"Walid tak sangka perangai kamu semua boleh jadi sampai macam ni? Kamu boleh bergaduh besar dekat butik tu sampai timbul kekecohan. Kamu berempat tak rasa malu ke apa? Masing-masing pun bukan budak kecil lagi. Dah kahwin dah pun semua. Walid tak faham betul."
Fatin,Farhana,Farihi dan Farah masing-masing menunduk melihat lantai. Tidak bergerak sedikit pun selepas dimarahi oleh walid mereka.
Para suami pula hanya berpeluk tubuh. Mereka hanya membiarkan isteri mereka dimarahi oleh ayah mertua. Biar sesekali rasa kena marah sikit. Kalau tak asyik nak ikut kepala sendiri je.
"Lepas ni walid dah tak nak kamu semua masuk campur urusan Firash lagi. Tapi kalau Firash minta tolong, baru kamu semua tolong. Selagi Firash boleh handle sendiri, kamu semua jangan sibuk. Faham?!" Serentak itu keempat-empat anak perempuannya mengangguk kepala.
Firman menyuruh Fatimah memanggil Firash di dalam bilik. Setelah Firash keluar, Firman menyuruh Firash duduk berhadapan dengan kakak-kakaknya.
"Sekarang walid nak kamu berempat minta maaf dekat Firash." Macam mengajar anak kecil meminta maaf pula gayanya.
"Kakak minta maaf Firash." Kata mereka berempat serentak. Para suami masing-masing menahan diri dari terlepas ketawa.
"Tak apalah. Firash dah maafkan. Firash dan Amira sebenarnya tak kisah pun kalau kakak-kakak nak tolong Firash siapkan apa yang patut untuk majlis perkahwinan nanti. Cuma cara kakak-kakak tu yang melebih sangat." Kata Firash. Kakak-kakaknya hanya mengangguk.
Firash jadi tak sampai hati nak melihat kakak-kakaknya terus dalam keadaan macam ni. Satu idea terus timbul dalam kepalanya.
"Apa kata kalau Firash bagi setiap sorang kerja untuk sediakan apa yang patut dalam majlis nanti. Nak?" Terus senyum lebar muka Fatin,Farhana,Farihi dan Farah. Masing-masing sudah tak sabar nak membuat kerja.
Firash,Firman dan Fatimah hanya menggeleng melihat telatah empat orang itu.
YOU ARE READING
[2]Kakak-Kakakku Sayang ✔
RomanceDah nama pun adik bongsu lelaki. Bila dia nak kahwin, mestilah kakak-kakak yang kalut terlebih. Kononnya nak jadi kakak yang terbaik dari ladang.👱 Start: 19 November 2017 (07:01) End: 21 November 2017 (23:37)