"Ibu, adik nak kahwin." 4 patah perkataan yang baru saja keluar daripada mulut Firash telah menarik perhatian keempat-empat orang kakaknya yang ketika itu sedang sibuk memasak di dapur untuk makan tengah hari bersama.
"Betul ke ni adik? Alhamdulillah. Senang hati ibu dengar bila adik nak kahwin. Dapatlah juga ibu merasa nak ada menantu perempuan." Kata Fatimah sambil mengusap kepala anak lelakinya. Atau lebih tepat lagi anak yang paling manja dengannya.
"Kau nak kahwin Firash? Bila tu?" Tanya Kamal, abang ipar Firash yang pertama.
"A'ah bang. Tapi bila tu tak pasti lagi lah. Kena pergi merisik dulu." Firash tersengih.
"Baguslah kalau macam tu. Kamu tu pun dah ada kerja bagus. Sekarang dah sampailah masa yang sesuai untuk kamu mendirikan rumah tangga." Giliran Firman pula iaitu ayah Firash berbicara.
Firash tersenyum senang hati. Nampaknya keluarganya memberi kerjasama yang bagus. Tak lama lagi dapatlah dia berkahwin dengan gadis pujaan hatinya nanti Amira Safiya.
YOU ARE READING
[2]Kakak-Kakakku Sayang ✔
RomanceDah nama pun adik bongsu lelaki. Bila dia nak kahwin, mestilah kakak-kakak yang kalut terlebih. Kononnya nak jadi kakak yang terbaik dari ladang.👱 Start: 19 November 2017 (07:01) End: 21 November 2017 (23:37)