Bercelaru(2)

71 10 0
                                    

 Hakim menghampiri Fiqah "Tolonglah,kau ingat aku tak tahu pasal skandal kau tu" Hakim tersenyum sinis lalu Fiqah tersenyum "Apa-apa sajalah,sebab semua tu dah berakhir" balas Fiqah "Kalau kau nak perempuan sukakan kau,kau kena buang perangai teruk kau tu" kata Fiqah lalu Hakim menikam tepi dinding berhampiran Fiqah menyebabkan Fiqah terkejut kecil "Kau dah selesai?" tanya Hakim "Ya" balas Fiqah "Bagus" Hakim tersenyum lalu mencabut pisaunya dan masuk ke satu ruang.

 Fon Kaila berdering lagi dan Kaila memeriksa 'Aisyh dalam genggaman aku,cari dia atau hidupnya tamat!' Kaila terkejut melihat mesej itu "Kenapa?" Mimie kehairanan "Dia ada Aisyh dengan dia di sini" Kaila dalam kerisauan "Ki-kita cari dia" Hendri mula gugup."Dia mungkin bermain 'sembunyi dan cari' dengan kita,tapi kenapa di tempat bowling ni?" Kaila kehairanan "Sebab di sini menarik" jawab Mimie "Menarik?" Kaila kehairanan lagi "Yalah,sebab dia pengecut dan bersembunyi di sebalik tempat ni daripada berhadapan dengan kita atau merancang perangkap" andaian Mimie lalu memandang Kaila "Mari keluar dari sini!" kata Kaila seraya berlari.

 Fiqah bersendirian di kawasan track bowling sementara menunggu Hakim memeriksa satu lagi ruang.Fiqah melihat sekeliling tempat yang malap itu lalu memandang bilik yang Hakim masuk tadi "Hakim cepat sikit!" Fiqah mula rasa seram sejuk,tiba-tiba ada bunyi besi terjatuh di belakang Fiqah "Kaila? Hendri?" Fiqah memanggil mereka namun tiada yang menyahut panggilannya itu.Apabila Fiqah toleh ke depan semula dia terkejut melihat pembunuh itu berdiri di hadapannya sambil memegang sebilah pisau "Arrgh!" Fiqah menjerit lalu melarikan diri.

 Kaila dan Hendri terjumpa satu bilik dan mereka berusaha membuka pintu itu dan apabila mereka masuk ke dalam bilik itu mereka menemukan Aisyh dalam keadaan berikat "Aisyh!" Kaila terkejut "Tolong buka tali tu" Hendri membuka ikatan itu dan Kaila membaringkan Aisyh di atas lantai "Aisyh bangun!" Kaila berusaha membangunkan Aisyh "Ini agak teruk" Mimie melihat Aisyh.Fiqah berlari tanpa hala tuju dengan rasa takut dan terdengar suara Kaila lalu berlari dan berjaya menemui mereka "Pembunuh tu ada di sini dan Hakim masih di luar sana" Fiqah menutup pintu serta menguncinya "Ya Allah,Aisyh!" Fiqah terkejut melihat Aisyh.Fon Hendri berdering lalu Hendri segera menjawab panggilan Sazlyn itu.

Hendri:Sazlyn!

Sazlyn:Yo,aku dah siap dan serius aku nak minum kopi

Hendri:Sazlyn hey,kau boleh dengar a-aku

 Sazlyn mengerutkan dahinya kerana terlalu bising di sana.

Hendri"A-aku dengan Kaila sekarang ni kami di pusat bowling terbiar tu

Sazlyn:Hendri?Hendri? Aku tak boleh dengar suara kau

Hendri:Kami jumpa Aisyh dia luka dan berdarah

Sazlyn:Hendri aku....

 Panggilan itu terputus tiba-tiba lalu Sazlyn agak kehairanan.

 "Tak...Tak tolonglah!" Hendri mula cemas manakala Kaila mula menangis "Aisyh bangun tolong jangan mati" Kaila kesedihan.Tiba-tiba Aisyh terbatuk dan tersedar "Syukurlah" Kaila kembali lega lalu membantu Aisyh bangun "Semuanya ok" kata Hendri.

