Bercelaru(3)

64 10 0
                                    

   Kaila keluar dari bilik tersebut "Tolong aku bangun" pinta Aisyh namun dia tak mampu untuk berdiri "Kau tak mampu untuk bangun tapi kalau kau nak mati silakan keluar dari sini" Hendri membuka pintu namun mereka terkejut apabila pembunuh itu sedang berdiri di hadapan pintu itu "Arrgh!" Fiqah dan Mimie menjerit lalu Hendri segera cuba menutup semula pintu itu manakala Mimie melarikan diri.Pembunuh itu juga cuba membuka pintu tersebut.Aisyh turut membantu Hendri menahan pintu itu "Fiqah,lari!" arah Aisyh "Tapi.." kata-kata Fiqah dipotong "Lari!" jerit Aisyh lalu Fiqah melarikan diri "Hendri,pergi cepat!" arah Aisyh lagi "Kau gila ke?" marah Hendri "Pergi saja!" jerit Aisyh lalu Hendri juga pergi meninggalkan Aisyh.

 Fiqah lari hingga ke track bowling semula lalu ternampak Hakim terduduk di sudut dinding kerana bahu kirinya ditikam pisau "Tak..Tak..Tak! Hakim" Fiqah mula menangis kesedihan dan tiba-tiba Hakim tersedar lalu Fiqah tersenyum kembali "Kau menangis demi Hakim?" Hakim dalam keadaan lemah lalu Fiqah menarik keluar pisau itu dari bahu Hakim "Arrrgh!" Hakim menjerit kesakitan hingga didengari oleh Kaila.Mimie juga berlari dan terjatuh di track bowling itu termengah-mengah melihat sekeliling.

 Kaila juga ada di track bowling itu tapi di bahagian lain "Hakim kau dekat mana?" jerit Kaila seraya berlari ke depan namun Kaila terhenti dan lari ke belakang semula apabila pembunuh itu muncul tiba-tiba dari bahagian tepi.Kaila tak mampu untuk lari dengan laju lalu pembunuh itu dapat menangkapnya dari belakang namun Aisyh sempat melanggar pembunuh itu supaya tak dapat menikam Kaila.

 Pada masa sama,"Polis jangan bergerak!" jerit angota polis yang ada di situ namun pembunuh itu sempat melarikan diri."Kaila!" inspektor Rizlan memanggilnya "Saya di sini!" Kaila menyahut .Fiqah juga datang sambil membantu Hakim berjalan "Di sini,Hakim cedera!" kata Fiqah lalu pihak polis segera membantu Hakim.Hendri juga muncul "Hey,aku dah jumpa jalan keluar dari neraka dunia ni" Hendri tersenyum  " Aku pun masih hidup" sampuk Mimie berjalan kepenatan lalu mereka semua keluar dari tempat itu "Semua periksa keseluruhan tempat ni!" arah Rizlan.

 Rusyaidi segera mendapatkan Kaila "Rusyaidi apa awak buat dekat sini?" Kaila kehairanan "Sazlyn dah ceritakan segalanya pada saya,awak ok?" Rusyaidi kerisauan "Saya ok" balas Kaila lalu ternampak ibunya "Ibu!" jerit Kaila lalu memeluk puan Dalilah.

 "Syukur kau selamat" Sazlyn juga risau "Jangan risau,aku ok" Hendri tersenyum.Fiqah menemani Hakim di dalam ambulans untuk di bawa ke hospital manakala Aisyh di bantu oleh paramedik.

 Esoknya,inspektor Rizlan datang ke rumah untuk mengambil keterangan daripada kaila "Kamu pasti kamu tak nampak wajahnya?" Rizlan ingin tahu "Tak,saya cuba buka mata saya tapi saya tak dapat nampak siapa dia" balas Kaila "Mungkin kamu patut di kawal rapi" Rizlan memberi cadangan "Saya setuju" sampuk Dalilah "Tak..Tak perlu lagipun Hakim dalam rawatan dan Aisyh pula semakin sembuh jadi saya tak perlukan pengawalan" Kaila menolak cadangan mereka.Tiba-tiba loceng rumah berbunyi "Itu Rusyaidi" Kaila pergi ke pintu.

 Kaila dan Rusyaidi berbual di kafe,"Kaila,ini gila awak tak boleh lawan pembunuh tu seorang diri ia bahaya" Rusyaidi tenang "Ia agak sukar untuk semua orang faham saya" Kaila sayu "Kenapa sebab saya perempuan?" Kaila menyindir "Saya tak maksudkan macam tu" kata Rusyaidi "Ia sukar tapi saya nekad walau saya mati di tangan pembunuh itu daripada dia terus membunuh orang yang saya sayang" kata Kaila ikhlas dari hatinya lalu Rusyaidi faham dengan perasaan Kaila.

MenjeritWhere stories live. Discover now