bab 8

80 12 0
                                    


"Auch! Sakitla."

"Tahanla sikit lembik!"

"Ni semua salah kau tau tak? Kalau kau tak buat kerja giler, tak mungkin aku jadi macam ni!" Bentaknya geram.

"K fine, memang aku salah sebab tak tenggok kiri kanan masa nak lintas jalan. Puas hati?" Balasku geram.

"Tak!"

Nak jer aku sumbat ubat luka ni kat mulut dia. Bukan nak berterima kasih pun kat aku sebab tolong sapukan ubat.

"Yang kau pergi selamatkan aku tu kenapa, tak payah nak tunjuk hero!" Padahal hati aku sebut ohh my superman! I love you!!!. Jangan mimpi kau berani sebut camtu kat dia erina.

"Habis tu, kau nak aku tengok jeke kau bunuh diri? Dah cukup sangat ke amalan kau?" Ok deep sekejap.

"Sudah la tu hazree, yang penting rina dah selamat sekarang." Datin mardiah datang membawa sedulang air teh untuk erina dan anaknya.

"Susah-susah jer makcik buatkan air." Kata ku serba salah.

"Memang kau ni menyusahkan pun..." ya allah, ada jugak yang masuk wad icu nanti.. hazree dan mulutnya memang celupar!

"Hazree, tak baik cakap macam tu! Rina minumla ya, Jangan layan sangat perangai anak makcik ni."

Aku hanya menurut. " rina duduk dulu ye, makcik nak ke dapur kejap."

Besar giler rumah tengku ni, macam istana dah lagaknya.. ni belum lagi luar rumah yang dah macam padang bola, jarak antara pagar dengan rumah pon nun jauhnya. Mesti jenuh pakguard kalu hari-hari kena ronda kawasan ni. Agak-agak boleh buat cerita hindustan tak kat sini?

"Auch! Apesal kau jentik dahi aku?" Aku menahan geram.

"Dah kau jauh sangat berangan sampai tak nampak aku kat sebelah. Tu yang aku tolong kasi sedar kan kau ke dunia yang nyata ni." Hazree tersenyum senget memandang erina.

Erina terpegun, terkaku, terkentut .. semua ada ter. (K, terkentut tu tipu jer)

Tapi yang pasti sekarang dia memang terpesona memandang senyuman senget dari sang putera yang memang susah nak senyum ni. Tak kesah la senyum senget pon asal hansem. Kan bagus kalau hari-hari kau senyum macam ni, mesti bahagiakan, kalau aku jadi bini kau? Ehhh! Apa aku melalut ni?!

Aku terus berdehem.cover malu.

"K la, aku nak balik bye!" Terus aku bangun dari duduk lalu menuju le pintu rumah mewah itu.

"Rina!"

Aku menoleh. "Ape?"

"Esok aku ambik kau kat rumah. Pukul 6.30 aku nak kau dah siap."

"What??!"

"Esok aku ambik kau la pekak! Dah pergi balik. Dah lewat ni."

Cis halau aku nampak. Aku bukan pekak la, cuma terkejut je. Terus aku berpaling mahu pergi.

"Erina"

Aku dah mula rasa meluat. Sekali lagi aku menoleh.

Hazree melambai-lambai ke arah erina sambil memasang muka budak suci.

Nak tergolek mata aku bila melihat aksi tak berapa nak matang tu.
Oh my god!!! Putera katak lambai kat aku la!! Lambai balik, lambai balik! Hanya hati aku jer yang membalas lambaian dia. Aku? Dah berdesup  lari macam orang gila sebab suka.

"Eh, mana erina, hazree?" Tanya datin mardiah apabila bayang erina sudah tiada di situ.

"Dia dah balik." Hazree kembali memasang riak beku seperti biasa.

"O, kenapa awal sangat? Mama baru nak bagi kuih ni kat erina."

"Takpela mama esok ariel bagi kat dia."

"Ok lah kalau macam tu." Datin mardiah kembali semula ke dapur untuk memasak makan malam.

Sememangnya jika datin mardiah ade di rumah, memang dia yang akan masak sendiri untuk ahli keluarganya.

Jarang sekali dia tidak memasak untuk keluarganya.baginya biarlah keluarganya merasa air tangan dari dia sendiri, bukan mengharapkan dari bibik semata-mata.





Jangan Buli Dia!!!Where stories live. Discover now