#DMYSBAB 1-Balik Malaysia

1K 12 0
                                    

Hari yang ditunggu kini telah tiba, maklumlah 24 tahun memang tidak pernah berjauhan dengan keluarga namun kali ini disebabkan ingin menambah ilmu pengetahuan yang cetek, A'sy Iman bernekad akan merantau selama dia mampu untuk menuntut ilmu dalam bidang Kesusasteraan & Kemanusiaan. Dia mengambil jurusan itu kerana ingin menyemai semula sikap perikemanusiaan sesama hidupan serta menghormati budaya, adat dan agama kaum lain.

Keinginannya yang tinggi untuk membentuk satu tamadun pada suatu hari nanti pasti akan berhasil dan mampu membuka mata semua warga negara bahawasanya warisan tersebut perlu disematkan didalam diri setiap rakyat malah ia juga dapat menaik taraf nama negara sebagai satu kerajaan yang penuh adat dan tamadun.

Minatnya terdorong sejak masuk sekolah menengah dan mempelajari kesusasteraan bahasa tambahan lagi melihat sikap segelintir masyarakat yang kurang kefahaman dalam membentuk generasi baru. Lebih menambahkan semangatnya dalam pelajaran itu apabila gurunya melihat bakat dan kesungguhan serta hasil kerja yang positif. Disebabkan bakatnya, dia kerap kali mewakili sekolah dalam pelbagai pertandingan seperti pidato dan perbahasan.

Pernah juga gadis itu terfikir mengapa hendak memupuk sikap rakyat Malaysia dengan merantau ke negara orang. Sedangkan dia akan lebih mudah untuk mengubah sikap rakyat yang berada di sekelilingnya sekiranya menuntut di Malaysia.

Namun pemikiranya itu dibataskan kerana baginya dengan melihat sikap rakyat dari negara yang berlainan dia dapat membandingkan ia. Kadangkala sikap negara asing lebih baik daripada negara sendiri, namun kita hanya perlu mengambil dan memilih contoh yang baik dari perspektif yang positif.

Sedang asyik A'sy Iman termenung mengenangkan kisahnya yang tersendiri dia diperhatikan oleh lelaki lingkungan 60an.
   "Dik?"disapa lembut oleh seorang pakcik yang sedari hanya melihat A'sy Iman termenung.
   "Ha ya? Kenapa pakcik?"soal A'sy Iman terpinga-pinga.
   "Kamu tunggu siapa? Kalau sudi mari abang tumpangkan pulang, naik teksi. Lagipun memang abang tengah free."pelawa pakcik tadi sambil menunjukkan teksinya di kawasan perhentian teksi.
A'sy Iman geli hati mendengar pakcik tersebut menggelarkan dirinya 'abang'.

Namun tanpa segan silu A'sy Iman mengekori pakcik tadi yang serana tadi menanti penumpang teksi. Adalah lebih baik dia menumpang teksi tersebut daripada menunggu kehadiran yang tidak akan tiba.

Didalam teksi sekali lagi pakcik tersebut menggelarkan dirinya sebagai 'abang ' Tuk dan bertanya kemana destinasi gadis itu.

'orang tua ini tak sedar diri pulak, muka pangkat atuk aku aje nak ber'abang' bagai.' kata-kata itu hanya terbuku dihati.

   "Hantar saya kat jalan 1/2 Kampong Serau."selamba A'sy Iman memberi arahan.

'abang Tuk' atau lebih sesuai dengan pangkat pakcik ini membuka topik perbualan perihal dirinya yang juga sekampung dengan A'sy Iman. Namun A'sy Iman tidak kearah untuk mengimbas kembali siapa orang kampungnya atau sebaliknya.

Dia yang sejak tadi tidak melelapkan mata setiba di KLIA2 terpaksa menadah telinga mendengar cerita Pak Tuk. Seperti orang disorongkan bantal, mata ini kian berat dan terus sahaja dibuai mimpi yang lebih indah daripada cerita Pak Tuk.

Namun ketenangan tidur itu hanya sementara apabila secara tiba-tiba teksi ini memberhentikan secara mengejut. A'sy Iman tergelungsur ke depan terkejut dengan tindakan pakcik itu.

'eh orang tua ni marah aku tak dengar cerita dia ke? Ke dia tak kasi orang tidur kat kereta dia? Nanti bau air liur basi dan berpeta kusyen teksi ni. Alamak!' kata A'sy Iman seperti berbisik sambil memerhatikan sekeliling melihat gelagat Pak Tuk.

DIA masih yang sah [Completed]Where stories live. Discover now