Jeffery yang sedari tadi hanya berkata sesuatu, tubir peluh didahinya sudah mengalir. Zira dengan keadaan mamainya segera bangun kerana melihat jeffery didalam keresahan tidurnya.
Malam ni aku kena jaga dia sampai dia terlena. Aku tak kisah kalau aku takcukup tidur. Aku janji dan terus berjanji jaga kesihatan suamiku. Zira bermonolog didalam hati.
Dengan pantasnya zira mengambil kain didahi suaminya. Dan memerah kain itu lalu meletakkan kembali di dahi suaminya. Kain selebihnya zira mengelap dengan lembut. Panas dibadan jeffery masih lagi terasa panas. Dan lagi membuatkan zira risau akan pada suaminya.
Zira dengan terpaksa menggengam erat kedua dua tangan suaminya. Dan mengucup tangan suaminya dengan lembut sekali. Tanpa sedari, air mata zira mula mengalir dipipi. Sungguh tidak sanggup melihat suaminya didalam kesakitan begini.
"Jef, jef" panggil zira dengan lembut. Jeffery dengan lemahnya membuka kelopak matanya. Dan mula tersenyum pucat kepada isteri tercintanya.
"Apa sayang? Abang ganggu sayang ke? Maafkan abang kalau ganggu sayang tidur. Maaf ya?" ujar jeffery. Sedari tadi air mata mula jatuh lagi dipipinya. Begitu sekalikah suaminya mengambil berat tatkala sakit?
"Kenapa sayang nangis ni. Jangan nangis. Maafkan abang sayang" kata jeffery lagi. Zira dengan merasa berdosanya menyalami tangan suaminya dengan lembut. Jeffery mengusap lembut rambut isterinya. Dan mula mengukir senyuman.
"Maafkan zira. Zira berdosa dengan suami zira sendiri. Zira dosa buat muka masam. Zira berdosa cakap bukan bukan. Maafkan zira" bergetar sahaja suara zira mengucapnya. Jeffery hanya tersenyum dan mula membangunkan dirinya untuk duduk menyandar pada katil. Pantas zira menolong suaminya.
"Sayang, abang tak salahkan sayang. Abang yang salah. Jangan salahkan diri ya? Abang dah lama maafkan sayang. Dont worry sayang" kata jeffery dengan diakhiri dengan bergurau sendanya. Zira hanya mula mengukir senyuman dan menampakkan lesung pipitnya. Lagi membuat jeffery tergoda. Jiwa nafsu lelakinya bila bila boleh sampai.
"Abang" ucap lembut zira. Jeffery hanya memandang isterinya.
"Kalau abang dah sihat. Abang nak tak jadi milik zira?" ucap zira. Seolah olah jeffery memahami apa maksud isterinya. Dengan lajunya jeffery mengangguk kepala.
"Sayang abang!" dengan lajunya zira memeluk erat badan sasa jeffery. Jeffery hanya membalas pelukkan dan mengukir senyuman lega pada dirinya.
Alhamdulillah isteriku sudah reda merajuknya
++
Dengan keadaan mamai zira, segera memeriksa keadaan suaminya. Semakin reda panasnya. Dengan mengukir senyuman laju sahaja zira kebilik air. Takut takut sahaja suaminya bangun lepastu tengok 'model' free.
Seusai mandi, zira ingin mengambil pakaian tapi dia mendengar ada orang berdeham. Aik! Sapa pulak dehem dehem ni? Sudahlah aku guna satu tuala itupun kat badan je sudahlah paras peha aku. Alamak!
"Ehem"
Dengan malunya zira melirik kearah jeffery yang sudah bangun dan sambil peluk tubuh.
'Alamak dia bangun'
"Kenapa bang hehe" kata zira yang bersembunyi dibelakang almari tersebut. Jeffery hanya mengukir senyuman nakal dan menghampiri isterinya.
Zira dengan terkejutnya laju berlari. Jeffery mula menghampiri.
"Abang. Abang. Bukan sekarang abang sakit tu" kata zira dengan keadaan tercungap cungap. Jeffery hanya ketawa sahaja dan mencapai tualanya lalu kebilik air. Zira hanya melepaskan nafas lega. Fuh!
Buat pertama kalinya, suami isteri ini mendirikan solat berjemaah bersama.
