bab 6

71 6 0
                                    


"Good morning papa, mama!" Ujar erina manja.

"Morning sayang, awal bangun hari ni? Meh duduk dulu breakfast sama-sama." Balas mama.

"Mestila kena awal hari ni, sebab akak semangat nak hantar lukisan ni kat cikgu faridah."

"Mana papa nak tenggok. Cantik... pandai rina buat." Puji papa pada anaknya itu apabila melihat lukisan tersebut.

"Untuk apa nak kena hantar lukisan ni kat cikgu?" Tanya mama ingin tahu.

"Akak masuk pertandingan melukis. Kalau menang dapat RM 1000!" Kata rina bersungguh-sungguh.

"Jangan mimpi kau boleh menang..." terdengar suara sumbang kat sebelah  telinga rina.

"Zara, tak baik cakap macam tu.." pesan mama lembut.

"Betul apa zara cakap, pembunuh macam dia ni mana layak dapat....."

Pang! Satu tamparan berbisa hinggap di pipi kak zara. semua terkejut kerana tidak menyangka tindakan papa.

Zara mengusap pipinya yang terasa pedih "puasla hati kau kan? Tenggok aku kena tampar?" Tuduh kak zara pada ku.

Aku tak mampu membalas kata-katanya kerana otak ku dikala ini langsung tak memberi kerjasama.

"Zara!! Papa tak pernah ajar anak papa jadi kurang ajar macam ni!! Minta maaf kat erina sekarang!!" Bergema ruang makan itu akibat suara lantang papa.

"Sampai mati pun aku takkan maafkan kau pembunuh!!" Tempik kak zara sekuat hati lalu terus berlari masuk ke biliknya.

"Zara!" Laung mama lalu mengejar anaknya itu.

"Astaughfirrullahhalazim..." terduduk papa di kerusinya semula. Tangannya memicit kepalanya yang sakit. Tak pernah selama ini dia mengangkat tangannya kepada anak-anaknya. Salahkah selama ini cara dia mengajar anak-anaknya?

Aku memegang tangan papa. "Papa okay?" Tanya ku risau melihat keadaan papa.

Papa hanya mengukirkan senyuman pahit kepada anaknya. Dia tahu dikala ini anaknya terasa hati pada kakaknya itu.

"Papa okay.. kamu janganlah terasa hati kat kakak kamu tu ya? mari papa tolong hantarkan rina ke sekolah okay?"

Aku hanya mengangguk lemah. Tak berani nak bertanya lagi.

**********

Sepanjang pembelajaran bermula, erina langsung tak dapat menumpukan perhatiannya kepada apa yang diajarkan oleh cikgu di hadapan.

"Sampai mati pun aku takkan maafkan kau pembunuh!!"

Kata-kata itu dah berjaya membuatkan fikirannya bercelaru. Apa maksud kak zara yang aku ni pembunuh? Bila masa aku bunuh orang pulak ni? Kalau orang cuba nak bunuh aku tu adala,contohnya macam hari tu.

Kringg!! Kring!! Bunyi loceng menandakan waktu rehat sudah bermula. Semua murid berpusu-pusu keluar dari kelas untuk ke kantin.

Erina baru nak melangkah keluar dari kelas, namun dia terpaksa berundur setapak demi setapak kebelakang.

"Kau nak apa?" Langsung rina tak pandang wajah di hadapanya ini.

"Aku nak cakap dengan kau."

"Aku takde masa nak layan kau." Dia cuba pergi dari situ namun dihalang oleh hazree.

"Aku tahu kau marah aku..."  suaranya kedengaran mengeluh.

"Mana ada aku marah kaula! Dah, tepi aku nak lalu!" Ujar rina geram.

"Kalau tak marah, kenapa tak nak tenggok muka aku?"

Rina malas melayan hazree lalu menolak dia ketepi menyebabkan hazree terdorong ke belakang.

"Rina..." panggil hazree dengan lemah namun tidak dihiraukan oleh rina yang sedang berlalu pergi.

Tersandar hazree di pintu kelas itu lalu merenung lantai. "Macam mana aku nak pujuk rina ni?" Padan muka kau hazree. Sapa suruh kau buat hal?

**********

"cikgu, ini dia lukisan saya." Kata ku sambil menyerahkan lukisan itu kepada cikgu faridah.

Cikgu faridah menyambut huluran tersebut lalu tersenyum kepada anak muridnya.

"Kenapa saya tenggok wajah kamu nampak murung sahaja?" Tanya cikgu.

"Ada masalah sikit cikgu.." rina mengeluh.

"Semua masalah akan ada jalan penyelesaiannya rina. Kamu hanya perlu sabar dan berani berdepan dengan masalah itu sahaja." Kata cikgu faridah tenang.

"Baiklah cikgu, terima kasih atas nasihat itu. Saya pergi dulu."

Cikgu faridah hanya mengangguk lalu menghantar pemergian rina keluar dari bilik itu melalui ekor matanya.

**********

Semasa rina berjalan di tepi block tingakatan 2, dia ternampak murni berjalan macam anak itik sahaja lagaknya kerana membawa buku teks yang  bertimbun.

" alahai minah ni, kesiannya aku tenggok, meh sini aku pegang separuh buku tu. aku tengok kau sampai dah tak nampak muka dah sebab buku halang." Ujarku ikhlas.

"Thanks beb, aku memang dah tak larat dah nak angkut buku teks ni." Balas murni lega.

"Sama-sama, buku ni nak bawak pergi mana?" Soalku.

"Kita kena hantar buku ni ke kelas 2 efisien." Kata murni.

"Okay boss."

Dalam perjalanan melalui kelas-kelas yang lain, diorang terserempak pulak dengan ali and the geng.

"Wei, tu erina la!" Kata salah sorang dari mereka.

"Erina buku tu beratkan? Biarla saya tolong awak." Kata ali dengan gembiranya.

"Bak sini buku tu!" tak sempat nak buat apa-apa buku dah beralih tangan.

"Hazree?" Soal erina seakan tak percaya orang di sebelahnya itu hazree.

Keras macam patung cendana ali dibuatnya. kacau betul mamat ni! Ujarnya dalam hati.

"Kawan dia ni kau taknak tolong ke?" Tanya hazree kepada ali sambil menunjukkan isyarat mata ke arah murni.

"Err, takpelah tiba-tiba tangan rasa lengguh bye rina!" Sempat lagi dia buat flying kiss kat rina sebelum melarikan diri.

Jangan kau berani nak dekat dengan dia! Langkah mayat aku dulu! Jerit hazree di dalam hati.

"Buku ni nak bawa ke mana?" Tanya hazree kepada murni. Langsung tak dipandangnya erina.

"Kelas hujung sana tu." Balas murni.

"Jom!" Tanpa menghiraukan erina, dia melangkah menuju ke arah kelas yang diberitahu oleh murni tadi.

"I smell something ... " Kata murni sambil tersenyum penuh makna.

"Kau tak payah nak hidu sangatla." Rina dah pasang muka tembok batu.

"Hish! Kau ni, aku nampak  dia dah berapi bila si ali tu menggedik dengan kau." Murni masih tak berputus asa meyakinkan kawannya itu.

Tanpa menunggu murni, rina terus berjalan ke hadapan.

"Wei rina tunggula!"

"Tak nak!"

Jangan Buli Dia!!!Where stories live. Discover now