bab 10 (final)

17.5K 126 8
                                    

Alhamdulillah. Dengan sekali lafaz. Muhammad Firash bin Muhammad Firman sudah sah menjadi suami kepada Amira Safiya binti Azam Sulaiman.

Suasana di rumah pengantin perempuan pada ketika itu sangat meriah. Selepas selesai akad, para tetamu dijemput untuk bersantap bersama.  Masing-masing menunjukkan muka yang sangat lapar. Lebih-lebih lagi bila dihidangkan dengan lauk pauk ala-ala kampung. Memang terangkat.

Sedang yang lain lagi enak menjamu selera, Firash bersama isterinya duduk di suatu sudut di dalam rumah.

"Sayang, tak sangka kita dah jadi suami isteri." Firash menggenggam tangan yang kini sudah halal buatnya. Amira tersenyum malu.

"Saya nak minta maaf dekat awak." Ucap Amira.

"Kenapa pula?" Firash dengan muka hairannya bertanya.

"Ye lah. Sebab sebelum ni saya pernah termarah dengan sikap kakak-kakak awak." Luah Amira. Firash hanya kerawa.

"Tak ada apalah tu. Dia orang tu memang macam tu. Ye lah. Saya ni kan satu-satunya adik lelaki dia orang. Mestilah sayang tu lebih sikit dekat saya. Saya pun jujurlah agak rimas dengan perangai budak-budak dia orang. Tapi nak buat macam mana. Tanpa dia orang, tak meriahlah keluarga kami." Kata Firash.

Sedang mereka asyik berbual, mereka dipanggil oleh Farihi untuk turut serta dalam sesi bergambar. Tanpa membuang masa, Firash menarik tangan Amira dan pergi menuju ke arah keluarganya.

Pelbagai gaya dibuat ketika sesi bergambar. Sampai naik pening jurugambar dibuatnya. Bila Firash melihat gambar-gambar yang telah diambil, dia tertarik dengan satu gambar.

Gambar dimana hanya dia dan kakak-kakaknya sahaja. Firash duduk di atas kerusi dan dikerumuni oleh kakak-kakaknya. Satu gambar diambil secara formal dan satu lagi diambil dengan gaya bebas. Dimana Firash menjadi mangsa pelukan dan ciuman kakak-kakaknya. Tergelak Firash melihat gambar itu.

Firash sempat berdoa, biar hubungan dia adik-beradik akan kekal sampai bila-bila. Biarlah buruk mana sekalipun perangai kakak-kakaknya, dia tetap sayang mereka semua.

'Kakak-kakakku sayang.' Ujar Firash lalu mencium gambar tersebut.

[2]Kakak-Kakakku Sayang ✔Where stories live. Discover now