Siapa benar?

73 10 0
                                    

   "Kes 'Pembunuhan Berantai' alaf baru semakin sengit apabila seorang guru Zarina atau nama sebenarnya Syarilla telah ditahan oleh pihak polis atas tuduhan membunuh dan berkait rapat dengan kes Abdullah" LINA.

 Zarina disoal siasat oleh inspektor Rizlan dan detektif Elly,"Apa yang awak buat semalam?" soal Elly "Saya datang ke situ bila terdengar jeritan" Zarina tenang "Awak cuba nak sakiti Fiqah?" soal Rizlan pula "Saya cuba sedaya upaya untuk tak sakiti dia" balas Zarina lagi "Bagaimana dengan ini pula?" soal Elly seraya meletakkan fail kes kematian Ally "Seorang pelajar perempuan di Sarawak yang ditemui mati dibunuh dan didera" jelas Elly dengan penuh karisma "Saya rasa saya patut tunggu peguam saya" balas Zarina "Ya,baiklah" balas Rizlan.Mereka berdua buntu.

 Kaila memandu kereta "Syukur kau selamat,mesti teruk semalamkan?" tanya Kaila kepada Fiqah yang termenung dari tadi "Betul tu,aku tak percaya yang cikgu Zarina sanggup buat semua tu" balas Fiqah "Fiqah,dia bukan seperti yang kita sangkakan..Dia dah jadi seseorang yang lain" Kaila tersenyum kecil "Tapi tak bermakna semua tentangnya tipu" balas Fiqah "Aku pun tak pasti" Kaila serius "Kenapa tak bagitahu aku tentang Aizat?" Kaila ingin tahu "Sebab aku takut kau akan menghukum aku" balas Fiqah "Aku tak akan hukum kau selepas apa yang dah kita tempuh asalkan kau selamat" balas Kaila "Kenapa hidup aku sunyi?" soal Fiqah sayu "Ibu aku di hospital mental dan dikurung di sana sedangkan dia waras,ayah aku pula dalam penjara dan cikgu aku dituduh membunuh.Mungkin aku patut setia dengan Hakim" Fiqah sinis "Kau tahu Hakim tu dungu,kau boleh tinggal dengan aku kalau kau nak" pelawa Kaila lalu Fiqah tertawa kecil "Aku pegang kata-kata kau tu" mereka tertawa.

 Di balai polis,

 Lina bertemu dengan inspektor Rizlan "Maaf inspektor,tapi betulkah pihak sekolah selamat untuk melakukan majlis akhir tahun sekolah sedangkan kita tak pasti lagi sama ada Zarina pembunuh yang sebenar?" soal Lina "Kita ada banyak kawalan keselamatan dan pemantau ketat akan dilakukan" jawab Rizlan "Awak kelihatan macam pertahanan" kata Lina "Saya cuma cuba untuk menenangkan keadaan" balas Rizlan lalu berlaga bahu dengan Lina semasa berjalan pergi lalu menoleh kebelakang "Apa pula yang kamu buat?" soal Rizlan kepada Lina lalu pergi meninggalkan Lina yang terdiam.

 Di hospital,

 Kaila membawakan secawan kopi untuk puan Dalilah "Ibu" sapa Kaila seraya meletakkan secawan kopi di atas meja kerana puan Dalilah sibuk menguruskan kerjanya "Jadi dah lakukan ujian DNA terhadap topeng dan Zarina?" Kaila ingin tahu "Ibu dah uruskannya tapi keputusannya mengambil masa beberapa hari" kata Dalilah "Ia agak sukar bukan?" Kaila melihat ibunya berusaha gigih "Ibu cuma nak semua ni berakhir" kata Dalilah lalu Kaila menarik nafas dalam "Ibu,saya nak bercakap dengan Zarina" pinta Kaila "Tak,biar Rizlan yang uruskannya" Dalilah risau "Jika benar dia nak sakiti kami dia pasti ada reaksi bila nampak saya" jelas Kaila "Saya nak lihat matanya dan saya nak tahu kebenarannya" kata Kaila lalu Dalilah terdiam.

 Tangan kanan Zarina digari oleh anggota polis lalu Kaila masuk untuk bertemu dengannya"Hello,Kaila" sapa Zarina membuatkan Kaila terasa cemas namun Kaila cuba mengawal emosinya "Hello,cikgu Zarina" Kaila menyapa kembali "Apa yang awak buat di sini?" soal Zarina "Cikgu tahu kenapa saya di sini" Kaila serius "Saya tak tahu,mereka juga tak beritahu jika Fiqah ok" kata Zarina "Dia ok" sampuk Kaila "Saya tahu mereka tuduh saya tapi saya tak bunuh Shazraei dan saya pun tak tahu dari mana pisau tu muncul" jelas Zarina lalu Kaila tersenyum sinis "Adakah ini tujuan cikgu menukar identiti cikgu?" Kaila ingin tahu "Saya tak boleh beritahu tentang masa silam saya,Kaila" balas Zarina "Macam mana dengan ibu saya?" soal Kaila "Kenapa dengan ibu awak?" Zarina kehairanan lalu Kaila bangun dan memandang tajam ke arah Zarina "Um,dia seorang yang baik" Zarina agak buntu "Awak kata semuanya akan berakhir dengan saya" Kaila keliru "Saya tak faham apa yang awak cakapkan" balas Zarina lalu Kaila keluar dari bilik soal siasat itu.

 Di rumah Sahira,

 Sahira ingin mandi namun dia terperasan kamera laptopnya itu seperti sedang merakam setiap gerak gerinya lalu Sahira menutup laptop tersebut seraya mengeluh kecil.

MenjeritWhere stories live. Discover now