kfbia 5

98 5 0
                                    

Sesudah menghabiskan pelajaran disini iaitu dirumah jeffery. Dah tak ada lagi kali aku nak buat apa kat sini? Bermalam? Baliklah. Tak elok lama lama dirumah orang. Lain macam pula nanti.

Setelah aku kemas barang alat tulis aku. Aku memandang sekilas wajah jeffery yang sedang tekun memandang hpnya. Apa yang seronok ketawa ketawa? Chat makwe lah tu.

Kau jelous ke zira? Tak. Tak mungkin!

"Jangan ditenung lama wajah saya. Tahulah muka saya ni handsome macam mat saleh kan?" ujar jeffery yang sedari tadi. Aku tersentak dari lamunan. Nasib baiklah aku ni takde penyakit jantung merbahaya. Kalau tak. Jangan didoa sudah.

"Apa! Mana ada. Aku pandang mama kau lah. Perasan punya mangkuk!" kata bohongku. Jeffery hanya tersengih macam kerang busuk sahaja. Meluat aku tengok!

"So? Awak nak kata mama saya cantiklah? Tengok dulu hasilnya tengok anak dia handsome" kata angkuh jeffery dengan lagaknya. Aku hanya memandangnya dengan meluat.

Aku sudah membingkas dari sofa yang empuk untuk menyalami mama jeffery tetapi hanya sia sia kerana kaki aku masih lagi terasa pedih. Ngilu!

Jeffery perasankan aku kerana aku tiba tiba terduduk balik disofa dengan lagak muka sakit.

"Haih dia ni, dah tahu dirinya sakit. Dia sakitkan lagi. Jangan lah paksa diri tu" sindir jeffery. Aku hanya menjeling tajam kearahnya.

"Tak takut jelingan manja awak tu" kata jeffery lagi. Aku hanya mendengus kasar. Malas mahu berdebat dengannya lagi! Menyampah!

Nobody pov

Mama jeffery mula mendekati Zira yang sedang gelisah dek melihat kakinya yang terseliuh terjatuh tadi. 'Main lagi' desis hati mama jeffery.

"Zira, call abang kamu ambil kamu ya?" pujuk mama jeffery. Zira hanya menangguk dan mengeluarkan hpnya didalam beg. Lalu menekan punat hp untuk memanggil abangnya. Jeffery yang sedang asyik bermain hpnya hanya tersengih. Mama jeffery mula curiga.

Mama jeffery sudah membelakangi jeffery. Oh! Patutlah asyik tergelak tersengih rupanya senyap senyap tangkap gambar anak dara orang ya? Miangnya!

"Amboi amboi amboi" ujar mamanya yang sedang bercekak pinggang. Jeffery yang sedang tersengih terkejut dibuatnya. Zira yang khusyuk menelefon abangnya sudah memandang mama jeffery.

"Tersengih tergelak apa semua, ni kerja kamu ya mengendap je keja dia" kata mama jeffery yang sudah mempulas telinga jeffrry yang sedang menggatal. Zira yang memerhatinya hanya ketawa melihat telatah dua beranak tersebut. Persis dengannya bila mencari pasal dengan uminya.

"Adik tunggu abang. Okey adik tunggu" kata zira lalu menekan kembali hpnya. Dan melihat aksi mempulas telinga itu kembali.

"Adoi adoi sakit mama sakit. Adui ala bukan selalu ambik gambar zira senyap senyap ma. Ops" kata tersasul jeffery. Zira yang tengah ketawa sudah pun dimatikan sebaik sahaja mendengar namanya dijual.

"Jap. Ambik gambar aku?" soal zira lagi sekali. Jeffery yang masih keadaan dipulas telinga menganguk perlahan.

"Ish kau ni kan! Aku tak suka lah orang ambik gambar senyap senyap! Ish! Makcik pulas lagi kuat makcik! Biar padan muka dia tu!" marah zira dengan geram. Dia menggengam tangannya dengan penuh geram.

"Adih adih sakit ma!" jerit jeffery yang sedang memegang telinganya yang sudah kemerahan. 'Padan muka' ujar hati zira.

[Skip]

Hari demi hari, spm sudah menghampiri. Lagi 3bulan spm sudah kemari. Zira yang sedang mengelamun diterjah meja oleh izat.

"Opocot aku suka jef!" latah zira. Izat yang menerjah hanya ketawa melihatnya. Zira yang duduk hanya menutup muka merah bahangnya.

kapten football bakal imam aku? Where stories live. Discover now