kfbia 4

105 6 0
                                    

sesudah aku mengemas diri dan menunaikan solat dan apa yang patut. aku mula teringatkan kata kata Zira. ' kau ada belajar kan pasal agama hukumnya memegang wanita yang bukan mahram? BERDOSA' 

" kenapalah dia garang sangat sampai macam tu, memanglah aku belajar agama takkan kristian pulak? lagi satu pasal dekat kedai makan tu pun sama juga. malu gila aku dibuatnya" bebel aku sambil membelek belek hpku. tiba tiba hpku mula berdering terkejut aku dibuatnya. 

"assalamualaikum? ya ada apa pak su?" soal aku dengan hairan.

"laa yeke? baiklah. siapa pulak saya nak ajar?" 

"Z..z..zira? baik baik baik saya akan ajar dia. esok? dengan lusa? baik baik saya akan ajar dia pak su. iya sampai pandai. tak mana ada bercinta pula, saya ajar ikhlas lah pak su. ok ok sama sama pak su. no problem. okey waalaikumsalam" ucapku dengan gembira. zira sayang, you will be mine!

++

azira natasya pov  

"malas lah nak tuisyen free esok" omelku, pintuku mula dikuak kedalam abang memasuki bilikku lalu duduk disisiku. abang zack dah kenapa?

"jum makan bawah? umi dah panggil dah, pastu abang cakap sesuatu dengan adik nanti dekat librabry mini eh?" ujar abang. aku hanya mengangguk kepala malas. 

setelah sampai sahaja dimeja makan dan doa makan. kami mula menjamu selera hanya bunyi kunyahan,sudu bertembung dengan pinggan. tak beradablah kalau makan dan bercakap didepan rezeki. 

selesai sahaja menjamu selera bersama keluarga aku sebagai perempuan mencuci pinggan mangkuk. ergh malas sungguh! umi hanya mengelap meja yang kotor dimeja makan. 

aku mula bersuara,

"umi" panggilku perlahan. umi hanya bagi isyarat mengangkat keningnya.

"esok dan ahad, Cikgu Afiq Zira suruh tuisyen dengan anak saudara dia. addmath, umi taukan zira low addmath ni" kataku sambil mengelap tangan pada kain yang sudah disedia untuk dilapkan. wow ayat.

"Iya lah, belajar tu sungguh sungguh banggakan umi dan ayoh" kata perlahan umi. Aku hanya menganggukkan kepala.

"Adik.." panggil perlahan abang aku. Aku hanya memandangnya sayu. Abang dah kenapa ni?

"Iya abang?" soalku perlahan. Abang terus menarik tanganku pergi ke library.

"Abang kenapa ni? Abang nak apa? Kenapa abang macam ni?" soalku bertubi tubi. Abang hanya mengusap lehernya. Aku hanya memandangnya dengan hairan.

"Abang..." aku hanya menjungkitkan keningku.

"Abang? Abang apa?" soalku.

"Abang dapat tawaran ke Universiti !" jerit abangku sambil mengoncang goncang bahuku. Aku yang masih terpinga pinga itu seperti tidak percaya.

"D..dekat mana bang?" soal aku dengan perlahan. Abang aku berhenti menggoncang tubuhku.

"Dekat new zealand" balas abangku. Aku terduduk bagaikan tidak percaya.

'Kenapa orang yang aku sayang mesti tinggalkan aku?' aku bermonolog didalam hati.

"Adik?adik? Kenapa ni?" soal abangku aku tersentak dari lamunan. Lidahku kelu.

"Adik.. Meh sini" kata perlahan abang lalu memelukku. Aku menangis didakapannya.

"Janganlah nangis, lepas abang ambik segulung ijazah nanti abang balikla jumpa adik" kata abangku. Aku hanya teresak esak didakapannya. Tidak dapat aku ungkapkan kerana terlalu sedih bila abangku jauh nun disana.

"Ab..abang, a..adik rindu abang nanti. Jangan lah pergi jauh. Adik takde teman meluah. A..adik sayang abang" kata esakkanku.

"Adik.. Jangan macam ni, abang pergi tak lama dik, adik sabar eh?" pujuk abangku.

kapten football bakal imam aku? Where stories live. Discover now