Zira yang dahulunya ceria bertenaga, tegas, mengalas tanggungjawab sudah menjadi perempuan murung sudah tidak keruan, tidak bersemangat, sudah tiada lagi reaksi mengalas tanggungjawab seperti selalunya. Izat dan teman wanitanya iaitu adik kandung zira hanya memandang sayu sahaja.
"Kakak, kenapa kakak termenung je ni? Adik buat salah kat akak ke? Adik minta maaf kalau semua ni salah adik. Adik..adik tahu semuanya salah adik. Akak janganlah macam ni. Hati adik rasa kosong kalau kakak tak gembira, ceria, tegasan seperti selalu. Adik rindu kakak yang dulu. Adik rindu" kata tasya yang sudah menyerbu dirinya sudah sebak. Tangannya mula mengeratkan lagi genggamannya. Zira yang termenung sudah mengalirkan air mata. Seakan akan tiada harapan lagi untuk dirinya terus hidup terkulai seperti itu. Hatinya sungguh sedih apabila memandang adiknya. Ya. Adik kandungnya yang sudah lama menghilang. Kini dihadapannya walaupun dia tidak dapat mengenali lebih rapat terhadap adik comelnya. Sudah tentu ramai sahaja yang mengatakan bahawa wajah mereka berdua seakan sama dan seiras.
"Kakak taktahu nak buat apa dik, akak rasa lebih patut akak undur diri jadi ketua pengawas. Kakak akan beri tugasan ni kepada izat. Izat, kau akan ku lantik ketua pengawas nanti. Aku sudah muak untuk menjadi pengawas. Aku rasa jiwa aku sudah kosong. Tidak tahu mana hala tuju aku nanti. Ye adik? Adik dengar ya? Walaupun kakak tak berapa kenal adik, tapi percayalah kasih sayang kakak kat adik tak ternilai baginya. Akak ada umi, ayoh, abang zack dan adik saja. Jangan lupa izat juga. Adik akan diijab kabulkan dalam masa terdekat ni. Akak nak tengok adik gembira. Kakak taknak tengok adik sedih. Cukuplah derita akak ni dah buat adik sedih. Jadi hari adik kelak jangan lah pulak sedih ya? Dah..dah jangan adik nak nangis tak comel bila nangis ada eyebag pulak haha" zira yang mengelap mata adiknya sempat bergurau senda dikala kesedihan melanda. Hanya senyuman hambar sahaja diberi adiknya kepada kakak tercintanya. Izat hanya menggeleng gelengkan kepala.
"Zira, kau sedar tak? Kau sedar tak apa yang kau cakap zira? Kenapa kau cakap macam ni? Kau cakap macam ni umpama kau pergi jauh dari kita orang tau tak. Zira, wake up lah zira. Kami semua sayang kau. Janganlah kau anggap perkara besar ni kau besarkan balik. Kau tahu tak betapa sakitnya bila umi kau menangis siang malam kenangkan tasya zira. Dia sendiri juga tak sanggup tasya diambil. Kalau kau terusan ego kau tinggi langit macam ni zira. Aku rasa terlajak perahu takboleh diundur lagi. Jangan mudah tewas. Kau kena lawan zira. Aku taknak tengok sahabat aku susah macam ni. Kalau kau susah, aku lagi sepuluh kali ganda susah menengok muka beruk kau macam ni. Dah! Aku rindu lawak bodoh tak bertempat kau zira. Tolonglah, demi kami. Jangan kau dan ego kau tinggi melangit. Aku akan sokong kau dari belakang. Zira yang dulu takpernah tau lemah macam ni. Kau cakap lemah tu satu virus boleh mematikan semangat tau tak. Zira dengan kata kata aku yang tak semanis jeffery tu. Aku harap kau selami dengan hati yang lapang. Aku tugas dulu. Sayang? Sayang teman kak zira ya?" kata kata izat yang sempat bergurau dia hanya menyedekahkan senyuman hambarnya kepada sahabatnya. Tasya hanya menganggukan kepala. Air mata yang bertakung ditahan oleh zira mulai turun deras dipipi. Tasya hanya mengusap belakangnya dengan lembut menyuruh zira agar bertenang.
Jeffery yang sedang bergelak ketawa melimpas dihadapan kelas zira, dia yang ketawa terus mati kerana melihat buah hatinya menangis tidak keruan. Apa yang dah jadi? Mengapa seorang budak perempuan itu bersama dengannya? Mereka ada hubungan? Otak jeffery yang terlampau banyak soalan mula ligat ingin jawapan.
Tanpa membuang masa, dia menyuruh kawannya pergi terdahulu. Dia ingin memasuki kelas dan terdengar seorang budak perempuan bersuara.
"Kakak, janganlah macam ni. Adik sayang kakak tau. Kakak jangan buat adik macam ni. Akak akak, adik rindu masa first akak kenyit mata kat adik. Time tu adik takut sangat sebab akak panggil adik, adik taktahu apa salah adik masa tu. Tapi bila akak tanya sapa izat terus adik lega. Akak tau tak, akak lah yang paling garang kat sekolah ni. Tapi segarang garang kakak tetap sayang adiknya. Kan kak kan?" pujuk adiknya. Zira mula mengangkat wajahnya yang sudah kembang matanya kerana nangis pantas diseka olehnya. Ketawa mereka berdua mula bergema.
YOU ARE READING
kapten football bakal imam aku?
Romancejeffery mohd yang sangat terkenal disekolah, kerana dia seorang kapten football, kacak, baik, dan sweetalker . semestinya apa yg anda fikirkan. semua wanita akan cair dengan kata2 nya tapi tidak bagi Zira. Zira seorang ketua pengawas yang amat tega...