 Sazlyn ke rumah Kaila lalu di sapa oleh puan Dalila "Hai,puan D" sapa Sazlyn "Mana Kaila?" tanya Dalila "Dia tak ada dekat sini?" Sazlyn mula hairan "Dia bukankah dengan kamu?" Dalila kerisauan "Mana dia?" sampuk Rizlan lalu Sazlyn mula cemas sedikit "Sejujurnya saya memang tak tahu" kata Sazlyn "Kaila cuba cari saya jadi saya telefon Hendri tapi bunyinya macam pelik sebab talian agak teruk dan panggilan kami terputus tapi saya yakin saya dengar Hendri kata Aisyh ber-berdarah" jelas Sazlyn lagi."Dekat mana mereka?" tanya Rizlan "De-dekat pusat bowling terbiar di tepi jalan" balas Sazlyn "Saya akan mohon bantuan" kata Rizlan kepada Dalila.

 "Maaf,tapi luka ni agak teruk" Aisyh luka di bahagian lengan "Jangan risau ubat ni akan bantu" Kaila membantu merawat luka tersebut "Aku akan jagakan pintu" kata Hendri lalu pergi "Uh,aku pun akan ikut kau" Fiqah mengikut Hendri "Nanti macam mana dengan Lina?" Aisyh kerisauan "Jangan risau,dia ok" balas Mimie.

 Hendri dan Fiqah mencari sesuatu yang boleh dijadikan senjata "Tengok aku jumpa pita pelekat,pisau dan batang kayu apa yang kita boleh buat?" soal Hendri kepada Fiqah lalu Fiqah mengambil semua barang itu dia mengoyakkan pita pelekat lalu meletakkan pisau di hujung kayu dan melilitkan pita pelekat itu supaya jadi tombak "Aku tak pernah tahu kau pandai dalam hal macam ni" puji Hendri "Kau cuma tahu aku ni popular saja kan?" Fiqah bangga.

 Kaila cuba menenangkan Aisyh "Aku tak faham kenapa dia tak bunuh saja aku?" tanya Aisyh "Sebab dia tahu aku akan datang untuk cari kau" balas Kaila "Tapi,macam mana dia boleh culik kau?" Mimie ingin tahu.

FLASHBACK

Aisyh menghubungi Kaila namun tiada jawapan lalu Aisyh pergi ke rumah agam itu lagi untuk mencari maklumat "Kali ni aku tak kisah kalau aku mati sekalipun" Aisyh nekad.Namun,sebelum sempat masuk Aisyh telah dipukul dengan kayu yang keras lalu Aisyh pengsan.

FLASHEND

 Kaila tertunduk "Begitu ya" kata Kaila "Tapi,kenapa kau ni berani sangat" marah Mimie lalu Aisyh tertawa kecil "Jangan pandang rendah pada gadis" Aisyh tersenyum.Kaila terjumpa sehelai kertas kecil yang bertulis 'A34' lalu Kaila bangun dan mencari kod itu.

 "Hakim masih ada di luar sana" Fiqah kerisauan "Macam mana kau tahu yang dia tak terlibat dengan pembunuh tu?" tanya Hendri lalu Fiqah tersenyum sinis "Macam mana kami pula boleh yakin yang kau tu tak terlibat?" tanya Fiqah pula "Lagipun,kaulah yang bawa kami ke sini" kata Fiqah lagi "Nanti dulu korang datang dengan aku jadi macam mana aku nak bunuh korang pada masa yang sama" balas Hendri manakala Kaila mencari kod di dalam bilik itu.Kaila terjumpa laci kecil dan bertulis 'A34' lalu segera membuka laci itu dan terjumpa 'kad lapor diri' yang digunakan pekerja di pusat bowling ini dulu dan kad itu milik Abdullah "Abdullah kerja di sini?" Kaila kehairanan dan dia terjumpa pita rakaman lama juga dan ada kertas ditampal pada pita itu 'Mainkan Saya'.Tiba-tiba ada lagu seram dimainkan menyebabkan mereka semua terkejut kecil  "Wow,musik seram yang menakutkan" kata Mimie.

 Kaila mendekati pintu keluar dari bilik itu "Ok,bunyinya macam dalam cerita seram tapi aku akan kembali nanti" kata Kaila lalu Fiqah dan Hendri mula risau "Kau bergurau ke Kaila?" Mimie kerisauan namun Kaila mengabaikan kata-kata mereka dan terus keluar dari bilik itu.

MenjeritWhere stories live. Discover now