#DMYSBAB 9- kawan lama

222 5 0
                                    

Sedang Datin Maziah dan Aniesa menyusun pinggan untuk penyediaan makan malam Danish Irwan datang ke ruang makan menunjukkan muka sebalnya.

"diorang mana ini mama?dating lama-lama pulak."Danish Irwan sudah penat menanti kepulangan Roseman dan A'sy Iman.

"selama ini tak pernah menunggu kenapa kau harini?"Datin Maziah menyoal.

"biarlah mereka, biar mereka sesuaikan diri lagi-lagi Iman.Sudah jomlah kita solat asar berjemaah."sampuk Dato' Azhar.

Aniesa yang tidak tahu topik perbualan keluarga itu hanya menjadi pendengar dan tidak menyampuk.Dia juga turut serta berjemaah bersama keluarga tersebut.

Ini memang menjadi kebiasaan bagi keluarga Dato' Azhar dan Datin Maziah menunaikan solat berjemaah.Sekiranya Dato' Azhar pergi kursus Danish Irwanlah yang menggantikan tempat Dato' Azhar.

Usai solat mereka mengemas semula tempat sembahyang itu.Datin Maziah terlebih dahulu meminta diri ke dapur diikuti Danish Irwan.Dato' Azhar masih menunaikan solat sunat dan bermunajat sementara menunggu makan malam.

Kereta Honda Swiss diparkir di perkarangan rumah banglo tiga tingkat milik keluarga Roseman.A'sy Iman meminta diri dan mengucapkan terima kasih serta mengajak berjumpa calon isteri Danish Irwan, namun Roseman menolak.

"eh Iman kejap."Roseman menggambil sesuatu.

A'sy Iman melihat apa yang dilakukan oleh Roseman.Roseman memberikan beg kotak yang berisi beg tangan untuk dihadiahkan kepada A'sy Iman.Namun gadis itu menolak dan Roseman mendesak beberapa kali akhirnya dia menerima.

"woi baru balik!"jerit Danish Irwan apabila menyedari mereka telah pulang.

"iyalah baliklah ini, sekurang-kurangnya aku balik."A'sy Iman merungut.

Langkahnya terhenti apabila Danish Irwan menghalang.

"kau ini apa pasal?"A'sy Iman berang.

"ajaklah Roseman masuk sekali."Danish Irwan mengarahkan.

Tangan Danish Irwan ditepis dan ditolak ketepi."aku dah ajak tapi dia yang tak nak.Kau pergi ajaklah."

Dia memberi salam dan terus sahaja menaiki tangga menuju kebiliknya.Terasa ingin membersihkan badan serta menggambil kesempatan untuk berehat.Terlupa dia seketika yang rumahnya mempunyai tetamu.

"Iman."Aniesa segera memanggil A'sy Iman apabila melihat kelibatnya.

Sekali lagi dia memberhentikan langkah apabila suara yang memanggilknya seakan-akan pernah didengari.Tambah mengejutkan apabila Aniesa berada dihadapanya terus sahaja dia mendakap, terasa rindunya terhadap rakan lamanya itu hilang.

"kau buat apa kat sini?"A'sy Iman bertanya.

"bakal kakak ipar kaulah."Danish Irwan menyampuk.

"perempuan memang over eh kalau tak jumpa, sampai boleh tanya salan bodoh?"Roseman sengaja mengusik.

Satu tamparan hinggap di lengan lelaki itu.Roseman mengaduh kesakitan.Namun A'sy Iman tidak menunjukkan rasa simpatinya.Malah dia berlari keatas masuk kebiliknya.Roseman terpinga-pinga.

Danish Irwan dan Aniesa sudah terlebih dahulu melangkah ke ruang makan meninggalkan mereka berdua.

"haa Man duduklah."pelawa Datin Maziah.

"mommy dan daddy kau bila nak balik?"Dato' Azhar menanya khabar.

"hujung minggu ini atau minggu depan."jawab Roseman.

A'sy Iman turun menyertai keluarganya di meja makan.Dia menggambil tempat duduk bersebelahan Roseman.

"wyooo!"Danish Irwan berbisik kearah Aniesa namun sengaja suaranya dikuatkan untuk menarik perhatian.

DIA masih yang sah [Completed]Where stories live. Discover now