Habis sahaja solat, zira menyalami tangan suaminya dengan penuh hormat. Segala marah, sedih, kecewa sudah lesap dalam dirinya yang ada sahaja cinta, sayang dan rindu tersemat didalam hati zira kepada suaminya. Zira hanya mengukir senyuman. Jeffery juga membalasnya.
...
Jeffery dengan mamainya menggosok mata kerana terasa badannya dipelok seseorang. Semakin erat rasanya bagaikan memeluk bantal busuk.
Anak mata milik jeffery mula selorot ke bawah dan memandang isterinya memeluknya dengan erat sekali. Jeffery hanya mengukir senyuman dan dengan gatalnya tangan jeffery mencuit hidung mancung dimiliki oleh zira.
Kelopak mata yang melentik dimiliki zira, jeffery mengacaunya. Semakin erat pelukkan zira dengan 'bantal busuknya' jeffery hanya tersenyum dan mula bingkas dari katil. Dengan perlahannya jeffery mengalih tangan isterinya tetapi semakin erat pula zira memeluknya. Tanpa berlengah, jeffery mula menggeleteknya.
Itu sahaja caranya.
"Haha abang abang haha janganla geli lah bang hahaha" ketawa zira. Jeffery hanya senyum nelihat isterinya gembira.
++
Dengan gembiranya zira sudah berbaik dengan jeffery, zira memaut mesra lengan sasa jeffery. Mereka berdua bersama sama menuruni tangga. Membuat umi dan tasya memandang hairan. Ayoh? Outstation guys.
"Dah berbaik ke?" perli uminya. Zira hanya tersengih dan duduk bersebelahan adik kesayangannya.
"Adik, busy tak hari ni?" soal zira sambil menyenduk nasi goreng ke pinggan suaminya. 'Banyak sangat aku kena makan nasi ni. Sayang agak agaklah cakap tu pandang sini' ngomel hati jeffery yang sudah membeliak matanya.
"Zira!" jerit umi membuat zira terkejut. Dan mata umi beralih ke jeffery. Zira dengan malunya mengambil semula nasi yang sudah penuh satu pinggan itu.
"Takpa sayang, dahdah ambik sikit je. Ni banyak ni biar abang yang makan. Takpe" kata perlahan jeffery kerana simpati isterinya dimarahi oleh umi. Umi hanya menggeleng kepala.
Tasya yang terkejut juga segera menenangkan dirinya. Garang juga umi ni. Pertanyaan zira hanya tergantung seketika kerana semua menjamu selera.
..
"So adik, busy tak?" soal zira sambil menyua sudu ke mulutnya. Apa kena kakak ni?
"Adik tak busy mana pun kak. Tengok ni haa. Yang akak makan aiskrim tak ajak adik kenapa. Ala nak jugak. Nak suap aaa" rengek manja tasya, zira hanya tergelak kerana melihat muka mimik adiknya. Tanpa berlengah, zira menyuap aiskrim coklet terus kedalam mulut adiknya.
"Tasya je ke? Abang?" kata jeffery yang sudah membuat zira tersedak dari memakan aiskrim. Tasya hanya menggosok belakang kakaknya dengan menggelabah. Apa apa la dorang ni.
"Abang ni pun, nak kejutkan zira agak agaklah. Orang tengah syok kan makan aiskrim ni. Kalau abang nak. Ambik ah sendiri wek" kata zira mula menjelir lidahnya. Jeffery hanya duduk disebelah isterinya dengan membuat wajah masam.
Hampir tersembr gelak zira kerana melihat wajah suaminya mimik.
"Itu pun nak merajuk la abang ni. Nah!" kata zira sudah menyudu aiskrim ke mulut suaminya. Jeffery hanya menguntum senyuman. Alahai comel ah abang ni!
"Abang, zira nak ajak tasya jenjalan. Abang izin tak?" kata zira dengan meminta izin. Jeffery hanya menganggukan kepala. Tetapi, dia seperti tidak sedap hati sahaja. Baik dia ikut juga takut sahaja sesuatu terjadi apa apa.
"Abang ikut sayang jugak nanti ya?" soal jeffery. Zira laju sahaja mengangguk kepala.
YOU ARE READING
kapten football bakal imam aku?
Romancejeffery mohd yang sangat terkenal disekolah, kerana dia seorang kapten football, kacak, baik, dan sweetalker . semestinya apa yg anda fikirkan. semua wanita akan cair dengan kata2 nya tapi tidak bagi Zira. Zira seorang ketua pengawas yang amat tega...