Mengkaji

61 11 0
                                    

   Kaila menunjukkan gambar ultra bunyi di laptopnya itu kepada Hendri, Sazlyn dan Mimie "Ya Allah, jadi Abdullah adalah..." Hendri seakan tak percaya "Hey, boleh tak kau senyap dan tolong aku" marah Kaila "Ini terlalu banyak untuk diambil mudah, Kaila" sampuk Sazlyn "Sebab tu la aku nak cari kebenarannya" kata Kaila "Tapi ia tak mudah" sampuk Mimie seraya meminum air sirapnya.

 Pada masa sama Lina pun tiba,"Hey, Lina!" Kaila tersenyum manakala Sazlyn bangun seraya memegang tangan Mimie "Hai, Lina kami baru..." Hendri terhenti "Baru nak pergi" sambung Sazlyn lalu mengheret Mimie keluar bersamanya "Ya, betul tu" Hendri pergi.Lina duduk di depan Kaila "Nampaknya ini hari yang besar untuk gadis seperti awak" Lina tersenyum lebar "Pembunuh telah ditangkap dan awak dapat hidup dengan normal semula" kata Lina lagi "Kenapa awak berbunyi macam kecewa?" Kaila kehairanan "Sebab saya dah temui Azlina Bakri ibu kepada Abdullah" jelas Lina lalu Kaila mula berminat "Wow, awak dapat jumpa dia!" Kaila mula teruja "Ya, tapi dia seorang yang keras kepala dan pemarah" balas Lina "Kita patut jumpa dia" cadang Kaila.

 "Puan Azlina, Kaila nak tahu tentang Abdullah bolehkah awak beritahu tentangnya?" soal Lina dengan tenang lalu puan Azlina yang berumur 81 tahun itu mengeluh sinis "Kamu cuma nak tahu tentang cerita kejam sebab itu yang semua orang nak dengar" sindir puan Azlina "Tak, saya bukan wartawan.. Ibu saya jiran makcik dan kawan baik dengan Abdullah. Dia beritahu saya yang Abdullah seorang yang baik terhadapnya" jelas Kaila lalu puan Azlina tersenyum "Abdullah ialah anak kesayangan saya. Bapanya telah meninggal dalam satu kemalangan semasa dia berumur 5 tahun" kata puan Azlina "Ibu kamu, Dalilah perempuan berkaca mata. Oh,tentulah saya nampak persamaannya sekarang" puan Azlina tertawa "Saya nampak kamu di luar yang cuba untuk bercakap dengan saya" kata puan Azlina "Bercakap tentang apa?" Kaila kehairanan "Kamu tahu tentang tu, pasal cinta dia sanggup lakukan apa saja demi kamu" puan Azlina serius "Sa-saya tak faham" Kaila mula keliru "Sangat sakit, kenapa Dalilah kenapa kamu rampas dia dari saya?" puan Azlina mula merepek "Maaf kami tak patut mengganggu puan" Kaila bangun untuk pergi namun langkahnya terhenti "Dalilah, Dalilah berikanku jawapanmu... Oh, dia sangat sukakan lagu tu" puan Azlina sebak "Siapa? Abdullah?" teka Kaila "Anak Abdullah, dia ada ke sini beberapa hari yang lepas" balas puan Azlina "makcik tahu namanya?" soal Lina lalu puan Azlina tercengang memikirkan namanya "Zul.. Tak-tak Leman pun bukan" puan Azlina cuba mengingati nama cucunya "Adakah ianya Zarina?" tanya Kaila seraya duduk semula di atas sofa "Ya, apa-apa sajalah tapi dia seorang yang sangat cantik seperti artis" puan Azlina tersenyum.

 Lina menghantar Kaila pulang ke rumah "Hey, awak rasa betulkah apa yang dia cakap?" Lina ingin kepastian "Ya, sebab itulah yang dia cakap" balas Kaila "Jadi macam mana?" tanya Lina lagi "Ini dah cukup bagi saya" Kaila tersenyum "Terima kasih untuk semua ni" Kaila gembira "Awak layak untuk aman selagi awak mampu" Lina turut tersenyum kecil lalu Kaila masuk ke rumahnya sebaik saja Lina pergi.

 Di arcade pada malam hari,

 "Ada tuah?" Hendri ingin tahu "Mungkin" Sazlyn menggodam laptop milik Qis "Aku mendengar" balas Hendri "Ok, aku terjumpa sesuatu dalam laptop Qis bila aku tengah cuba cari gambar-gambar Qis untuk dijadikan video kenangan tapi aku jumpa sesuatu yang mungkin adalah punca kenapa Qis dibunuh" jelas Sazlyn.

 Di kafe,

 Sahira bertemu dengan Hakim "Jadi ada apa ni?" Hakim ingin tahu "Aku mahukan privasi dalam hidup aku tapi ada seseorang mengintip aku melalui kamera laptop ni" Sahira mengeluarkan laptopnya "Apa, biar betul?" Hakim seakan tak percaya "Adakah ianya kau?" Sahira syak Hakim "Tak mungkin, tak ada sebab untuk aku buat macam tu" Hakim serius "Zarina dalam tahanan dan tak mungkin dia yang buat" Sahira tersenyum sinis "Ini satu kesilapan " Sahira geram lalu memasukkan semula laptopnya ke dalam beg "Kau nak ke mana?" Hakim ingin tahu "Aku nak balik!" bentak Sahira lalu pergi.

 Esoknya,

 Inspektor Rizlan pecah masuk ke rumah Rusyaidi "Inspektor Rizlan, ada sesiapa di sini!" jerit  Rizlan namun tiada sesiapa bersuara. Tiba-tiba dia terdengar bunyi loceng berdering sekali di dapur lalu inspektor Rizlan mengeluarkan sepucuk pistol sebagai langkah berjaga-jaga. Semasa berjalan ke dapur inspektor Rizlan tidak menyedari bahawa pembunuh itu menghampirinya dari belakang secara senyap dan memegang sebatang besi kecil tapi panjang apabila inspketor Rizlan toleh kebelakang pembunuh itu telah menetak kepala Rizlan dengan besi menyebabkan inspektor Rizlan rebah ke lantai.

MenjeritWhere stories live. Discover now