#DMYSBAB 10- Alamak!

195 5 0
                                    

Hari yang ditunggu telah pon tiba, Dato Azhar dan Dan Amar Cruisre berborak gaya seorang lelaki yang melepak di warung Ton hujung persimpangan keluar Kampong Serau. Kebingitan suara mereka memenuhi ruang tamu rumah agam milik keluarga A'sy Iman. Roseman dan Danish Irwan hanya berbual kosong jarak umur mereka hanya berbeza 2 tahun.

Arysa Iman dan A'sy Iman membawa dulang makanan dan minuman untuk dihidangkan pada jiranya itu.

"nampaknya bakal isteri sudah datang."sengaja Danish Irwan menguatkan suaranya dengan nada yang garau.

Semua yang hadir setuju dengan kata Danish Irwan mereka juga ketawa besar.

"mana calon menantu papa?"A'sy Iman membuka topik.

"bukan patutnya kami ke yang tanya mana calon menantu kami?"Tanya Datin Maziah aneh dengan persoalan anak gadisnya.

"inilah."tunjuk A'sy Iman tiba-tiba dia terasa sesuatu buruk terjadi.

"ini yang dinamakan chemistry."kata Dato' Amar Cruisre bergurau seperti memahami situasi anak gadis itu.

A'sy Iman memandang Roseman tajam seperti lelaki itu tahu perancangan keluarga ini, namun Roseman mengangkat tangan dan menggeleng kepala tandan tidak tahu situasi sebenar.

Gadis itu menakup mukanya dengan tangan, malunya bukan kepalang tidak sangka ia akan jadi seburuk ini. Akibat terlalu geram dengan amarahnya dia membaling bantal sofa kearah Roseman.

Datin Maziah menghentikan agedan itu dan mengajak semua makan tengahari bersama.

"nampaknya mudahlah urusan kita ya?"kata Dato Amar Cruisre

"ya ya betul."semua setuju.

"Iman balik bulan depan jadi kita ada masa kurang dari 3 minggu untuk buat persiapan

Persiapan penghantaran dulang untuk majlis akad nikah A'sy Iman dan Roseman hanya dilakukan kurang dari seminggu, majlis akad nikah berlangsung serentak dengan majlis perkhawinan Danish Irwan.

Semua ahli keluarga bersetuju dengan cadangan itu atas alasan bagi orang kampung tidak mengata lebih tentang A'sy Iman. Hanya ahli keluarga terdekat sahaja yang di jemput hadir ketika majlis akad nikah. Beberapa buah kereta parker di perkarangan Masjid Ismadiah Serau.
.
Setelah Berjaya melafazkan akad nikah dengan sekali cubaan Roseman kini sah bergelar suami kepada A'sy Iman. Roseman mengoncang tanganya berasa bangga dengan dirinya sendiri, dia memalingkan mukanya memandang A'sy Iman yang cantik berpakaian pengantinya dan mengenyitkan mata, A'sy Iman membalas dengan memberi loving killer. Semua saudara mara terhibur dengan telatah mereka.

Tiba giliran Danish Irwan dan Aniesa mereka juga Berjaya dengan sekali lafaz.

A'sy Iman melihat hantaran diberikan oleh pihak lelaki walaupun bilanganya tak banyak namun nilai setiap barang yang diterima lebih tinggi.Beberapa dulang kosong telah diasingkan dan diletakkan dibawah meja soleknya, isinya berisi maknan terlebih dahulu telah diambil oleh beberapa orang hadirin tadi.

Dia memerhati isi setiap dulang hantaran itu, entah kenapa dia lebih berminat mendekati beberapa buku yang dihiasi bunga-bungaan itu. 'dekatkan jurang kita' 'suami sebelah rumah' 'contohi Khadijah' antara judul buku yang diberi Roseman.

Dia memilih salah satunya dan berniat untuk membacanya terus.Terkejut bukan kepalang apabila Roseman menyergahnya dari belakang tambahan lagi dia hanya bertutupkan sehelai tuala.Dengan pantas A'sy Iman melarikan diri atas alasan mahu membantu mereka yang lain.

Roseman ketawa melihat A'sy Iman yang terkejut melihat tindakanya.Dia melihat buku yang diletakkan A'sy Iman tadi dan mengukir senyuman gembira, entah kenapa dia rasa gembira sangat hari itu.Mungkin kerana gadis yang dicintai telah menjadi miliknya namun jiwa dan perasaanya selalu mengacau, adakah dia berkhawin atas rasa simpati atau dia sendiri ikhlas, tetapi bagaimana pula dengan A'sy Iman?

DIA masih yang sah [Completed]Where stories live. Discover now