Siapa seterusnya?

127 16 4
                                    

Fiqah termenung di taman sekolah tiba-tiba Hakim datang dan duduk disebelahnya "Termenungkan sesuatu?" Hakim berbisik di telinga Fiqah namun tidak dilayan oleh Fiqah "Lebih baik berkongsi dari pendamkannya" nasihat Hakim lalu Fiqah memandang Hakim dengan pelik "Is this really Hakim?" perli Fiqah seraya tersenyum sinis "Ya, tapi kalau kau terus macam ni kau seumpama jerung memakan mangsanya" Hakim pergi meninggalkan Fiqah dengan tanda tanya.

Aisyh masuk ke Arcade milik Hendri yang dilengkapi dengan komputer dan alat elektronik yang lain "Hebat!, ini Arcade kau ke?" Aisyh ingin tahu "Ya, hebatkan?" Hendri teruja.

Kaila termenung di dalam biliknya memikirkan misteri Abdullah tiba-tiba telefonnya berdering menandakan ada mesej baru masuk lalu Kaila segera melihat mesej itu.

'Saya jumpa orang baru untuk permainan seterusnya'

Kaila tersentak membaca mesej tersebut. Tandanya akan ada mangsa baru bakal menyusul tiba.

Mereka semua berjumpa di kafe. "Syafikah mesej aku, dia kata dia perlukan bantuan kita" kata Nana kepada semua "Aku tak percaya lagipun dia hilangkan diri selepas kematian Atira dan Qis mungkin dia yang bunuh dorang" Fiqah menuduh Syafikah "Nanti dia mesej kau juga?" Kaila terkejut "Kenapa?" soal Nana "Sebab aku pun ada terima mesej yang aneh" jelas Kaila "Sama waktu dengan Nana dia memang psiko yang tak guna" bentak Fiqah "Itu bukan Syafikah" Kaila menafikan "Tapi nombor tu milik Syafikah" balas Hakim "Tapi itu bukan dia" Kaila mempertahankan jawapannya "Seseorang asyik telefon dan mesej aku" jelas Kaila "Itu ke yang selalu jadi dekat kau tiap malam?" soal Shazraei lalu Kaila hanya mengangguk "Dia memainkan aku" balas Kaila "Dia hantar mesej yang mencurigai aku tapi aku yakin dia buat semua ni pada masa yang sama" jelas Kaila "Kenapa benda pelik macam ni jadi pada kita?" Mimie mengurut dahinya "Ia susah nak dijelaskan tapi aku sumpah korang jangan percaya pada dia" Kaila risau akan keselamatan kawan-kawannya "Kaila aku tak tahu siapa yang mengganggu kau tapi aku kenal Syafikah" kata Sani "Dia takut dan kita perlu tolong dia" rayu Sani dengan sayu "Sani kita perlu buat laporan polis" balas Kaila.

"Jadi dia akan dijatuhkan hukuman seperti Abdullah?" Sahira ingin tahu "Sani, aku sayang kau tapi mungkin Syafikah yang bunuh Atira dan Qis" sampuk Fiqah lalu semua terdiam seketika "Aku sokong polis" Aisyh mengangkat tangan tanda sokong lalu semua setuju kecuali Sani yang tersenyum sinis "Kalau dia tercedera semua salah korang" Sani berang lalu beredar dari situ "Sani!" Kaila mengejar Sani yang agak sentimental dan yang lain pun mengikuti Kaila dari belakang meninggalkan Hakim dan Shazraei.

"Yo, kalau Syafikah bagitahu polis kita pun masuk dalam" Shazraei kerisauan "Aku ada mesej dia cakap kalau dia jumpa kita duit tu jadi milik dia" balas Hakim lalu mereka berdua beredar dari situ.

Semua gadis menunggu di balai polis sehingga polis menemui masalah sebenar. "Kaila" puan Dalilah memanggil anaknya "Apa ibu buat dekat sini?" Kaila terkejut "Inspektor Rizlan telefon ibu tadi" jelas Puan Dalilah namun Kaila tidak suka perkara itu. Inspektor Rizlan keluar dan bertemu dengan mereka "Saya dah siasat tapi itu bukan akaun Syafikah" kata inspektor Rizlan "Kan aku dah cakap" Sani tersenyum gembira "Nanti inspektor yakin tak ada orang lain gunakan akaun tu?" Kaila tidak puas hati "Tak mungkin tapi kita boleh bawa Syafikah balik. Mesej dia ajak berjumpa di mana-mana" cadang inspektor Rizlan "Aku tak tahu, aku tak nak tipu" Sani ragu-ragu "Sani aku akan buat" sampuk Fiqah.

