#DMYSBAB 2-Demam

485 12 0
                                    

   Malam ini hujan turun dengan lebat kedengaran bunyi katak yang membingitkan suasana. Sememangnya inilah suasana kampung pedalaman yang dikelilingi petak padi. Roseman yang sejak tadi memerhati air hujan menuruni kediaman banglo 3 tingkat milik keluarganya dari dalam bilik, kini terbaring mengeluh.

Entah mengapa dia tergelak sendirian teringat akan kejadian petang tadi. Tetapi ketawanya hilang secara tiba-tiba apabila teringatkan raut wajah A'sy Iman sekarang berbanding dahulu zaman kanak-kanak dia.

          "eii kau ini selekeh betulah."usik Roseman

          "kau apa pasal?hari-hari aku menghadap kau, dekat rumah, dekat sekolah. Sehari kau tak ganggu aku boleh tak?"tengking A'sy Iman benci dengan sikap Roseman.

          "aku Cuma nak nasihat kau sahaja, mak bapak kau kaya tak sesuai identiti kau macam ini." Roseman memberi pendapatnya.

          "jadi orang kaya disini perlu ada identiti ya?meh aku nasihat kau pulak. Jadi orang kaya di sana kena beradab baru orang lain boleh hormat korang kaya disana. Orang kaya disini tak mahu mengaku ada jiran yang biadab macam orang kaya disana." A'sy Iman memerli Roseman semula.

          "belagak. Orang kaya disana ingat orang kaya disini mahu sangat berjiran dengan orang kaya disana."Roseman menunding jari kearah muka A'sy Iman.

A'sy Iman memang tidak gemar membanggakan keluarganya di khalayak ramai seperti Roseman, baginya kekayaan itu bukan hasil titik peluhnya yang perlu untuk dia menumpang melebih.

Roseman sering ditinggalkan oleh ibubapanya dan dia hanya ditemani pembantu rumah. Akibat sering kali ditinggalkan dia berasa kesunyiaan, oleh itu sikapnya gemar mengusik. Antaranya ialah A'sy Iman.

Perjumpaan mereka pasti menyengitkan, tambahan lagi mulut Roseman lancang bebicara. A'sy Iman pula sememangnya sifatnya tidak akan mengalah dan akan sentiasa melawan. Sekiranya dia tidak menggunakan kekerasan bahasa dia akan menghayunkan tangannya kearah muka lelaki itu. Sudah beberapa kali kejadian itu berlaku namun mereka tidak pernah serik.

    "cantiknya kau Iman" Roseman yang menyedari kata-katanya tadi hanya mengeluh. Dia seakan mengerti kehadiranya petang tadi tidak disukai A'sy Iman.

    "Kak Iman!" jerit Arysa Iman dari tingkat bawah memanggil kakaknya yang sejak maghrib tadi tidak keluar bilik. Pintu dikuak perlahan petanda tuan empunya bilik akan keluar tetapi hanya kepala sahaja yang terkeluar sedikit untuk membalas jeritan Arysa.

    "ko nak apa?!"kata A'sy Iman dengan lantang seperti tidak mahu diganggu.
    "mama panggil suruh makan."perlahan suara Arysa.

Pintu ditutup semula tetapi tidak begitu rapat kerana tolakan perlahan oleh pemiliknya.

    "Iman? Iman tak lapar ke? Makan dulu jom?"giliran Datin Maziah pula dimuka pintu.

A'sy Iman hanya menoleh malas sambil menutup laptop dengan perlahan supaya Datin Maziah tidak mengetahui apa yang dilakukan anak perempuannya. Terus mengikuti mamanya menuruni tangga sehingga ke meja makan.

    "ingatkan kau dah tiada selera makan Malaysian, ah maklumlah duduk luar Negara." kata Danish Irwan mengusik.

A'sy Iman hanya mendiamkan diri tidak membalas kata-kata abangnya yang sememangnya mudah memberi penyakit hati. Makan malam itu A'sy Iman hanya menjamah sedikit sahaja. Benarlah kata abangnya sebentar tadi memang dia tidak punya selera makan tapi bukan hilang selera makan Malaysia.

DIA masih yang sah [Completed]Where stories live. Discover now