bab 9

74 3 0
                                    

" mama, akak pergi dulu ya!"

"Eh, awalnya hari ni kamu nak pergi sekolah? Kalau ye pun makan la dulu." Balas mama kehairanan dengan perangai anak perempuannya.

" takleh ma, kalau lambat nanti dia sampai sini dulu." Kata ku gelabah.

" siapa?" Soal mama.

"Saya makcik."

Busted! Muka erina dah pucat lesi bila hazree terpacak kat depan pintu rumah.

"Eh hazree rupanya, hari ni nak pergi sekolah dengan erina ke?" Tanya mama ramah.

"Haah. Ni mama kasi kuih sikit kat makcik."

"Terima kasihla ya, susah-susah jer."

"Ok la makcik, saya pergi sekolah dulu.assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam"

Eh, mana minah ni pergi? Hazree baru perasan yang erina takde.

"Cis! Sempat lagi kau lari ye.." getus hazree apabila pasti yang erina dah lama angkat kaki.

**********

"Muahaha! Sempat lagi kau bodek mak aku eh.. kan dah kena tinggal." Kata ku sambil berlari-lari anak menuju ke sekolah.

Tiba-tiba ada tangan menepuk bahu erina.

"Mak!" Siap lompat bintang lagi si erina ni dek kerana terkejut.

"Hahaha! Comel la rina ni." Balas satu suara lelaki. Terus rina berpaling

"Abang aiman!" Mulut ku mencebik tanda protes.

"Alolo.. comel la sepupu abang ni,jangan la merajuk, nanti muka buruk." Pujuk abang aiman.

"Ni pujuk ke, kutuk ni?" Aku memandang tajam kearah abang aimanya ini. Nasib baik dia ni sepupu aku, kalu tak dah lame aku lipat dia ni.

"Gurau jela. Jom gi sekolah sama-sama?"

Kebetulan abang aiman ni sama sekolah ngan aku. Tahun ni dia dah form 5. Oh lupa nak bagi tau, dia ni budak yang agak hot kat sekolah, macam hazree, tapi dia ni tak layan pun mana-mana perempuan yang terkinja-kinja nak kat dia. Orang gelarkan dia ni putera ais.

"Okey!" Balas ku ceria. Taknakla nak gaduh lama-lama ngan sepupu kesayangan aku ni.

Bila dah sampai je depan pintu pagar sekolah, ramai pulak peminat perempuan tunggu abang aiman kat pagar.

Senyuman mereka terus mati bila lihat kemesraan aku ngan abang aiman. Abang aiman dan aku buat donno je lalu pergi meninggalkan diorang.

**********

Waktu rehat telah tiba. Aku mula beura-ura nak ke kantin. Dua orang kawan aku harini kena bertugas so tinggalla aku sorang.

Baru jer beli semangkuk mee hun yang agak panas, datang pulak satu bala yang tak diundang.

Duk!

Aku terjatuh dan mee hun aku tertumpah kat tangan dan badan aku.

"Arghhh!" Aku mengerang kesakitan apabila merasa pedih akibat kesan melecur.

"Hahahaha! Puas hati aku. Padan muka kau, siapa suruh kau gedik kat bf aku?!"

"Apa masalah kau?" Aku masih lagi cuba berlembut. Padahal sikit je lagi aku nak terajang perempuan tak guna ni. Huhu.. habis mee aku.

"Masalah aku adalah kau! Perempuan tak sedar diri! Ada hati nak goda aiman aku! Huh, perempuan selekeh macam kau mana layak dapat aiman!

Terus dia menarik selendang erina  lalu memijak selendang itu tanpa belas kasihan.

Semua pelajar terkejut dengan adengan itu lebih-lebih lagi apabila melihat aurat erina yang berambut panjang mengurai melebihi punggung, tersungkur dilantai akibat tindakan kejam si pembuli.

Erina hanya menunduk malu. Dia malu dengan semua orang yang melihat keadaan dia sekarang ni.

"Orang macam kau ni lagi hina dari sampah! Tak cukup dengan hazree aku, kau goda aiman pulak kan? Murah betul kau ni kan?" Sinis perempuan itu berkata bertujuan untuk menyakitkan hati erina.

Pang!!!

Satu tamparan yang sangat berbisa dari erina ke muka perempuan tak sedar diri itu.

Suasana mula menjadi tengang. Tak berani nak masuk campur melihat erina yang dah nampak macam volcano yang akan meletus jap lagi.

"Berani kau tampar aku perempuan sial?!" Kata perempuan itu sambil memengang mukanya yang dah nampak bengkak dan agak membiru .

"Aku ke kau yang perempuan murah sebenarnya? Datang serang orang macam orang giler, dahtu macam takde maruah diri berebut lelaki. Siap mengaku abang aiman bf kau lagi. Kesian kat kau kan? Tak laku sampai tedesak sangat nak kat orang yang dah terang-terang tak suka kau." Sinis sekali aku mengeluarkan kata-kata.

Kesabarannya dah sampai ke hujung. Dia dah letih biarkan orang lain pijak kepala dia. Cukupla dia di malukan depan semua orang hari ni hanya kerana cemburu buta.

Baru sahaja perempuan itu ingin menarik rambut panjang erina, datang seorang lalaki mencengkam tangan perempuan itu.

"Hentikan." Hazree mencerlung tepat ke anak mata perempuan tak guna itu tanda memberi amaran. Tak pasal-pasal lepas ni dia pulak yang mengamuk.

Tangan perempuan itu dipegangnya kuat membuatkan dia meronta-ronta minta dilepaskan kerena berasa sakit yang amat. Tangan minah itu dilepaskan kasar.

Mood hazree memang tak baik. Muka dia usah dikatala, merah habis. Semua yang tenggok adengan itu tak berani nak pandang muka hazree. Gerun ....

Erina pula hanya mampu melihat adengan di depan matanya. Tak sangka hazree akan datang menyelamatkannya.

"Yang you ni nak bela sangat si perempuan sial ni kenapa hazree?! Semua jantan dia nak kebas, minah ni memang bawak sial la!"

"Tutup mulut celupar kau tu sebelum kaki aku pulak selamat mendarat kat muka kau perempuan. Jangan salahkan aku kalau bisnes bapak kau muflis lepas ni." Marah giler hazree saat ini.

Perempuan itu tersentak mendengar kata-kata yang keluar dari mulut hazree itu lalu berlari meninggalkan tempat itu. Dia tahu hazree tak main-main dengan kata-katanya.

Hazree mendegus kasar lalu berpaling memandang erina. Sayu hatinya melihat keadaan erina sekarang ini bercampur dengan perasaan marah yang membuak-buak akibat melihat erina dibuli dengan kejam.

Dia menanggalkan kot hitamnya lalu meletakkanya di atas kepala erina bagi menutupi rambutnya yang panjang mengurai itu. Well, pelajar lelaki kat sekolah ni semua kena pakai kot.

Hazree menjeling semua pelajar yang menyaksikan adengan itu dengan perasaan benci. Sanggup mereka membiarkan kemungkaran ini terjadi. Tiada langsungkah rasa kasihan di hati mereka?

"Korang semua ape tenggok-tengok? Blah la!!" Jerkahan hazree menyentakkan semua yang berada di situ lalu mereka cepat-cepat pergi sebelum angin hazree makin buruk.

Hazree tanpa berkata apa-apa terus mengangkat erina pergi dari situ.

Erina tak mampu berbuat apa-apa kali ini. Dia hanya membiarkan hazree mencempungnya ke bilik rawatan.



































Jangan Buli Dia!!!Where stories live. Discover now