Paranoid(1)

80 11 0
                                    

   "Aku tak terkejut pun sebab kau dah lalui semua tu" Sazlyn tersenyum "Tapi kau tak boleh cari masalah paranoid di Internet sebab ia akan buat kau lebih teruk" sampuk Hendri "Aku tak paranoid!" bentak Kaila "A-aku kena pergi" Kaila pergi meninggalkan Sazlyn dan Hendri.

 Kaila ingin ke lokernya namun suasana di situ sunyi sepi dan lampu asyik berkelip apabila Kaila melihat lantai dia terkejut kerana ada darah bertaburan hingga ke hujung loker lalu dia ternampak mayat Shazraei sedang memandangnya lalu menerpa ke arahnya "Arrgh!" Kaila mula cemas dan melarikan diri tapi tiba-tiba Shazraei ada di hadapannya "Apa yang kau nak?" Kaila cuba untuk bertenang namun Shazraei muntahkan darah tiba-tiba Rusyaidi menyapa Kaila dari belakang menyebabkan Kaila tersedar."Ini saya,Rusyaidi" Rusyaidi cuba menenangkan Kaila.

 "Shazraei Razman telah dibunuh dengan kejam oleh pembunuh bersiri tersebut,semunya bermula apabila Shazraei Razman cuba menyelamatkan saya dan sekarang saya dah menjadi sebahagian dari sasaran pembunuh tersebut" Lina membuat rakaman suara untuk berita baru lalu dia berhenti apabila ternampak Kaila sedang mengemas meja di kafe."Hey,awak dah bekerja semula" sapa Lina tersenyum "Ya,saya dah ok" Kaila menghampiri Lina "Dah tahu tentang tuan Mikail?" soal Lina "Ya,saya pun terkejut tentang tu" cawan yang dipegang oleh Kaila terjatuh ke lantai lalu Lina segera tolong membersihkan "Tak apa biar saya buat" Kaila serba salah "Saya cuma nak tolong" Lina menarik Kaila duduk di sebelahnya "Kaila,saya tahu awak dah tempuhi macam-macam tapi awak kena berjuang untuk ini" lalu Kaila menarik nafas "Tahu tak saya rasa lebih baik saya tak perlu melawan" Kaila mula putus asa "Jangan fikir macam tu" balas Lina "Dia kata semuanya akan berakhir dengan saya,jadi mari langkau terus ke penamatnya" Kaila resah "Awak tak boleh biarkan si tak guna tu menang jadi awak kena cari jalan untuk lawan balik" Lina cuba memberi semangat "Saya tak tahu berapa lama lagi saya boleh bertahan" Kaila tertunduk "Awak pasti boleh sebab awak dari keluarga pejuang.Ibu awak,ayah awak dan sekarang awak" balas Lina "Dia kata keluarga saya penipu" Kaila sayu "Dan awak percayakan dia?" soal Lina "Saya tak tahu nak percayakan siapa" Kaila mula serabut "Jadi cari jawapan tu sendiri" nasihat  Lina lalu Kaila terdiam.

 Di hospital,

 Inspektor Rizlan datang untuk bertemu dengan puan Dalilah "Hey,Dalilah" sapa Rizlan "Hai" Dalilah kehairanan melihat wajah Rizlan agak serba salah "Sebenarnya,saya ada cuba hubungi Ridan tapi tiada jawapan tapi yang peliknya ada laporan menyatakan dia ada singgah di stesen minyak berdekatan kawasan sini" jelas Rizlan lalu Dalilah terdiam "Ada tak dia berhubung dengan Kaila?" tanya Rizlan "Tak..Tak ada" balas Dalilah.

 Kaila sedang mengemas meja kaunter dan tiba-tiba dia terdengar lagu yang dinyanyikan dengan nada seram dan berbisik.'Dalilah..Dalilah berikan jawapanmu..Aku gila mencintaimu..Dalilah..Dalilah' Kaila mendengar lagu itu lalu berlari ke dalam kaunter dan terkejut melihat mayat Shazraei ada di depannya dan memberi Kaila permata berbentuk hati "Cik Kaila?" tegur pengawal keselamatan di situ lalu Kaila tersedar dan semunya hilang termasuk permata itu.

 Kaila di bawa ke hospital,

 "Dia cuma perlukan rehat untuk tenaga yang cukup" kata doktor "Terima kasih,Doktor" balas Dalilah "Nak ibu temankan kamu?" tanya Dalilah "Tak apa ibu baliklah,maaf sebab buat ibu risau" Kaila tersenyum kecil lalu Dalilah mencium dahi Kaila "Jumpa kamu esok" kata Dalilah lalu pergi.Kaila cuba untuk tidur namun Kaila terkejut apabila pintu wad persendirianya di buka oleh seseorang "A-ayah?" Kaila terkedu.

 "Ayah datang selepas dengar semua yang terjadi pada kamu" jelas Ridan kepada Kaila lalu Kaila tersenyum sinis "Lepas semua yang saya dan ibu tempuh baru sekarang ayah nak datang?" Kaila marah "Ayah minta maaf Kaila" pinta Ridan "Orang tu dah bunuh kawan-kawan saya dan cuba nak bunuh saya lepas tu ayah muncul untuk jadi hero  setelah 17 tahun menghilangkan diri tanpa khabar berita" marah Kaila "Saya tak nak ayah ada dekat sini!" kata Kaila dengan nada meluat "Saya nak ayah pergi...Pergi!" marah Kaila lalu tuan Ridan pergi.Kaila cuba untuk tidur namun hingga ke pagi dia tak dapat nak tidur.

 Kaila termenung melihat tingkap hospital "Knock-knock" sapa Nabila "Aku dah dengar apa yang terjadi" Nabila serba salah "Dan kau datang ke sini untuk lihat betapa gilanya Aku kan?" soal Kaila "Aku ke sini sebagai kawan" kata Nabila "Maaf sebab mengganggu" Nabila ingin keluar dari wad itu lalu Kaila bersuara "Ayah aku datang semalam" Kaila menghentikan Nabila "Jadi apa kau cakap?" Nabila ingin tahu "Aku suruh dia pergi" balas Kaila "Um,Aku bukan nak menyebok tapi aku nak bagi nasihat" Nabila duduk di sudut katil "Untuk orang yang tak pernah balik dan tiba-tiba dia muncul kita sepatutnya berikan peluang kedua,jangan sia-siakan mereka" nasihat Nabila lalu Kaila serba salah atas tindakannya terhadap ayahnya.

MenjeritWhere stories live. Discover now