#DMYSBAB 15- Balik Malaysia (ll)

416 10 1
                                    

Concley Moon menolak kerusi roda milik A'sy Iman. Sejak dia sedarkan diri selepas pembedahan tubuhnya terasa lemah sehinggakan memerlukan bantuan kerusi roda untuk bergerak.

"Allhamdulilah Iman dah sampai." Kata Datin Maziah seronok melihat A'sy Iman.

Concley Moon bersalaman dengan keluarga A'sy Iman. Mereka berbual kosong pada mulanya tetapi apabila Danish Irwan tiba situasi menjadi kecoh.

"Aku terasa berdosa menganiaya orang sakit macam kau. Kalau kau bagitau awal-awal mesti aku layan kau baik punya." Danish Irwan melutut dihadapan A'sy Iman.

"Lagi? Itu je? Ikutkan list kesalahan kau banyak lagi yang aku.." kata-kata A'sy Iman mati.

"Aku cakap sikit je weh over lak kau." Tangan ingin dinaikkan ala ala gurau gedik gitu namun diturunkan semula.

"Tengok tu. Aku sihat je kalau kita boleh gaduh macam dulu. Kehidupan kita ditakdirkan untuk menjadi adik beradik yang kecoh." A'sy Iman ketawa besar. Tidak tahu tang mana lawaknya namun sengaja mengelakkan dari dia berasa sedih.

"Kau fikir lawak ke?" Danish Irwan menahan amarahnya.

"Sudah! Sudah!" Dato'Azhar menghentikan adegan adik beradik itu.

"Macamana sebenarnya boleh jadi macam ini?" Tanya Datin Maziah ingin tahu.

Arysa Iman tiba membawa dulang air untuk tetamu keluarga itu. Concley Moon membasahkan tekaknya terlebih dahulu.

Concley Moon memulakan bicara "A'sy Iman pada mulanya hanya mengalami pendarahan teruk disebabkan ensiden jatuh tangga 2 tahun lepas..."

"Jatuh tangga?" Dato' Azhar terkejut.

"Ya pa. Waktu itu housemate Iman bukan orang kita, bukan orang Islam. Masa tu dia stress baru break dengan boyfriend dia so entah apa dalam otak dia, pergi tolak Iman yang kebetulan ada kat tangga." Jelas A'sy Iman.

"Ya kebetulan hari itu ada orang sudi dermakan darah. I don't know how it can be but pihak hospital cuba menangung rawatan A'sy Iman. Penderma itu mempunyai penyakit hipatitis B dan sepatutnya tidak boleh menderma sebarang darah that why penyakit ini, ialah penyakit berjangkit.

So an accident until now Iman kena tanggung semua ini. Jadi ini adalah pembedahan yang kedua. Walaupun dia terselamat dan berjaya dibuang penyakit ini masih imun terhadap pesakit seumur hidupnya. I'm very sorry."
Concley Moon memberi penjelasan yang terperinci.
.
Sebelum Concley Moon beredar dia menjamah nasi dan memberi beberapa maklumat kepada keluarga A'sy Iman supaya dapat memantau kesihatan gadis itu.

"Mommy mana Arysa?" Tanya A'sy Iman kepada Arysa Iman yang sedang menghidangkan makanan di biliknya.

"Mommy Dewi dah balik Indonesia, keluarganya dah terima dia. Entahlah Rysa pon tak pasti. Nanti abang Roseman datang, akak tanyalah dia." Arysa Iman bercerita apa yang dia tahu.

"Kena ke dia datang? Akak tak bersedia." A'sy Iman bersandar dikatil yang dibantu Aniesa

"Siapa? Oh Roseman? Laa dia kan suami kau." Aniesa mencelah.

Pintu diketuk perlahan. Apabila melihat Roseman dimuka pintu segera Aniesa dan Aryssa mengundur diri membiarkan mereka dibilik.

Roseman duduk diatas katil menghadap A'sy Iman. Tubuh gadis itu kelihatan susut mukanya sedikit pucat namun masih terukir senyuman.

"Abang rindu Iman, tak tipu." Roseman memegang tangan A'sy Iman serta mengusap lembut.

"Bukan ke abang dah nak khawin? Ke dah khawin?" A'sy Iman bertanya.

DIA masih yang sah [Completed]Where stories live. Discover now