#DMYSBAB 5- Hajat

220 6 0
                                    

Seperti yang dijanjikan oleh Dato' Amar Cruisre dan Datin Dewi Yusma mereka akan kembali ke Malaysia walau bagaimanapun mereka tiba sedikit lewat kerana permasalahan ketika penghantaran bagasi. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik sekali. Pemandu mereka telah selamat menghantar kedua mommy dan daddy Roseman.

Sememangnya jarang untuk Roseman bersarapan dirumah maklumlah bujang sendiri dirumah lagipun dia memang kerap kali makan diluar. Apa pun tidak reti buat kalau dahulu dia mempunyai pembantu rumah untuk menyediakan segalanya namun dia sendiri yang meminta untuk berdikari. Inilah jadinya yakin tak tentu pasal tak pasal perut sendiri merana.

"wah seronoknya ada orang buat breakfast"ujar Roseman teruja

"itulah kamu dulu udah ada cewek ngak terusin kalau ngak usahin mommy ngerepotin kamu."ungkit Datin Dewi Yusma

"sepatutnya umur daddy macam ini sudah boleh tengok anak kamu Man."mengeluh Dato Amar Cruisre

Memang niatnya ingin memberitahu hajat besarnya tetapi Datin Dewi Yusma dan Dato Amar Cruisre dah mendesak dulu memang kena cakap terus terang lah. "memang nak khawinlah ni." Kata Roseman sedikit perlahan dan menunduk

Mulanya Dato' Amar Cruisre dan Datin Dewi Yusma hanya terkejut namun perubahan itu bertukar menjadi gembira lebih lagi Dato' Amar Cruisre seakan mempunyai perancangan.

"tapi tak tahulah kalau perempuan tu nak Man ke tak? Sebab Man suka usik dia takut dia benci Man pulak." Dato' Amar Cruisre dan Datin Dewi Yusma aneh

"okay okay macam ini. Kita risik risik je dulu, kalau dia okay semua okay baru kita straight plan." menyengih Roseman menunjukkan baris giginya yang tersusun cantik menyukai rancanganya.

"jap kamu beriya iya ni siapa orangnya? Kami kenal tak?"tanya Dato' Amar Cruisre

"Iman. Ingat lagi tak? Anak Dato'Azhar dan Datin Maziah jiran kita ni."membuka bicaranya lagi

Perbincangan keluarga itu kerap kali memberi kejutan besar kepada kedua orang tuanya. Namun perbincangan ini beakhir dengan persetujuaan.

"Maziah!"sapa Datin Dewi Yusma ramah

"eh Dewi! bila balik ni?"teruja Datin Maziah mendapatkan jiranya itu.Memang menjadi kebiasaan mereka tidak menggunakan pangkat atau gelaran Datin.

"baru je semalam.Apa khabar?lamanya tidak ketemu kamu ya?"meleraikan pelukan

"aku baik je masuklah,aku dah tua nak gossip sambil berdiri ni lenguh kaki."

Mereka berdua ketawa sambil mengatur kaki melangkah masuk rumah agam itu.

"aku semalam makan luar, warung Ton.Mereka semua cakap pasal Iman,kenapa ya?apa terjadi?"

Pada mulanya Datin Maziah keberatan ingin berkongsi namun dia teruskan berbicara apabila Datin Dewi Yusma mendesak beberapa kali.

DIA masih yang sah [Completed]Where stories live. Discover now