bab 3

98 2 0
                                    


"Huargh!! letihnya.." aku pandang kiri kanan semua orang dalam kelas dah takde, maklumlah, dah pukul 4 petang.

"Sampai hati betul takde orang pun yang tolong kejutkan aku dari tidur."
Sunggutku sambil berkemas lalu menuju ke pintu kelas.

"Huh? Apesal tak boleh bukak ni?! Wei, jangan main-main dengan aku la!!" Sedaya upaya aku cuba membuka pintu kelas tapi tak berhasil.

"Tolong!! Ade sesiapa tak?!" Ya allah, apa aku nak buat ni.

Terketar-ketar aku dibuatnya. takkan aku kena tidur sini kut? mengingatkan esok cuti buat aku lagi takut.

"Mama! Tolong akak! Akak takut!" Jerit ku sekuat hati tapi tiada siapa yang mendengarnya.

Setelah beberapa kali cuba membuka pintu namun tak berhasil membuatkan aku semakin tak keruan. "Macam mana ni? Nak pecahkan tingkap kelas tapi ada gril pulak..mati aku kali ni..."

Terus terduduk aku di atas lantai sambil memegang kedua-dua lutut ku. Setitis demi setitis air mata jatuh lalu menjadi semakin lebat dek kerana terlalu takut.

**********

"Tak sangka, pasukan kita dapat kalahkan pihak lawan yang bukan calang-calang orangnya!" ujar aril bersungguh-sungguh.

"kau memang bawak tuahla hazree, bila kau masuk jer club bola sepak ni, berderet-deret awek datang bagi sokongan." Tersenggih adib dibuatnya.

Tengku ariel hazree hanya tersenyum mendengar kata-kata dari rakannya itu.

"Mane ada, kau ni mengarutlah adib!"

"Merendah diri pula..." balas aril.

"Habis tu, yang tiap-tiap kali budak perempuan menjerit nama kau masa main bola tu apa?" Adib dah mula nak mengusik.

"Diamla kau, dah pukul 6 ni, jomlah balik."

"Jom!" jawab kedua-dua kawannya,lalu mereka bertiga membuka langkah untuk pulang.

Sesampai sahaja di pintu pagar sekolah, langkah kaki hazree terhenti.baru dia teringat, yang bekas alat tulisnya tertinggal di bawah meja kelas."beb, korang pergi dulu la, aku nak pergi ke kelas sekejap nak ambil barang."

"Barang apa?"

"Aku lupa nak ambil pencil box aku."

"Alah, tak payahla, lagipun bukan ada kerja sekolah pun hari ni."ujar adib.

"Haah, Lagipun kelas kita jauh giler kut, dahla ada orang kata block kelas kita tu ada..." belum sempat aril menghabiskan ayatnya,hazree terus mehempuk bahu kawannya.

"Mulut kau tu memang celuparla! Ada ke patut cakap kat sini." Marah hazree.

"Sorry, my bad.." aril tersenggih macam kerang busuk.

"Dahla,korang balik la dulu!"

"K bro kitorang cau lu!!"

Dengan segera hazree berlari menuju ke kelas yang terletak paling hujung berdekatan dengan bukit.

"Sampai jugak akhirnya, penat aku lari." terus dia mengambil alat tulisnya di bawah meja lalu keluar dari kelas.

"Hu..hu..." bunyi budak perempuan nangis.

"Ahsudah! Menyesal aku tak ikut cakap aril tadi. Hantu ni pun satu! Time-time cam gini pulak nak memekak..."

Cepat-cepat kaki berjalan melepasi kelas-kelas yang ada. Semakin lama, semakin jelas bunyi tangisan itu kedengaran.sehinggalah dia lalu di kelas 3 bestari.

"Sah! Bunyi ni datang dari Kelas ni.." hazree dah teguk air liur. Nak pergi dari situ rasa macam tak sedap hati. "Nak cek ke tak ni? Kalau benda tu ada, konfem aku terjun bangunan 2 tingkat ni."

"Eh? Apasal siap bermangga ni?! Takkan nak elak pencuri masuk kut?"
"Ma..ma.. rina ta..takut.." bunyi esak tangis kedengaran lagi.
"Ri..rina?!" Terus aku mengintai di sebalik  tingkap bergril itu.

"O my god, Rina!!! What are you doing here??!!!" nak tercabut jantung dia bila nampak rina dalam keadaan memeluk lutut sambil menangis.

"Si..siapa?"

"Tunggu sini! Aku akan tolong kau!" Haila..hazree, sah-sah dia takkan ke mana-mana kalau dah namanya kena kurung! Hazree berlari macam orang giler mencari pak guard untuk meminta bantuan.

"Mana pak guard ni?! Time-time camnila pak guard takde, hisy!! Tak guna betul!!" Marah hazree apabila pak guard tiada di dalam pondok keselamatan.

"Apa aku nak buat ni?!" Hazree dah runsing. Tiba-tiba dia ternampak kapak kat situ, terus diambilnya.

"Ahh! Lantakla kalau pintu tu hancur lepas ni, asalkan aku kena tolong dia!"

Hazree terus berlari sambil memengang kapak di tangannya.kadang kala bila time terdesak macam ni, semua orang pun boleh buat kerja giler.

Gangg gangg gangg!!!

Terkejut erina dibuatnya apabila terdengar bunyi yang kuat dari pintu.

" to..tolong!!" Jerit rina sekuat hati.

Dengan sekali tendangan sahaja pintu yang dah hampir hancur dek penangan kapak terus jatuh.

"Rina!!" Terus di campaknya kapak itu ke tepi. Amboi kau.. main campak aje kapak tu?!

Bulat mata erina apabila pintu yang tadinya berkunci dah menyebah lantai kelas dek dikapaknya hazree.

Terus hazree berlari mendapatkan erina lalu memengang kedua belah bahunya.

"Syukurla kau okey! Nak tercabut nyawa aku tenggok kau kena kurung dalam ni tau tak?!"

"..aku.. "

"Dah! Jangan nangis nangis lagi dah, kau dah selamat sekarang."

Kepala tiba-tiba terasa berat terus erina pengsan tak sedarkan diri di pangkuan hazree.

"Ya Allah, rina! Bangunla.. jangan buat aku macam ni.. erina!!"

Terus di dukungnya si erina lalu membawanya pergi dari situ.


Jangan Buli Dia!!!Where stories live. Discover now