Seorang anggota polis wanita menyamar seperti Sani dan menunggu syafikah datang "Tunggu dan bersedia" kata inspektor Rizlan yang bersembunyi di balik semak bersama Aisyh dan beberapa anggota polis yang lain.Tak lama itu ada sebuah kereta datang lalu seorang perempuan memakai jaket hitam datang ke arah polis wanita itu dan polis wanita itu terus menangkap tangannya "Nanti dulu saya bukan orangnya!" jerit wanita itu "Ada lelaki bagi saya duit dan suruh saya buat semua ni dia suruh awak tengok poket jaket ni" kata wanita itu lalu polis wanita itu memeriksa poket tersebut dan terjumpa sekeping kertas yang bertulis 'Percubaan yang bagus' lalu polis-polis itu pun kehairanan termasuk Aisyh dan Fiqah.

Yang lain tunggu di balai polis lalu Sani bangun "Aku nak ambil air" kata Sani lalu pergi manakala Nana dapat mesej dari skandalnya 'Jumpa di hotel' Nana tersenyum "aku kena jumpa ayah aku tapi aku akan datang balik" Nana menipu lalu pergi dari situ.

Sani kembali bersama minuman "Sani, cakap dengan aku kau suka Hendri ke?" tanya Sahira ingin tahu lalu Sani tersenyum malu "Aku tak kata tak dan aku tak kata ya, tapi Aisyh pun suka dekat Hendri" jelas Sani. Tiba-tiba puan Dalilah datang "Mereka tak jumpa Syafikah" puan Dalilah risau lalu Sani terus berdiri "Apa?" Sani terkejut. "Nanti mana Nana?" Kaila kerisauan.

Nana masuk ke dalam bilik hotel tersebut dan ada sekeping kertas yang bertulis 'Tunggu sayang' Nana tersenyum lalu duduk di atas katil dan menunggu.

Inspektor Rizlan, Fiqah dan Aisyh ternampak kereta yang kemalangan dan terus meletup akibat terbakar.

"Kita kena cari Nana" Kaila kerisauan "Aku akan tunggu sini mana tahu kalau Nana datang sini ke?" kata Sani "Ok!" mereka semua pergi mencari Nana bersama ibunya. Di dalam kereta Kaila menghantar mesej kepada pembunuh itu.

Kaila: Jangan cederakan kawan aku

...: Semua dalam pilihan kau

Kaila: ?

...: Pilih gadis baik atau gadis liar

kaila tahu bahawa gadis baik itu ialah Sani dan gadis liar itu ialah Nana. Lalu Kaila menelefon Sani.

Sani: Kaila?

Kaila: Sani kau dekat balai ke?

Sani: Ya, kenapa?

Kaila: Kekal dalam tu

Lalu Kaila menamatkan panggilan tersebut.

Sani dan Nana sedang bersendirian siapakah mangsa seterusnya?

Sani bersendirian di balai lalu mendapat mesej dari Syafikah yang bertulis 'Aku dekat luar, aku percayakan kau jadi jumpa aku dekat luar Sani' Sani dilema lalu dia terus keluar dari balai polis tersebut dan melihat sekeliling. Manakala Nana bersendirian di bilik hotel sedang menunggu.

Sani ternampak kereta merah di hadapannya.

***

Kaila: Jangan sakiti Nana

...: Seperti yang kau minta

Sani menuju ke arah kereta tersebut tanpa dia sedari ada seseorang memerhatikannya. Sani mengetuk tingkap kereta itu "Syafikah kau dekat dalam ke?" Sani menjenguk namun kereta itu kosong. Tiba-tiba Sani ternampak seseorang berbaju hitam dan bertopeng putih di belakangnya lalu Sani tersentak dan menoleh ke belakang.

Pembunuh itu terus menampar muka Sani dengan pisau hingga pipi sani terkoyak "Tolong! Sesiapa tolong aku!" jerit Sani seraya melarikan diri namun Sani termasuk ke jalan berpagar "Tolong!" jerit Sani sekuatnya lalu pembunuh itu menghampiri Sani perlahan-lahan dan menikam belakang badan Sani lalu Sani menendang perut pembunuh itu seraya segera manaiki tangga terus ke bumbung balai namun pembunuh itu sempat mengelar paha belakang Sani "Arrgh! Errmm!" sani menjerit dan mendengus kesakitan lalu terbaring di atas bumbung nafasnya semakin sesak dan kehilangan banyak darah lalu Sani maut di situ. Balai polis bandar berantai memang sunyi ketika itu.

Nana sudah bosan menunggu "Tak guna" Nana dengan rasa hampa menelefon Kaila.

Kaila: Nana mana kau?

Nana: Aku di dalam kesunyian

Kaila: Kau yakin kau selamat?

Nana: Urgh, Kaila tempat ni sangat selamat!

Kaila: Bagus, jumpa di balai

Apabila sampai di balai polis Kaila terkejut melihat titisan darah lalu Kaila menelefon Sani "Semua senyap!" Kaila terdengar bunyi deringan telefon Sani di atas bumbung lalu Kaila menaiki tangga itu "Sani!" Kaila menahan tangisannya "Aku tak bermaksud nak pilih kau" Kaila menyesal.

MenjeritWhere stories live. Discover now