Bab 15

15 2 0
                                    


Hari yang di tunggu sudah tiba. Semua pelajar berkumpul di tapak perhimpunan sekolah untuk memeriksa kehadiran para peserta dan diberi taklimat sebelum bertolak.

Buat kelima kalinya, Erina memeriksa beg-beg yang dibawa. Takut juga kalau tertinggal barang penting. Satu beg untuk pakaian dan satu lagi beg sandang yang berisi penuh makanan.

"Weh, kau ni nak pergi berkhemah ke nak lari dari rumah? Dah macam pelarian dah aku tengok. Hahahaha!" Kata hazree sambil ketawa terbahak-bahak. Ikutkan hati nak je dia golek-golek kat situ.

"Suka hati akulah. Aku yang nak makan, kau pulak yang nak sibuk." Erina dah mula buat muka.

"Tak matinya duduk tiga hari kat dalam hutan tu cik adik oi. Lagi satu, kau ni bela jin ke nak melatak semua ni? Seminggu pun belum tentu habis tau."

Ewah-ewah, suka-suka jiwa je nak kata aku membela. Dah lama sangat hidup putera katak ni agaknya. Aku lipat jugak dia ni karang baru tahu.

Belum sempat dia nak balas balik, cikgu sudah pun menyuruh pelajar bersedia kerana bas sudah pun sampai. Tanpa membuang masa hazree terus mengangkat beg-beg erina dan berlalu meningalkan erina di belakang.

Dia kaku di situ beberapa saat sebelum satu tangan menepuk bahunya perlahan.

"Oit, kat sini rupanya kau. Penat kitorang cari tau." Kata murni sambil membuat muncung itiknya.

"Oh sorry, aku memang nak cari korang dah tadi."

"Aku ingatkan kau dah tak datang dah tadi. Baru ingat nak cancel hahaha." Kata zulaikha sekadar bergurau.

"Weh jom ah cop tempat. Aku nak duduk sebelah tingkap eh." Kata murni teruja.

"Eh banyak songgeh la minah ni. Takde-takde, aku yang nak duduk situ." Kata zulaikha sekadar mahu mengusik.

"Eyy kau nikan... aku yang cop dulu tau. Ok macam ni, siapa yang sampai dekat bas dulu dia menang." Murni dah mula dah buat perangai kanak-kanak riangnya.

Zulaikha tak mengendahkan ajakkan murni sebaliknya memandang kearah rina kehairanan.

"Weh mana beg kau rina? Takkan sehelai sepingan je kut. Kau jangan weh."

" oh, tadi si hazree tu dah tolong bawakkan." Balas erina pendek. Kadang - kadang dia pun tak faham dengan perangai si hazree ni. Walaupun mulut tak ada insurans, tapi kadang-kadang dia ni baik jugak sebenarnya.

"Hah, Biar betul kau ni?" Tanya zulaikha seakan tak percaya.

"Betul la, kau ingat aku buat lawak ke?" Tanya rina blur.

"Tak bukan apa, tapi selama aku duduk sekelas dengan dia. Nak tengok dia cakap ngan perempuan pun payah, apatah lagi nak tolong orang."

"Ke.... dia dah feel in love kat kau.." murni dah tersengih gatal.

"Apa bendala yang kau merepek ni. Sebenarnya mama aku kawan ngan mama dia. So dia suruh hazree tolong tengokkan aku. Tu je."

"Oh, cakap la awal-awal. Tapi kenapa tak suruh sepupu kau je?"

"Entah. Malas nak fikir." Ujar rina pendek.

"Wei korang, bas dah nak jalan. Jomlah weh!" Laung zulaikha di dalam bas.

"Woi! sejak bila kau dah ada dalam bas!? Tu tempat duduk aku la weh!"laung murni lalu mereka berdua berlari menuju ke arah bas.

**********

"Berkemah~ berkemah~ berkemah sama si nop..puk!!" Murni baru nak keluarkan suara kataknya tapi sempat dilepuk oleh zulaikha.

"Aduh! Dah pehal kau lepuk aku weh!aku baru nak nyanyi lagu kemah-kemah."ujar murni.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 17, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Jangan Buli Dia!!!Where stories live. Discover now