takut andai berita itu palsu, harapan yang mula bertunas di hati hancur berkecai semula.

Andy Yeong menggeleng seakan-akan tidak percaya. Dia gerakkan kerusi rodanya, menjauh daripada Tuan Dahlan. Bukan mahu lari tetapi seolah-olah mahu menenangkan diri sendiri dan berseorangan walaupun Tuan Dahlan tidak berganjak pun dari sofa yang diduduki.

Tuan Dahlan turut diam memberikan masa untuk sahabatnya menghadam berita yang disampaikannya. Dia tidak mahu mendesak lelaki itu biarpun rasa sedikit jauh hati kerana sahabatnya bagaikan tidak mempercayai berita yang disampaikannya. Dia bukan penipu. Tiada sebarang kebaikan pun baginya untuk menipu sahabat sendiri. Dia sekadar mahu sahabatnya ceria dengan berita gembira ini. Dia sedar sudah lama sahabatnya mendambakan zuriat.    

Hening suasana membuat kedua-dua mereka rasa tidak selesa. Bagai kebisuan yang terlalu lama menekan emosi masing-masing, terutama Andy Yeong yang masih dihentam pelbagai persoalan demi persoalan tanpa jawapan. Tidak lupa rasa marah yang mula bertunas memikirkan bekas isterinya menyembunyikan hakikat ini daripadanya.    

"Kalau kau susah nak percaya... Kau boleh jumpa sendiri anak kau kat hospital tu. Kau pun tahu di mana hospital tu, kan?" ujar Tuan Dahlan memecahkan keheningan di antara mereka.

Andy Yeong memutarkan kembali kerusi rodanya menghadap Tuan Dahlan. Matanya seakan-akan masih tidak percaya.

"Kau betul-betul yakin yang kau jumpa tu Dalyla?"

    "Ya, aku yakin."

    "Anak tu?"

    "Ada iras kau. Muka campur Melayu Cina dan matanya yang sepet jelas dia anak kacukan. Iras kau pentingnya. Dan, dia baru keluar dari bilik Dalyla masa aku terserempak. Dalyla pulak pucat semacam bila nampak aku. Ya, aku yakin itu anak kau."

Kalau Andy Yeong seperti masih sukar menghadam berita itu. Lebih baik dia yang mengambil inisiatif untuk terus meyakinkan lelaki itu. Dia sendiri masih tidak percayakan kebetulan yang terjadi. Pertama kali dia ke hospital itu setelah dirujuk oleh doktor di klinik yang selalu dikunjunginya kerana penyakit kencing manisnya dan dia tidak menjangka akan terserempak dengan anak serta bekas isteri sahabatnya.

"Aku... Bukan tak percaya kau. Selama ni aku ingat aku dah tak ada peluang nak rasa anak sendiri, Lan. Kenapa dia sembunyikan dari aku... Itu anak aku sendiri, kan?"

Tuan Dahlan mengangguk.

"Kenapa dia tak cakap kat aku? Aku ayah anak tu, kan?" Andy Yeong meraup wajahnya berkali-kali.

Tuan Dahlan tersenyum tawar. Dia tahu soalan-soalan itu bukan ditujukan untuknya. Lalu dibiarkan soalan itu tanpa jawapan. Biarpun dia mampu menebak jawapan untuk soalan itu namun bukan haknya untuk memberi jawapan. Andy Yeong perlu berdepan sendiri dengan bekas isteri yang ditinggalkan begitu sahaja bertahun-tahun yang lalu.

"Kau cakap rupa dia macam aku?" Soalan Andy Yeong mahukan kepastian setelah terdiam lama berperang dengan emosi.

"Ya, ni dah kali ketiga dah aku beritahu kau."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 09 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bisikkan NamakuWhere stories live. Discover now