Bab 10

90 9 2
                                    

Ramai mata-mata yang melihat mereka berdua tapi hazree buat donno jer.dia peduli apa kalau orang nak cakap dia dan erina ni acah-acah sweet nak mati, yang dia tahu sekarang ni, dia kena bantu erina selagi dia terdaya. Setibanya mereka sampai di bilik rawatan, hazree meletakkan erina perlahan-lahan di atas katil.

Erina hanya menunduk dari tadi. Tak tahu nak cakap apa. Mulut dia macam dah digam.

"Tangan kau dah melecur. Nah sapu ubat ni."

Erina hanya menurut. Dia malu nak berhadapan dengan hazree. Dia malu hazree nampak dia dibuli.

"Nanti aku telefon mama kau suruh datang ambik kau kat sini. Esok kau tak payah pergi sekolah, pergi klinik. Kalau kau datang jugak ke sekolah, aku sendiri yang akan heret kau nanti . Faham?" Kata hazree tegas.

Erina hanya mengangguk.hazree yang rasa tak tahan dengan perangai erina yang asyik membisu dari tadi terus bersuara lagi.

"Wei! Cakap la sesuatu. Apesal kau biarkan je perempuan tu buli kau? Kalau aku jadi kau dah lama makan kaki minah tu aku kerjakan." Ujar hazree tak berpuas hati.

"Hahaha" terletus tawa dari bibir munggil erina mendengar hazree berkata begitu.

"Apa yang lawak? Orang biasanya kena buli akan menangis ni boleh pulak kau ketawa. Kau ade masalah mental ke?" Mulut hazree dah muncung. Comel.

"Takdela, mental aku ok jer. Terima kasih sebab tolong aku. Aku tau selama ni aku selalu menyusahkan kau...aku dah biasa dengan semua ni, jadi tak perlula risau..aku okey jer." Ujar erina perlahan sambil tersenyum ikhlas.

"Kau yang okey tapi aku tak!! Kenapa kau ni baik sangat hah?! Aku tak suka kalau orang lain senang-senang pijak kepala kau sebab kau baik. So, jaga diri kau tu."

Tergamam sekejap erina mendengar kata-kata hazree. Dia terharu sebab masih ada orang yang mengambil berat tentang dirinya.

"Kau nak tau tak, masa aku form 1 aku selalu dipuji cikgu sebab muka aku comel. So diorang suruh aku jadi penari utama dalam kelab tarian, tapi aku tak nak sebab tak minat." Erina mula membuka cerita lamanya kepada hazree.

"Comel? Hahaha kau buat lawak ke?" Hazree ketawa sinis.

"Aku tak tipula.. ni nak dengar cerita ke taknak ni?" Erina sengaja mengugut.

"Nak."hazree kembali serius memandang erina.

"Tapi tak sangka penari utama dalam kelab tu marah kat aku sebab rasa kedudukan dia terjejas. So, memang hari-hari la dia buli aku... baling batu, tarik selendang.. macam-macamlah. Tapi aku taknak besar kan hal ni sebab budak tu pernah berkawan dengan aku dulu. So aku diam.

"What?! Kau biar je dia buat kau macam tu? Kawan apa macam tu?!" Hazree pulak yang terlebih sentimental.

"Tapi satu hari , perangai dia makin melampau. Kepala aku tercedera dan dia akhirnya kena tukar sekolah.Aku rasa serba salah,Sebab tu aku tak bercakap mana dengan budak kat sekolah ni sebab diorang rasa yang akula punca perempuan tu kena tukar sekolah."

"Kalau la masa tu aku ada... kau mesti tak alami semua ni..." ujar hazree perlahan.

"Kau cakap apa tadi? Aku tak dengarla."

"Takde ape. Aku nak telefon mama kau kejap. Kau duduk kat sini diam-diam." Hazree terus melangkah pergi dari situ.

Erina hanya memandang hazree pergi dari situ. Pelik, tiba-tiba moody mamat ni.

Tangannya menyentuh kot kepunyaan ariel. Terasa hangat pipinya saat ini apabila mengingati semula ariel mendukungnya tadi. Argh!! Malunya.. apesal la aku tak menolak tadi?

**********

Balik sahaja dari sekolah, mama tak berhenti-hanti membebel kepada erina. Mana taknya, bila mama kata nak laporkan kat cikgu disiplin erina enggan.

"Macam-macam perangai budak-budak zaman sekarang ni. Kalau sekali lagi mama dengar kamu kena buli, mama tak teregak-agak heret budak tu pergi bilik disiplin."Ujar mama tegas.

Erina hanya tersengih melihat mamanya. Tabah betul hati seorang insan bernama erina ni.

Manakala di rumah agam tengku pula...

"Kenapa ketat sangat muka kamu ni hazree? Cuba kamu longgarkan sikit muka tu." Tegur datin mardiah kepada anaknya yang dari balik sekolah tadi dah macam ni.

"Mama tau tak, tadi erina kena buli ngan minah senget mana entah, dahla tangan erina melecur sebab kena mee hun panas, habis selendang erina dia kerjakan. Yang hazree paling takleh terima, semua orang tak buat ape-ape pun. Nak je hazree korek mata sorang-sorang. Nasib baik hazree ade masa tu, kalau tak .." tak sanggup hazree nak sambung ayatnya itu.

"Ya allah, kasihan erina." Terkejut datin mardiah mendengar luahan hati anaknya itu. Patutla dari tadi anaknya asyik memasang muka ketat.

"Takkan nak biarkan macam tu je?" Tanya datin mardiah.

"Hazree dah bagi amaran kat minah tu. Kalau sekali lagi dia buat, siap." Ujarnya tegas.

"Mama, hazree nak naik bilik dulu." Terus kakinya berlari ke biliknya. Tidur lagi baik!

















Jangan Buli Dia!!!Where stories live. Discover now