#DMYSBAB 3- Usik

318 8 0
                                    

Sebagai anak kepada pengurus syarikat MINAZ Rice Copration Roseman harus peka terhadap kerja agar kesemua pelangganya berpuas hati. Selain itu, dia juga harus memastikan anak buahnya sentiasa bersedia untuk segala pemasalahan yang akan tiba. Roseman yang pada mulanya agak berat dengan permintaan daddynya, Dato' Amar Cruisre yang menawarkan harta turun temurun kepada satu-satunya anak tunggal dia dan isteri.

"Cuba kau masuk syarikat daddy dan mungkin kau patut tahu selok belok perniagaan.."kata-kata Dato' Amar Cruisre terhenti tika isterinya turut hadir mendengar perbincangan anak beranak ini.

"Ini satu-satunya peluang kamu untuk kamu mewarisi harta daddy. Kamu itu anak tunggal kami. Kemana hartanya kalau engak ke kamu. Ini caranya mahu kamu gunain sebaiknya."sambungya lagi dengan loghat basi basi Indonesia.

"Betul tu Man. Sekurang-kurangnya kau dapat nama dalam keluarga Miya."sampuk Datin Dewi Yusma menyokong cadangan suaminya.

"huh apa kaitan dengan Miya?"tanya Roseman kebingungan

"Dia bukankah cewek kamu? Pasti kamu mahu terus hidup dengan dia kan? Ini caranya mahu biayai anak orang untuk kasi makan, kasi terus hidup."leter Datin Dewi Yusma dengan anak bujangnya yang tidak pernah serius terhadap pasanganya.

"Dia tak pernah serius dengan Man mommy. Man tau dia tak jujur. Lagipun dia dah ada pengganti." Roseman melepaskan keluhan kecil dan mengatur langkah pergi meninggalkan mommy dan daddynya.

Lamunan Roseman terhenti apabila pintu pejabatnya diketuk kuat.

"Masuk!"arahan diberi

Pintu dikuak perlahan "Lambatnya, tak nak kasi aku masuk ke?"kata Daud dengan nada gurau.

"Dud! Lamanya tak jumpa. Ko apa cerita sekarang?"ujar Roseman berjabat tangan dengan rakan lamanya.

Tanpa dipelawa Daud menggambil tempat duduknya bertentangan dengan Roseman "eleh kau kalau aku tak jumpa kau, sampai bila pon kita tak jumpa."perli Daud menguji perasaan rakannya itu

"hm kau macam taktau dari dulu lagi family aku suruh aku tolong diorang. Diorang pon sibuk nak transform company sana sini,tu yang aku kena tolong diorang."luah Roseman berharap rakannya itu memahami masalah dirinya

"Ya aku tau. Sebab tu aku datang sini."sambil menghulurkan sampul putih yang diletakkan diatas meja.

Roseman tanpa teragak-agak membuka sampul putih tersebut, secara tiba air mukanya berubah gembira.

"Wah dah nak khawin dah. Congrats! Aku ni pon bila lagilah kan?"tanya Roseman sendirian.

"Kau apa susah-susah, Iman kan ada? Tadi aku pergi rumah kau,ingatkan nak jumpa kau kat rumah. Tapi Iman cakap kau kat pejabat. Fuh cantiknya dia."cerita Daud panjang lebar

"Iman cakap aku kat pejabat? Kisah rupanya dia kat aku."tanya Roseman ingin kepastian.

Daud menggangukkan kepala "Kebetulan dia kat luar, baru balik jogging kot. Kalau kau tak nak dia rasanya aku mampu bela dia."sambungnya lagi dengan ketawa besar teringat sunnah Rasullullah iaitu berpoligami.

"ish kau ni belum nikah dah ada niat macamtu ya? Cukup satulah Iman tu bagi aku."spontan kata itu keluar dari mulut Roseman

"Wah wah kau sejak bila syok kat dia?" Daud mula seronok mengusik Roseman yang tersenyum menyedari kesilapan dirinya.

Namun persoalan itu dapat dielakkan apabila Roseman mendengar bunyi kerocong perut Daud dan mengajaknya keluar makan bersama. Seperti biasa Daud tidak menolak ajakkan Roseman. Tidak anehlah sekiranya Daud digelar gendut atau nama singakatanya Dud.

DIA masih yang sah [Completed]Where stories live. Discover now